Browsing Tag

Tak jawab azan

Amalan 'simple' yang dijamin syurga
Ibadah,

Makruh tak jawab azan lebih-lebih lagi bila kita dengar dengan jelas

Makruh tak jawab azan lebih-lebih lagi bila kita dengar dengan jelas

TATKALA azan berkumandang, ramai yang dilihat menghormati seruan mulia berkenaan.

Ada yang menjawab azan tersebut, tidak kurang juga mereka yang berhenti seketika daripada melakukan suatu urusan demi memberi laluan kepada ‘panggilan’ untuk mengajak umat Islam menunaikan Rukun Islam kedua.

Bagaimanapun, ada segelintir individu pula lebih selesa mengambil pendekatan diam tidak ‘berkutik’ semata-mata. Hendak kata menyahut azan pun tidak, apatah lagi menjawab seruan tersebut.

Baca juga Gagal bersyahadah saat meninggal kerana bercakap ketika azan? Berikut penjelasannya

Ketahuilah bahawa makruh hukumnya apabila seseorang tak menjawab azan.

Demikian penjelasan yang diberikan menerusi infografik yang disiarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak menerusi hantaran laman sosial Facebook miliknya.

Tak jawab azan

INFOGRAFIK tentang hukum tak jawab azan yang disiarkan Jabatan Mufti Negeri Perak dalam hantaran di laman sosial Facebook mereka.

Jelas jabatan mufti itu, perbuatan tersebut tidak patut dilakukan apatah lagi jika kita mendengar lafaz mulia berkenaan berkumandang dengan jelas.

“Secara fiqh al-Awliyyat, kita perlu meninggalkan bacaan al-Quran mahupun bersembang dengan orang untuk menjawab azan yang dikumandangkan dahulu.

“Itulah akhlak dan adabnya,” katanya sebagaimana dipetik daripada infografik berkenaan.

Sinar Islam Plus kemudian memetik 10 adab ketika mendengar azan sebagaimana disiarkan menerusi laman web dalamislam.com.

Baca juga Jawab azan di radio dan TV, perlu atau tidak?

Berikut perinciannya:

1. Mengucap sebagaimana yang lafaz azan dilaungkan oleh muazin sehingga mendapat pahala mendengarkan seruan berkenaan.

2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW; Allahumma salli ‘ala Muhammad.

3. Memohon kepada ALLAH SWT wasilah dan keutamaan untuk Rasulullah SAW sebagaimana disebutkan dalam hadis Jabir bin ‘Abdillah; Allahumma rabba hazihid da’watit taammah was solatil qa’imah, aati Muhammadanil wasilata wal fadhilah, wab’atsu maqaamam mahmuda allazi wa a’adtah (doa selepas azan).

Tak jawab azan

JANGAN lupa memanjatkan doa kerana waktu di antara azan dan iqamah merupakan antara waktu mustajab untuk berbuat demikian. -Foto: 123f

4. Membaca Asyhadu alla ilaha illallah, wahdahu la syarika kalh wa anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuluh, radhitu billahi rabba wa bi Muhammadin Rasulaa wa bil Islami diinaa sepertimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqash.

5. Memanjatkan doa yang sesuai diinginkan kerana terdapat waktu mustajab berdoa di antara azan dan iqamah.

Baca juga Dosa diampunkan sejauh bunyi azan. Kelebihan tok bilal yang ramai tak tahu

6. Berdoa agar dosa-dosanya diampunkan oleh ALLAH SWT.

7. Tidak bersembang atau bercakap ketika azan berkumandang.

8. Menghentikan aktiviti yang dilakukan.

9. Menyegerakan solat agar terhindar daripada waktu dilarang untuk sembahyang.

Tak jawab azan

JANGAN bersembang ketika azan berkumandang. -Foto: Unsplash

10. Tidak keluar dari masjid atau surau setelah azan dilaungkan.

Meskipun sunat hukumnya kita menjawab azan, tetapi janganlah kita meremehkannya sehinggakan langsung tidak berbuat apa-apa walaupun ‘panggilan’ itu jelas pada pendengaran telinga kita.

Baca juga Tak boleh Masuk Tandas Ketika Sedang Azan?

Alangkah ruginya jika kita tidak membiarkan peluang keemasan itu berlalu begitu sahaja.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.