Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Jawab azan di radio dan TV, perlu atau tidak?

by Sarrah MohsinJune 21, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
jawab azan di radio
SEBENARNYA terdapat banyak fadilat pada perbuatan menjawab azan yang ramai tidak ambil peduli.

PERLUKAH kita menjawab azan di radio dan televisyen?

Untungnya menjadi rakyat Malaysia boleh mendengar laungan syiar Islam lima kali sehari di setiap penjuru negara, walhal umat Islam di sesetengah negara di dunia terpaksa berjuang untuk melaungkan azan.

Bukan setakat masjid, di corong-corong media seperti radio dan televisyen juga ada disiarkan azan sebagai peringatan kepada Muslimin mengerjakan tuntutan agama.

Mungkin kerana sudah terlalu biasa, sesetengah Muslim sekadar endah tak endah sahaja tatkala mendengar azan sedangkan terdapat banyak fadilat sekiranya kita menjawab panggilan tersebut.

Jawab azan di radio

AMALKAN berselawat setiap kali selesai azan berkumandang kerana mereka yang sentiasa beringat dengan Rasulullah SAW akan diberikan syafaat baginda.

IKLAN

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, Nabi SAW bersabda:

“Apabila kamu semua mendengar muazzin (melaungkan azan), maka sebutlah sebagaimana yang muazzin itu laungkan. Kemudian selawatlah ke atas ku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat sekali kepada ku, ALLAH akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali. Kemudian mohonlah kepada ALLAH agar aku mendapat wasilah. Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan di syurga yang hanya layak kepada seorang hamba ALLAH . Aku berharap agar aku adalah orang tersebut. Sesiapa yang memohon wasilah untuk aku, maka syafaat ku akan diberikan kepadanya.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’ie)

Seperti yang dapat dilihat melalui hadis di atas, menjawab azan sememangnya suatu amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Malah, hukumnya adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut), menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Bukan itu sahaja, ketika azan dilaungkan, kita dinasihatkan agar menghentikan sebentar segala aktiviti yang sedang dilakukan sebagai satu bentuk penghormatan.

Baca juga Dosa diampunkan sejauh bunyi azan. Kelebihan tok bilal yang ramai tak tahu

Namun, bagaimana pula jika azan tersebut disiarkan melalui radio atau televisyen? Bahkan, selain disiarkan secara ‘live’, ada juga yang berupa rakaman.

Kata seorang ulama Saudi, Syeikh Abdul Karim Khudair, azan yang diperdengarkan secara langsung (live) melalui radio sama seperti azan yang disebarkan melalui alat pembesar suara. Oleh itu, azan ini perlu dijawab.

IKLAN

Sebaliknya, jika azan tersebut adalah hasil rakaman (di CD, DVD, MP3 dan sebagainya) dan bukan secara langsung, maka azan itu tidak perlu dijawab.

Jawab azan di radio

DI Malaysia, azan juga ada disiarkan menerusi radio dan televisyen menyebabkan ramai yang tertanya hukum bagi menjawab azan dari sumber sedemikian.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagaimanapun mempunyai pendapat yang sedikit berbeza.

IKLAN

Tidak kiralah sama ada azan itu dilaungkan secara rakaman atau ‘live’ dan melalui alatan apa-apa pun baik radio mahupun televisyen, sebaik-baiknya kita menjawab juga azan berkenaan.

Hujah ini dikemukakan oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berbalik kepada fungsi azan untuk menyedarkan ummah melalui panggilan solat. Maka, azan dalam apa juga bentuk sekalipun bertujuan mengagungkan syiar Islam.

Baca juga Tersalah buka puasa awal kerana azan radio. Ini hukumnya

Tahukah anda, kita mampu memperoleh syafaat Rasulullah SAW sebagai tiket ke syurga hanya dengan menjawab azan?

Syaratnya, rajin-rajinlah menjawab azan, berdoa serta berselawat ke atas Nabi selepas mendengar azan.

Di Malaysia yang azannya berkumandang lima kali sehari, bayangkan berapa banyak pahala yang terkumpul hanya dengan mengamalkan perkara ini.

Foto: Freepik

IKLAN
azanislamjawab azanMalaysiaradioSelawattelevisyen
Previous

Wanita UK ini kongsi tip, panduan haji yang beri inspirasi kepada bakal jemaah di Twitter

June 21, 2022
Next

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

June 21, 2022

Related posts

pexels-javon-swaby-3279695
Isu,

‘Siapa kalah kena belanja’, hati-hati kerana ia gurauan berunsur judi.

by Fatin Fatihah HussinJuly 4, 2022
pexels-tima-miroshnichenko-7991579
Isu,

Menonton wayang di pawagam, syarat dan garis panduan yang diharuskan.

by Fatin Fatihah HussinJuly 4, 2022
cinta negara
Isu,

Kita perlu cinta dan pertahankan negara seperti Nabi SAW

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
wuduk penyeri wajah
Isu,

Naikkan seri wajah dengan air wuduk, benarkah begitu?

by Sarrah MohsinJuly 3, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.