Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Tak boleh Masuk Tandas Ketika Sedang Azan?

by Nurulfatiha MuahJune 15, 2021
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Azab kubur
SELEPAS membuang air kecil, cuci dengan bersih dan betul. -Gambar hiasan

TATKALA azan sedang berkumandang, ramai yang akan cuba menjauhi tandas dan sanggup menahan diri daripada qada hajat masing-masing ketika itu.

Apa tidaknya, sejak dari kecil lagi, kebanyakan kita sudah diajar oleh ibu bapa supaya tidak berbuat demikian. Ini kerana syaitan dikatakan akan berkumpul di dalam tandas ketika azan dilaungkan.

Jika diteliti, memang terdapat hadis yang menyebut bahawa syaitan mendiami tempat-tempat yang kotor seperti tandas.

Maka sebab itulah mengapa Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk berdoa sebelum masuk dan selepas keluar dari tempat qada hajat tersebut. Tujuannya adalah untuk berlindung daripada syaitan.

IKLAN

Ia sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya tempat membuang phajat ini didiami oleh syaitan. Jika salah seorang di antara kalian ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah: ‘Aku berlindung kepada ALLAH SWT daripada syaitan jantan dan betina’.” (Riwayat Abu Daud)

Baca juga 11 Amalan Yang Pahalanya Setara Seperti Tunaikan Haji, Umrah

Dalam satu riwayat lain, ada disebutkan bahawa syaitan akan bertempiaran lari hingga terkentut-kentut supaya tidak terdengar laungan azan tersebut.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila panggilan solat (azan) dikumandangkan, maka syaitan akan lari sambil terkentut hingga dia tidak mendengar azan lagi.” (Riwayat al-Bukhari)

Masuk tandas ketika azan

SYAITAN akan bertempiaran lari saat azan dilaungkan.

IKLAN

Memetik artikel Irsyad al-Fatwa Siri ke-536: Hukum Masuk Tandas Ketika Azan Berkumandang yang disiarkan laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tiada satu pun riwayat yang secara jelas menyatakan bahawa syaitan akan berkumpul di dalam tandas ketika seruan untuk mendirikan solat itu dilaungkan.

“Begitu juga, tiada riwayat yang menunjukkan bahawa terdapat tegahan untuk masuk ke tandas waktu azan.

“Lebih-lebih lagi seandainya seseorang dalam keadaan terdesak untuk membuang air atau bertujuan seperti untuk bersegera ke masjid untuk menghadiri solat berjemaah. Maka tiada larangan untuk mereka masuk ke tandas ketuka azan berkumandang,” katanya.

Begitupun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyarankan agar sebaiknya kita membersihkan diri dan berwuduk lebih awal sebelum masuknya waktu.

Masuk tandas ketika azan

SEBAIKNYA kita disarankan untuk membersihkan diri dan berwuduk sebelum azan.

Perbuatan itu adalah lebih baik supaya kita berpeluang untuk mendapat pahala menjawab azan, seterusnya datang awal ke masjid untuk bersolat jemaah.

IKLAN

“Ketahuilah, begitu besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan oleh ALLAH SWT bagi mereka yang menjawab azan dan hadir awal ke masjid,” katanya.

Bukan apa, andai kata kita tergesa-gesa dan menunggu hingga tamat azan dikumandangkan, lalu kemudian terus masuk ke tandas dan bergegas mengejar solat berjemaah di masjid, ia akan menyebabkan kita terpaksa hadir dalam keadaan menahan diri daripada membuang air kecil atau besar.

“Keadaan itu akan menimbulkan rasa tidak senang dan menggangunya untuk khusyuk ketika menghadap ALLAH SWT,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel berkenaan.

Foto: Freepik

IKLAN
azanMasuk tandas ketika azansinarislamplustandas
Previous

Misteri Siapa Serang Hospital Afrin Syria Masih Belum Dijawab

June 15, 2021
Next

Pakistan, Arab Saudi Tegas Sekat Talian Telefon dan Larangan Ke Pusat Beli Belah.

June 15, 2021

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.