Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Dosa diampunkan sejauh bunyi azan. Kelebihan tok bilal yang ramai tak tahu

by Sarrah MohsinMay 23, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
kelebihan tok bilal

MUAZIN, tukang azan, tok bilal. Bermacam-macam gelaran yang diberikan kepada insan penting ini.

Tiba sahaja waktu solat, pastinya suara mereka yang akan didengari umat Islam seluruh negara.

Bunyinya mendayu-dayu memanggil semua untuk meninggalkan apa sahaja tugas yang dilakukan untuk menghadap ALLAH yang Maha Esa.

Dari pandangan manusia, peranan muazin dilihat tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan jawatan imam atau pengerusi di sesebuah masjid.

Bahkan, apabila disuruh melaungkan azan ketika solat berjemaah, ada yang tidak mahu melakukannya dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Alasan yang biasa diberikan adalah suara sendiri tidak begitu merdu.

Kelebihan tok bilal

SETIAP makhluk daripada yang hidup hinggalah yang tidak bernyawa seperti batu dan pasir akan menjadi saksi kepada azan yang dikumandangkan tatkala hari akhirat kelak.

IKLAN

Begitu pun, seboleh-bolehnya rebutlah peluang menjadi muazin, demikian seru pendakwah bebas, Datuk Ustaz Shamsuri Ahmad menerusi sebuah tazkirah yang disiarkan di laman sosial You Tube.

Hakikatnya, masih ramai yang tidak tahu betapa mulianya peranan seorang tukang azan di mata agama. ALLAH SWT berfirman,

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh…” (Surah al-Fussilat, ayat 33)

Tingginya darjat muazin juga ada disabdakan oleh Rasulullah SAW,

“Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imam-imam dan ampunilah tukang azan.” (Riwayat Abu Daud)

Kelebihan tok bilal

USTAZ WADI ANNUAR

Malah, menurut pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar, fadilat melaungkan azan lebih besar berbanding menjadi seorang imam.

“Sebanyak mana manusia yang solat disebabkan mendengar azan tersebut, sebanyak itulah pahala yang diperoleh oleh muazin itu.

Maka, kuatkan suara sehabis mungkin ketika melaungkan azan,” katanya.

IKLAN

Selain itu, disunatkan juga untuk melaungkan azan meskipun seseorang itu sekadar solat bersendirian di rumah.

Jelas Ustaz Wadi, “Tetap disunatkan azan walaupun sudah lama masuk waktu solat. Contohnya solat Zohor masuk 1.30 petang, namun dia melaungkan azan pada 2.30 petang. Insya-ALLAH (dia) masih akan mendapat pahala tersebut.”

Baca juga Jika tengah solat pada hujung waktu dan dengar azan, jangan berhenti, teruskan sembahyang

Berikut adalah kelebihan lain yang diperoleh oleh tukang azan:

IKLAN

1. Dikurniakan pahala
Sabda Rasulullah “Barangsiapa azan selama dua belas tahun wajiblah baginya syurga dan ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh kebajikan dan pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

2.Diampunkan dosa
Dari Al Barra’ Ibnu ‘Aazib dikatakan bahawa Nabi saw pernah bersabda: “Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-NYA berselawat kepada orang-orang yang solat di barisan terdepan. Dan seorang muazin akan dimintakan ampun dan akan dipersaksikan oleh segala sesuatu yang telah mendengar suara azannya, dan baginya akan diberi pahala sebanyak orang yang solat kerananya.” (Hadis Riwayat Nasai)

Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: “Seorang muazin akan diampuni dosanya sejauh suaranya, dan setiap yang basah dan kering akan memintakan ampunan baginya. Yang melaksanakan solat berjemaah, maka baginya akan ditulis dua puluh lima kebaikan dan dihapuskan dosa-dosanya di antara waktu solat.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Kelebihan tok bilal

LAUNGKANLAH azan walaupun sekadar solat bersendirian di rumah. Begitu mudahnya memperoleh pahala.

3. Mengusir syaitan
Dari Abu Hurairah RA, katanya Nabi SAW bersabda: “Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula, apabila iqamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang pula kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya, “Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi telah berapa rakaat dia solat.” (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Dawud dan Nasai)

Begitulah mulianya kedudukan muazin di sisi agama. Jadi selepas ini, jika anda disuruh melaungkan azan untuk solat berjemaah, jangan terus menolak.

Usah bimbang tentang suara yang dimiliki itu merdu atau tidak. Sebaliknya, lakukanlah demi menyebarkan syiar ALLAH SWT.

Foto: Simasaktiumroh, Shutterstock & Pexels

IKLAN
Previous

‘Cycling Imaam’ ke arah komuniti Oldham lebih sihat

May 21, 2022
Next

Laksanakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebagai tanda memuliakan rumah ALLAH

May 23, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (74)
Isu,

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

by Fatin Fatihah HussinJanuary 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.