Browsing Tag

mimpi

kucing mimpi
Aqidah,

Kucing muncul dalam mimpi? Ini maksudnya mengikut Ibnu Sirin

Kucing muncul dalam mimpi? Ini maksudnya mengikut Ibnu Sirin

KUCING boleh ditemui di pelbagai tempat. Jika ia tidak dipelihara oleh seseorang, ‘si bulus’ itu biasanya boleh dijumpai di kawasan yang ada banyak makanan seperti di pasar atau restoran.

Namun, apa maksudnya jika kucing hadir dalam mimpi kita?

Memetik portal NU Online, isu tafsir mimpi berkaitan kucing pernah dibahaskan oleh cendekiawan Islam, Syeikh Ibnu Sirin dan Syeikh Abdul Ghani an-Nablusi dalam kitab Mu’jam Tafsirul Ahlam.

Dalam pada itu, Ibnu Sirin juga dikenali sebagai ulama yang handal menafsirkan mimpi.

Baca juga Lelaki sebak kebumikan kucing kesayangan, bolehkah kita bertemu semula dengan binatang peliharaan di akhirat nanti?

kucing mimpi

PERNAHKAH anda bermimpi melihat kucing? Foto: Unsplash

ARTIKEL BERKAITAN:

Misalnya, Ibnu Sirin berkata, kucing yang muncul dalam mimpi boleh diertikan sebagai pembantu yang menjaga seseorang.

Tetapi jika seseorang itu bermimpi melihat kucing mencuri sesuatu, itu boleh jadi petanda buruk kerana ditafsirkan bahawa orang yang rapat atau salah satu ahli keluarga akan merompak atau mencuri harta benda, sebagaimana dijelaskan Ibnu Sirin.

Sebaliknya, mimpi melihat kucing jinak dikatakan mempunyai petanda baik kerana ia menggambarkan perasaan tenang dan bahagia yang anda sedang alami dalam kehidupan ketika itu.

Manakala, mimpi menjual kucing boleh diertikan sebagai harta yang disedekahkan.

kucing mimpi

KATA Ibnu Sirin, mimpi digigit oleh kucing mungkin adalah petanda perkara buruk akan berlaku dalam kehidupan anda. Foto: 123RF

Baca juga Kucing bukan haiwan kesayangan Nabi SAW? Ini sebabnya

Selain itu, Ibnu Sirin berpendapat, mimpi melihat kucing liar boleh ditafsirkan sebagai kesukaran hidup yang memenatkan.

Malah, jika anda dicakar atau digigit kucing dalam mimpi, ia bermakna anda mungkin dikhianati oleh seorang pembantu atau orang suruhan anda. Dalam masa sama, ada juga ulama menafsirkan mimpi sebegitu sebagai sakit kronik atau penyakit yang sudah lama menderita.

Itulah antara beberapa tafsir mimpi berkaitan kucing yang pernah dikemukakan oleh Syeikh Ibnu Sirin.

Pun begitu, diingatkan bahawa ia hanyalah tafsir. Hakikatnya, ALLAH berkuasa penuh dalam menentukan serta mengubah takdir hamba-hamba-NYA.

Sumber: NU Online

Foto: 123RF & Unsplash

Aminah
Aqidah,

Aminah mengandungkan Nabi Muhammad SAW pada bulan Rejab, tahu dirinya hamil menerusi mimpi

BULAN Rejab melakar peristiwa penting yang mana Sayyidah Aminah binti Wahb mula mengandungkan Nabi Muhammad SAW pada waktu itu.

Tidak seperti wanita hamil lain, bonda junjungan besar kita tidak mengalami gangguan atau kesukaran sepanjang tempoh mengandung.

Demikian fakta yang ditulis dalam kitab Membaca Sirah Nabi Muhammad, karya Prof Quraish Shihab sebagaimana dilaporkan oleh laman web Kalam Sindonews.

Suatu fakta menarik yang mungkin tidak diketahui ramai, menurut buku bertajuk Kisah Hikayat Siti Aminah Ibunda Rasulullah SAW karya Muhammad Vandestra, Aminah sebenarnya tahu dirinya mengandungkan makhluk paling mulia menerusi mimpi yang menakjubkan.

Bayangkan dalam mimpinya itu, Aminah bagaikan ternampak cahaya terang mengelilinginya. Beliau juga diperlihatkan istana-istana di Basrah dan Syam serta mendengar suara yang ditujukan kepadanya: “Kamu telah hamil dan akan melahirkan seorang manusia yang paling mulia di antara umat ini!”

Baca juga Nabi Muhammad SAW insan pertama dibangkitkan pada Hari Akhirat

Memetik artikel yang disiarkan portal berita CNN Indonesia, Imam Ibn Kathir meriwayatkan dalam kitabnya Qishashul Anbiyya bahawa dalam mimpinya itu, Aminah kerap didatangi para nabi terdahulu dari bulan pertama kehamilannya iaitu Rejab sehinggalah Rabiulawal, bulan kelahiran Rasulullah SAW.

Aminah

AMINAH tahu dirinya mengandungkan makhluk paling mulia menerusi mimpi yang menakjubkan.-FOTO: CANVA

Sesungguhnya, Aminah memang seorang wanita berhati cekal. Dalam keadaan berbadan dua itu, beliau terpaksa ‘berpisah’ dengan suaminya, Abdullah bin Abdul Muthalib yang menyertai kafilah Quraisy untuk berdagang di Gaza dan Syam.

“Sepanjang ketiadaan suaminya, Aminah tinggal bersama dua wanita Bani Hasyim dan Bani Zuhrah.

“Akan tetapi Abdullah dikatakan jatuh sakit setelah selesai berniaga dan akhirnya meninggal dunia,” katanya sebagaimana dipetik menerusi cnnindonesia.com.

Kesedihan Aminah

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Barangkali itulah perumpamaan sesuai untuk menggambarkan situasi Aminah saat mendengar perkhabaran duka tersebut.

Masakan tidak, suami yang selama ini menjadi ketua keluarga dan harapan kebahagiaan hidupnya sudah pergi menemui Sang Pencipta.

Menurut Kalam Sindonews, Abdullah sempat mewasiatkan lima ekor unta, sekawan kambing dan seorang hamba perempuan bernama Ummu Ayman.

“Tidak lama kemudian, Aminah melahirkan seorang anak lelaki dan Abdul Muthalib menyambut kelahiran cucunya dengan gembira. Malah, beliau menganggap kehadiran putera itu sebagai pengganti Abdullah.

Baca juga Nabi Muhammad tidak menguap, ini keistimewaan yang ada pada baginda 

“Beliau mengangkat bayi itu dan membawanya ke Kaabah sebelum diberi nama Muhammad. Walaupun nama itu tidak biasa digunakan dalam kalangan orang Arab, tetapi ia begitu terkenal,” katanya.

Aminah

ABDUL MUTHALIB menyambut kelahiran cucunya dengan penuh kegembiraan. -FOTO: PEXELS

Berdasarkan riwayat yang masyhur, Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 29 Ogos 580 Masihi, kata portal kalamsindonews.com.

Pada hari ketujuh kelahiran baginda, Abdul Muthalib meminta seekor unta untuk disembelih dan beliau kemudiannya mengajak orang Quraisy makan.

Apabila mengetahui bayi tersebut bernama Muhammad, kaum itu tertanya-tanya mengapa ia tidak dinamakan dengan nama nenek moyangnya.

Begitupun, Abdul Muthalib tenang menjawab: “Mudah-mudahan dia menjadi orang yang terpuji bagi ALLAH di langit dan bagi makhluk-NYA di bumi.”

Benarlah, Nabi Muhammad SAW sememangnya nabi dan rasul terakhir yang membawa risalah Islam ke seluruh alam sehingga dunia menemui titik penamatnya.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

tanda diganggu makhluk halus
Isu,

11 tanda anda diganggu makhluk halus, berikut pencerahan oleh pakar perubatan Islam.

PAKAR perubatan Islam ini kongsikan 11 tanda yang menunjukkan anda diganggu oleh makhluk halus.

Jin adalah makhluk ghaib yang diciptakan oleh ALLAH SWT dari api dan memiliki akal. Kewujudannya adalah diceritakan menerusi surah al-Jinn dalam kitab suci al-Quran.

Kebiasaannya, makhluk halus berkenaan hanya boleh dilihat oleh sebahagian insan-insan terpilih. Namun, yakinilah bahawa manusia dan jin sememangnya hidup berdampingan meskipun berada dalam alam yang berbeza.

Baca juga Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

Begitu pun, adakalanya gangguan terhadap manusia oleh jin boleh berlaku apabila ada pertembungan antara kedua-duanya. Gangguan itu boleh jadi bentuk sihir yang dihantar oleh orang luar atau disebabkan kenakalan jin itu sendiri.

tanda diganggu makhluk halus

USTAZ SHARHAN SHAFIE

Mengulas isu itu, pakar pengamal perubatan Islam, Datuk Ustaz Sharhan Shafie berkongsikan cara untuk mengenal pasti jika kita diganggu makhluk halus atau syaitan dengan melihat kepada tanda-tanda berikut.

“Yang pertama, kalau kita ada gangguan, ada beberapa tanda masa jaga dan masa tidur,” katanya dalam sebuah video TikTok berdurasi seminit.

Baca juga Hantu Dan Jin Tak Boleh Bunuh Manusia Kecuali…

Tanda-tanda tersebut boleh hadir dalam dua keadaan iaitu ketika seseorang itu sedang berjaga mahupun sewaktu tidur.

“(Tanda) masa jaganya apa? Jantung bergerak laju, berdebar tanpa sebab, sakit belakang, bangun pagi ada kesan-kesan lebam pada tubuh, sakit di sendi-sendi utama (dan) ada penyakit (tetapi apabila) pergi hospital, (dikatakan) tiada penyakit. Itu semua adalah tanda-tanda masa jaga,” jelas Sharhan.

Antara tanda badan terkena gangguan jin ketika sedang berjaga adalah:

1. Jantung bergerak laju dan berdebar-berdebar tanpa sebab
2. Sakit belakang
3. Ada kesan lebam pada badan ketika bangun pagi
4. Sakit di sendi-sendi utama
5. Sakit yang tiada sebab

Selain itu, tanda adanya gangguan makhluk halus pada badan juga boleh dilihat menerusi jenis mimpi yang dialami ketika tidur.

tanda diganggu makhluk halus

BERHATI-hati dengan beberapa jenis mimpi berikut yang mungkin menandakan anda diganggu oleh makhluk halus.

Tambah Sharhan, “Tanda-tanda masa tidur pula adalah mimpi jatuh dari tempat yang tinggi, mimpi suatu persekitaran lama yang kita hidup waktu kecil dulu, orang tua balik bagi sesuatu kepada kita Mimpi berada di kawasan perkuburan, mimpi menyusui bayi. Itu mimpi-mimpi yang bermasalah.

“Terutamanya, mimpi ular. Mimpi ular patuk, apatah lagi (jika) selepas patuk, (ular itu) lari hilang. Cukup masalah. Tetapi kalau dia (ular) patuk kita, kita patahkan lehernya mati, ada harapan (individu itu) sembuh dengan izin ALLAH.”

Baca juga Kenali 3 bentuk mimpi dan fakta yang menarik mengenainya

Diringkaskan, jenis mimpi yang boleh dijadikan tanda seseorang itu diganggu oleh jin adalah:

1. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
2. Mimpi rumah lama atau buruk
3. Mimpi diberikan sesuatu oleh saudara mara yang telah meninggal dunia
4. Mimpi berada di kawasan perkuburan
5. Mimpi menyusukan bayi
6. Mimpi ular atau binatang berbisa

Ujar pengamal perubatan Islam terkenal berkenaan, perkara-perkara yang disebutkan tadi boleh jadi hanya mimpi sahaja. Namun, ia juga boleh dijadikan tanda-tanda untuk mengenal pasti jika seseorang itu terkena gangguan jin.

Bagi individu yang sememangnya terkesan dengan buatan makhluk halus mahupun syaitan, Ustaz Sharhan mengingatkan agar sentiasa beramal dengan ayat-ayat suci al-Quran, terutamanya surah as-Saffat ayat 7.

Baca juga Rasulullah SAW pernah disihir? Ini sebab surah al-Falaq diturunkan.

Firman ALLAH SWT: “Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka.” (Surah as-Saffat, ayat 7)

Titip beliau, bacalah surah tersebut sambil diiringi doa memohon pertolongan kepada ALLAH SWT.

“”Ya ALLAH, jagalah aku daripada gangguan syaitan yang terkeji.” Jangan lupa surah as-Saffat ayat tujuh. Selamat mengamalkan. Insya-ALLAH,” pesan Sharhan.

Sumber: TikTok Sharhan Shafie

Foto: Freepik, TikTok & Pexels