Jangan sewenangnya buang sisa daging korban, ini tatacara terbaik mengurusnya
HARI Raya Aidiladha sudah beberapa hari berlalu. Pastinya ramai yang turut mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah korban, akikah dan sebagainya pada hari yang mulia tersebut.
Walau bagaimanapun, sebagaimana dikongsikan dalam media sosial, ada individu dipercayai di Terengganu telah bertindak membuang perut lembu sesuka hati di tong sampah yang disediakan majlis daerah.
Baca juga Boleh ke buat kenduri kahwin dan jamu tetamu makan daging korban?
Jelas pengguna media sosial yang mengeluarkan hantaran tersebut, tindakan membuang sisa daging korban sewenang-wenangnya ke tong sampah akan akan menyebabkan kawasan di situ menjadi lebih busuk kerana kakitangan pelupusan sampah hanya akan mengutip sampah-sampah berkenaan beberapa hari kemudian berikutan musim perayaan.
Rata-rata pihak netizen mengecam perbuatan tersebut kerana difahamkan, ketika perut lembu itu ditemui, ia telah pun dihurung lalat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kekeliruan kaum ibu, daging korban tidak boleh disimpan melebihi 3 hari? Ini penerangan agamawan
- RM30K satu bahagian korban lembu wagyu, mungkinkah akan dapat pahala lebih besar?
- Sambut orang balik haji, antara sunnah yang dilupakan
Sisa daging korban perlu ditanam
Menurut personaliti agama, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, orang ramai dinasihatkan untuk menanam sisa daging korban, terutamanya bahagian tulang.
Katanya, walaupun hukum menanam tulang daging korban hanya sekadar sunat dan bukannya wajib, namun ada beberapa perkara perlu masyarakat ambil tahu.
Jelas beliau, tulang-belulang secara umumnya dan bukan sahaja ketika korban, termasuk salah satu makanan jin. Oleh itu, sebahagian ulama mengatakan berpendapat sisa berkenaan harus dikendalikan dengan baik.
Baca juga Makanan dan minuman jin yang patut diketahui, serta perlu Muslim hindari
“Sebahagian ulama mengatakan lebih baik untuk kita prosesnya (tulang daging) dengan cara yang baik. Makna bukan kita letakkan secara terbiar di atas tanah dan sebagainya.
“Sebahagian ulama mengatakan lebih baik untuk kita prosesnya (tulang daging) dengan cara yang baik. Makna bukan kita letakkan secara terbiar di atas tanah dan sebagainya.
Turut disyorkan Usah sempitkan pengorbanan hanya ketika raya haji
Baca juga Ibadah korban masih boleh dilakukan selepas Hari Raya Aidiladha
Bagaimana jika tidak dapat tanam?
Bagi mereka yang tidak mempunyai tempat untuk menanam sisa dan tulang daging korban, penceramah bebas, Ustaz Che Nordin Che Ibrahim mengingatkan agar makanan itu dibungkus dengan baik sebelum dibuang di tempat yang tidak akan diganggu haiwan liar seperti anjing.
Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang sisa daging korban daripada sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu, sebaik-baiknya ia ditanam sekiranya anda berkebolehan berbuat demikian.
Turut disyorkan Anak naik haji di usia muda, ibu ini kongsi rahsia
Namun, bergantung kepada situasi dan kesesuaian keadaan, tiada masalah jika sisa berkenaan terpaksa dibuang ke dalam tong sampah atau mana-mana tempat yang sesuai. Syaratnya, bekas sembelihan itu harus dibungkus dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah kebersihan.
Ketahuilah, ibadah korban merupakan suatu amalan mulia. Pun begitu, jangan kerana sikap sambil lewa menguruskan sisa sembelihan menyebabkan kita tidak memperoleh pahala sempurna daripada ibadah tersebut.
Sumber: Facebook & Youtube
Foto: 123RF, Facebook, Youtube & Unsplash
Jangan sewenangnya buang sisa daging korban, ini tatacara terbaik mengurusnya