ANTARA sunnah Rasulullah SAW yang jarang sekali dipraktikkan oleh masyarakat adalah perbuatan menyambut orang yang baru balik daripada melaksanakan ibadah haji.
Bermula semalam, jemaah haji Malaysia sudah mula beransur pulang ke tanah air setelah selesai mengerjakan Rukun Islam kelima itu di Arab Saudi.
Setelah berminggu-minggu lamanya berpisah, pastinya kepulangan ini dinantikan oleh sanak-saudara dan sahabat handai yang berada di Malaysia dengan penuh rasa syukur serta gembira.
Bagi jemaah haji yang pulang ke tanah air, penceramah bebas, Ustaz Datuk Badli Shah Alauddin mengingatkan bahawa disunatkan singgah ke masjid terlebih dahulu untuk menunaikan solat sunat serta membaca doa sebelum menjejakkan kaki ke rumah.
Baca juga Jemaah haji Malaysia mula pulang ke tanah air
Sementara itu, kepada mereka yang bakal menyambut kepulangan jemaah haji pula, agamawan itu mengajak kita merenungkan kembali adab-adab pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:
“Apabila kamu bertemu orang haji (yang baru pulang haji), maka bersalamlah dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan ALLAH SWT (doanya dikabulkan).
“Doa yang dibacakan seperti berikut: ‘Allahumagfir lilhajji Walimanistagfaralahulhaj’. Maksudnya, “Ya ALLAH berikanlah keampunan kepada orang yang mengerjakan haji dan kepada mereka yang dimohonkan ampun oleh orang yang haji.” (Hadis riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadis berkenaan, ujar Ustaz Badli Shah, jelaslah bahawa terdapat tiga perkara yang disunatkan untuk dilakukan ketika menyambut kepulangan jemaah haji.
Pertama sekali, kita digalakkan memberi salam, berjabat tangan serta bertanyakan khabar kepada jemaah haji tersebut.
Baca juga LIMA amalan yang nilainya seperti menunaikan haji
Kedua, meminta kesudian jemaah haji untuk mendoakan agar dosa-dosa kita diampunkan. Ini kerana doa orang yang baru kembali daripada melaksanakan haji adalah mustajab, ungkapnya.
“(Orang yang baru pulang dari haji) bagaikan bayi yang baru lahir. Belum ada dosa, masih bersih lagi.
“Satu lagi adalah mendoakan jemaah haji. Rasulullah SAW suka mendoakan orang yang baru kembali menunaikan ibadah haji sebagai tanda cinta terhadap umat Islam yang telah menjadi tetamu ALLAH serta mendapatkan limpah kurnia-NYA dalam melaksanakan Rukun Islam,” jelas beliau.
Baca juga Cabaran umat Islam era pra-merdeka menunaikan ibadah haji.
Memetik portal Shafiqolbu, antara doa menyambut kepulangan jemaah haji adalah seperti berikut:
Said bin Mansur menyatakan, bahawa apabila orang yang baru pulang daripada menunaikan haji bertemu dengan Abdullah bin Umar, dan beliau mengucapkan kepada orang yang kembali dari haji:
Selain itu, dalam kitab, al-Mausu’ah Fiqhiyyah, ulama Syafie berpendapat dianjurkan ucapan berikut kepada orang yang berhaji atau umrah:
Oleh itu, tiada masalah jika kaum keluarga ingin meraikan kepulangan sanak-saudara yang baru selesai menunaikan ibadah haji namun sambutan yang dilakukan mestilah bersesuaian dan tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Sambut orang balik haji, antara sunnah yang dilupakan.
Foto & Sumber: Shafiqolbu & Freepik