Islam seru sebar keharmonian tanpa mengira kaum dan agama…
KASIH sayang yang ditunjukkan oleh seorang wanita berbangsa India yang menyuapkan makanan kepada pesakit Melayu di sebuah wad hospital, membuktikan semangat perpaduan kaum sangat tebal di Malaysia.
Menerusi perkongsian video Divyasree0605 di TikTok, dia memaklumkan, ibunya bertindak demikian berikutan pesakit wanita tersebut tidak dapat melihat.
“Makcik ‘ni alami kegagalan buah pinggang dan tak boleh melihat jadi ibu saya tolong dia makan,” katanya.
Baca Juga Meninggal selepas 24 jam peluk Islam
Perkongsian tersebut menerima respon positif orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai bukti rakyat Malaysia sehati sejiwa dan ia sesuatu yang membanggakan.
“Terharu sangat saya tengok video ni, hati pun rasa sebak. Hidup Malaysia, Malaysia boleh! Sehati sejiwa kita sebagai adik-beradik,” ujar Padma.
Rata-rata netizen memberikan respon yang positif kerana rakyat Malaysia masih lagi mengekalkan perpaduan kaum dengan sikap saling membantu.
“Kita semua rakyat Malaysia, seharusnya berbangga. Satu hati, satu jiwa,”
“Terima kasih, kita semua macam satu keluarga tak kira bangsa dan agama,”
“Bukti adab dan kemuliaan bukan pada warna kulit atau bangsa tapi pada hati,” demikian antara komen warganet di media sosial.
Baca Juga ALLAH bayar ‘cash’, rezeki rider bantu adik istimewa betulkan rantai basikal ke surau
Setakat video yang dikongsi telah berjaya meraih sebanyak 600 ribu jumlah tontonan dengan lebih 5 ribu komen.
Islam menyeru perpaduan rakyat dan kaum
Menerusi Mutiara Islam yang disiarkan thepatriots.asia, turut berbangga kerana uniknya di Malaysia, kita dapat hidup bersama serta meraikan kepelbagaian bangsa dan agama antara satu sama lain tanpa sebarang diskriminasi.
“Tidak mungkin bagi manusia hidup secara bersendirian tanpa melibatkan sebarang hubungan dengan masyarakat dan komuniti dalam sesebuah negara.
“Syukurlah Malaysia tidak seperti negara lain yang saban hari berperang antara kaum walaupun masih dalam negara sendiri.
“Manusia dijadikan dengan rencam bangsa, kefahaman dan kemampuan, kerana kepelbagaian itu ada peranan tertentu bagi memakmurkan bumi melalui pembahagian tugasan mengikut kebolehan dan kedudukan masing-masing, serta wajib bersatu sebagai sebuah masyarakat madani.
“Islam sentiasa menegaskan bahawa wujudnya perbezaan, perselisihan dan pertembungan dalam kalangan manusia adalah fitrah.
Turut Disyorkan 4 darjat hamba di sisi ALLAH, harta dan jawatan tak masuk dalam senarai
“Semuanya mengandungi hikmah yang diberikan oleh ALLAH Tuhan pencipta alam kepada seluruh umat manusia,” kongsi laman berkenaan.
Firman ALLAH “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-NYA (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat ayat 13)
Artikel Berkaitan
- Kisah menantu dari syurga ini meruntun jiwa ramai
- Kisah gengster muka ganas masuk Islam, raih perhatian ramai termasuk Ustaz Ebit
- Kisah masyhur Nabi SAW memberi makan kepada Yahudi buta adalah palsu, jangan sebar sembarangan
- 5 kisah meruntun hati di sebalik gempa bumi Turkiye-Syria
- Ini kisah mengapa kopi diharamkan ulama Makkah suatu ketika dahulu
- Kisah Qitmir, si anjing peneman pemuda-pemuda hebat Ashabul Kahfi
- Kisah Bi’rul Khatim (Telaga Cincin) di Madinah
- Ibrah kisah Zulqarnain, pemimpin yang penuh sifat qawwam
- Elak lantik anak-beranak dan kaum kerabat untuk suatu jawatan, ini pandangan Islam berkaitan hal itu
- Penyanyi wanita bertudung kantoi guna ilmu sihir, ini akibatnya lakukan amalan syirik ini