Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Rindu Rasulullah,

Kisah Bi’rul Khatim (Telaga Cincin) di Madinah

by Fatin Fatihah HussinJanuary 20, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (83)
DIRIWAYATKAN Nabi SAW pernah duduk-duduk sambil berjuntaian kaki ke arah dalam telaga bersama Saiyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman RA. Foto: Facebook Abdul Nasir

TELAGA Bi’rul Khatim atau lebih dikenali sebagai telaga cincin merupakan salah satu telaga yang tersingkap sejarahnya sendiri. Lokasi tapak telaga ini berdekatan masjid Quba. Namun ia telah ditutup dan menjadi tempat berjalan di kawasan tersebut.

Mutawif InsaffTravel, Abdul Nasir Hassan berkongsi mengenai kisah telaga ini ketika menziarahi masjid Quba bersama para Jemaah. Ujarnya, di tepi jalan raya sebelah masjid Quba ini terdapat tiga batang pohon kurma.

“Di bawah pokok-pokok kurma inilah asalnya terdapat sebuah telaga yang bernama Bi’ru Khatim. (Satu pendapat lagi mengatakan ia terletak di bawah kawasan air pancut)

“Diriwayatkan, Rasulullah SAW pernah duduk-duduk sambil berjuntaian kaki ke arah dalam telaga bersama Saiyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman RA.

IKLAN

“Lihatlah indahnya kehidupan Baginda dengan para sahabat, bukan hanya di program rasmi seperti kuliah semata, tetapi hidup bersama para sahabat dengan suasana indah sambil berbual-bual dengan keadaan berjuntai-juntai kaki di bibir telaga.

DI bawah pokok-pokok kurma inilah asalnya terdapat sebuah telaga yang bernama Bi’ru Khatim. (Satu pendapat lagi mengatakan ia terletak di bawah kawasan air pancut). Foto: Facebook Abdul Nasir

“Di zaman Saiyidina Uthman RA, beliau pernah tanpa sengaja menjatuhkan cincinnya ke dalam telaga ini. Cincin itu pula sangat berharga baginya kerana ia dari Saiyidina Umar RA yang beliau dapat dari Saiyidina Abu Bakar RA. Saiyidina Abu Bakar pula menerimanya dari Nabi SAW. Ya, ia sangat bernilai kerana cincin tersebut pemberian Nabi Muhammad SAW.

“Para sahabat sangat menjaga barang-barang berkat, kerana ia menjadi sebab mendapat kekuatan dari ALLAH seperti kisah Saiyidina Khalid yang membawa rambut Rasulullah SAW ke medan perang, Saiyidina Abu Ayub membawa barang berkat baginda ke Konstantinopel dan lain-lain.

BACA JUGA 15 rahsia keajaiban Kaabah yang perlu diketahui

“Oleh itu, para sahabat telah berusaha mengeringkan telaga ini untuk mencari cincin tersebut. Tiga hari berhempas pulas berusaha, namun tidak juga ditemui.

IKLAN

“Ia menjadi bukti barang berkat boleh hilang dengan sebab-sebab tertentu. Tidak lama selepas itu Saiyidina Uthman mati syahid terbunuh dan berakhirnya kekhilafahan beliau.

“Rupa-rupanya kehilangan cincin itu memberi isyarat akan berakhirnya pemerintahan Saiyidina Uthman RA,” ungkapnya.

Beliau menjelaskan lagi, ada kisah yang menceritakan cincin tersebut dijaga oleh sahabat yang lain.

IKLAN

SEMENJAK hilangnya cincin Nabi SAW itu, keadaan menjadi huru-hara dan terjadi banyak perselisihan faham antara kaum Muslimin. Foto: Gambar Hiasan

“Saiyidina Mu’aiqib Ad-Dausi RA adalah sahabat dan penjaga cincin Rasulullah SAW. Mu’aiqib akan menyimpan cincin itu apabila Baginda tidak memakainya. Dia juga menjaganya pada zaman Saiyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman RA.

“Di zaman Uthman RA, Semasa Mu’aiqib duduk di sisi telaga ‘Aris, beliau memberi atau mengambil cincin itu daripada Saiyidina Uthman RA dan secara tidak sengaja ia terjatuh ke dalam telaga itu. Kejadian ini tercatat di dalam banyak hadis. Sama ada cincin itu terjatuh dari tangan Mu’aiqib atau tangan Uthman RA.

BACA JUGA Ketahui kelebihan amalan tawaf di hadapan Baitullah ketika musim umrah atau haji

“Para ulama berpendapat ia jatuh dari tangan Mu’aiqib RA. Dikatakan juga, semenjak hilangnya cincin Nabi SAW itu, keadaan menjadi huru-hara dan terjadi banyak perselisihan faham antara kaum Muslimin. Sehingga terjadinya peperangan dan pembunuhan yang mengorbankan Saiyidina Uthman.

“Jika diperhatikan daripada peristiwa itu akan kita temui satu kesimpulan bahawa cincin Nabi SAW itu mempunyai rahsia seperti mana cincin Nabi Sulaiman AS, iaitu apabila hilang cincinnya itu maka hilanglah kerajaannya,” ungkap beliau di laman facebook.

IKLAN
Previous

6 ciri orang dicintai ALLAH, adakah anda salah seorang darinya?

January 20, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (20)
Rindu Rasulullah,

Nama Muhammad adalah nama paling banyak digunakan di seluruh dunia

by Fatin Fatihah HussinJanuary 9, 2023
Capture 1
Rindu Rasulullah, Uncategorized,

Inspirasi penyatuan Rasulullah SAW

by Muhd Azman Mohd NawiDecember 27, 2022
Ciri-ciri kepimpinan Islam
Rindu Rasulullah,

6 Ciri kepimpinan gaya Rasulullah SAW

by Fatin Fatihah HussinNovember 3, 2022
fizikal Rasulullah SAW
Rindu Rasulullah,

Wajah secerah rembulan. Seindah inilah rupa fizikal Rasulullah SAW

by Sarrah MohsinOctober 26, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.