‘The Ahmadi Religion of Light and Peace’ dakyah terbaru ajaran sesat golongan LGBT…
BELUM habis lagi dengan kisah ajaran sesat ‘si hulk’ muncul pula desas-desus ajaran baharu yang dikatakan jelas menyeleweng daripada agama Islam.
Percaya kewujudan 12 Imam Mahdi, itu antara pegangan asas ajaran ‘The Ahmadi Religion of Light and Peace’. Mereka juga percaya lokasi sebenar Kaabah terletak di Petra, Jordan dan bukan di Makkah, Arab Saudi.
Pergerakan itu menamakan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia yang diberikan taraf bishop sebagai ketua dan bertanggungjawab menyebarkan dakyah serta menguruskan pengikut mereka di negara ini.
Agama itu juga mempunyai pengikut dan bishop yang dilantik di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, Afghanistan, Thailand, United Kingdom dan Turkiye.
Baca Juga Selamatkan akidah umat Islam, banteras segera ajaran sesat ‘Si Hulk’
Menggunakan platform media sosial, gerakan itu cuba menyebarkan dakyah mereka menerusi video pendek yang antaranya jelas mempertikaikan Islam dan ulama.
Berdasarkan tinjauan di laman sesawang mereka, agama berkenaan diasaskan individu bernama Ahmad Ismail atau dikenali oleh pengikutnya sebagai Imam Ahmad Al-Hassan berasal dari Basra, Iraq.
Ahmad Ismail, 55, mengaku dirinya Imam Mahdi pertama daripada 12 imam yang kononnya dijanjikan untuk memimpin panji hitam dari timur dan mula menyebarkan ajaran itu sejak 2003.
Bagi meyakinkan pengikutnya, Ahmad Ismail mendakwa dia sudah meramalkan terlebih dahulu beberapa peristiwa besar termasuk penyebaran wabak Covid-19 dan peperangan Ukraine-Russia.
Kumpulan itu mula mendapat perhatian di Malaysia apabila beberapa individu mengaku sebagai pengikut ajaran terbabit berkumpul di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, Sabtu lalu, untuk mempertahankan hak orang ramai mengamalkan gaya hidup lesbian, gay, bisekseksual dan transgender (LGBT).
Pertikai hukum ALLAH boleh jatuh syirik, murtad
Umat Islam yang melakukan perbuatan bercanggah dengan ajaran al-Quran dan sunah boleh jatuh murtad sekali gus wajib bertaubat.
Artikel Berkaitan
- Sudah difatwakan sesat, ajaran ‘Si Hulk’ kembali dikesan JAINJ, PDRM
- MAIS larang jadikan masjid sebagai medan politik
- Ajaran sesat kembali menyesatkan umat Islam Malaysia. Millah Abraham antara 14 ajaran sesat dipantau ketat oleh MAIS
- Ajaran Sesat Berselindung Di Sebalik Nama Agama
- Jangan dekati ajaran Millah Abraham, perangi habis-habisan fahaman sesat ini…
- Kontroversi ajaran pelik di pesantren Jawa Barat. Jakim tubuh jawatankuasa pemantau
- Berhati hati dengan idea ‘Energy duit’, ia bercanggah dengan ajaran Islam
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, perbuatan pengikut ‘The Ahmadi Religion of Peace and Light’ itu bertentangan dengan syarak kerana mempertikaikan hukum ALLAH SWT terutama mengenai golongan LGBT.
“Apabila kita sedar dan faham bercakap sesuatu perkara yang melanggar syarak dan al-Quran, ertinya kita mencabar hukum ALLAH.
“Kalau dia seorang Islam, cakap-cakap atau perbuatan itu boleh menyebabkan dia murtad dan syirik kepada ALLAH.
“Sedangkan binatang pun tak buat macam itu, jadi menunjukkan tingkah laku itu bukan saja bercanggah dengan norma manusia malah semua perkara, kerana ALLAH jadikan lelaki dan perempuan memang untuk berkahwin dan bukannya sesama jantina,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai perbuatan pengikut ajaran ‘The Ahmadi Religion of Peace and Light’ yang mendakwa LGBT juga makhluk Tuhan dan tidak sepatutnya didiskriminasi serta tidak salah menjadi gay atau lesbian.
Mengulas lanjut katanya, bukan hanya melanggar hukum ALLAH, malah perbuatan itu turut melanggar undang-undang negara Islam.
Turut Disyorkan Pilih pemimpin berdasarkan kekayaan atau wibawa peribadinya, tepuk dada tanya iman
“Kalau dia bukan seorang Islam pun, kena faham adat resam dan agama di Malaysia ini. Orang yang mengamalkan amalan songsang juga salah dari segi undang-undang dan boleh didakwa serta dikenakan tindakan tegas.
“(Mereka) kena ingat perbuatan itu di dunia tak selamat, di akhirat pun sama. Jadi kalau orang itu adalah Islam, memang wajib bertaubat. Jangan sebab dia, orang lain juga akan ditimpa bala dan musibah kerana sejarahnya begitu,” katanya.