Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Ajaran sesat kembali menyesatkan umat Islam Malaysia. Millah Abraham antara 14 ajaran sesat dipantau ketat oleh MAIS

by Fatin Fatihah HussinDecember 21, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (58)
MILLAH Abraham antara 14 ajaran sesat dipantau ketat oleh MAIS.

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata antaranya adalah ajaran Millah Abraham@ Ibrahim, Al-Arqam@Rufaqa’, Qadiani@Ahmadiah dan fahaman Syiah.

Beliau berkata orang ramai yang curiga atau keliru mengenai sesuatu ajaran, perlu segera merujuk kepada MAIS dan mereka juga boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, saya nasihatkan kepada sesiapa yang mengetahui atau mendapat makluman mengenai ajaran-ajaran ini dan (ia) dibuat secara rahsia sulit serta… dilaksanakan di tempat yang sukar untuk dihubungi, kebiasaannya ia adalah ajaran sesat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) 2022 di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

AJARAN ini mula dikesan berkembang di Malaysia pada tahun 2013 setelah aduan diterima oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Abdul Aziz berkata orang ramai juga boleh merujuk kepada 97 PIBK yang berdaftar di bawah MAIS jika mempunyai kesangsian tentang mana-mana ajaran.

IKLAN

Semalam, media melaporkan kumpulan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan kewujudannya beberapa tahun lepas dipercayai kembali aktif, susulan beberapa pengikut termasuk seorang selebriti lelaki mendedahkan pernah terjebak dengan kumpulan berkenaan.

Sesat lagi menyesatkan

Kumpulan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan kewujudannya beberapa tahun lalu, kini kembali hangat diperkatakan.

Beberapa pengikut mendedahkan bagaimana mereka boleh terjebak dengan kumpulan berkenaan.

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, turut memuat naik tangkap layar individu yang pernah menyertai kumpulan berkenaan.

Caprice melalui Instagram juga berkongsi video mengenai seorang lelaki yang dikecewakan wanita dipercayai pengikut Millah Abraham.

BANYAK ajaran sesat yang popular di Malaysia telah pun diharamkan namun pengikutnya masih aktif. 

Lelaki itu menerusi video tersebut turut dilihat memegang dan menunjukkan buku yang digunakan dalam ajaran sesat tersebut.

Menerusi perkongsian Caprice itu, salah seorang pengikutnya mendakwa pernah mengikuti satu kelas di atas talian, menzahirkan kebimbangan jika kumpulan tersebut kembali dihidupkan.

IKLAN

Ia berikutan menurutnya, pengisian kelas tersebut sememangnya berlandaskan ayat al-Quran, namun rasa sangsi timbul apabila ia dikaitkan dengan Millah Abraham.

“Kaitkan ada kebangkitan Nabi seterusnya dakwa apa yang kita baca al-Quran selama ni ada maksud, dan maksud tu berkaitan Millah Abraham.

“Nak terangkan pun susah. Tapi isinya ialah kandungan tu, nak kita percaya ada kebangkitan Millah Abraham in 2024, ada Rasul seterusnya. Mereka kata kerajaan sekarang ni kerajaan setan,” kongsinya.

Tambahnya, para pengikut ajaran ini juga terdiri dalam kalangan mereka golongan berpendidikan dan profesional.

KEBANYAKAN para pengikut ajaran ini terdiri dalam kalangan mereka berpendidikan dan profesional. 

IKLAN

Sementara itu, seorang pengguna facebook dikenali sebagai dyaismyname turut berkongsi pengalaman apabila salah seorang pelajarnya pernah diselamatkan daripada ajaran ini.

“Millah Abraham ni agak aktif kembali sekitar 2014 ke 2015. Tak tau sejak bila wujud. Saya ada seorang pelajar Alhamdullilah kami berjaya selamatkan dia. Rupanya seluruh ahli keluarga ikut ajaran ni.

“Kasihan anak-anak. Ajaran yang ikut sebiji macam zaman Nabi berhijrah untuk sebarkan Islam dan sebagainya. Garis masa seakan sama dengan penyebaran Islam tapi sebenarnya inti pati ajaran itu menyimpang. Minta dijauhkan,” katanya.

Baca juga Jangan dekati ajaran Millah Abraham, perangi habis-habisan fahaman sesat ini…

ANEKDOT:

Apa itu ajaran Millah Abraham?

Ajaran ini mula dikesan berkembang di Malaysia pada tahun 2013 setelah aduan diterima oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai isteri pengadu yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah Tamil. Pengadu memaklumkan isterinya telah terlibat dengan ajaran Millah Ibrahim@Abraham yang mendakwa tidak perlu sembahyang kerana tidak ditunjukkan cara-caranya di dalam Al-Quran. Diikuti pula aduan seorang bapa yang ditinggalkan oleh anak dan isteri kerana tidak mahu mengikuti ajaran kumpulan ini yang disyaki menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Ajaran Millah Ibrahim@Abraham mempunyai persamaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan sebagai menyeleweng pada 31 Mac 2011 yang lalu. Berdasarkan maklumat pengadu dan mereka yang terlibat dengan ajaran ini mendapati aliran tersebut berasal dari Bogor, Indonesia yang diketuai oleh Ahmad Musadeq yang pernah membawa aliran sesat Al-Qiyadah yang telah didirikan oleh beliau pada tahun 2007. Beliau juga sering hadir ke Malaysia bagi tujuan penyebaran ajaran tersebut.

Golongan Millah Ibrahim@Abraham mengatakan bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah dengan kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah akibat serangan puak Monggol ke atas Baghdad yang telah membuang kitab-kitab khazanah Islam ke dalam sungai. Maka, ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu. Kerajaan Millah Ibrahim akan naik semula dan akan dibawa oleh rasul yang baharu (Ahmad Musadeq). – SUMBER: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

IKLAN
Previous

Sebuah kematian yang menghidupkan jiwa Muslim

December 21, 2022
Next

Mengapa masih seronok buat larangan ALLAH sedangkan solat cukup dan sudah baca al-Quran?

December 22, 2022

Related posts

nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (66)
Berita Semasa,

Hebatnya lelaki dukung bapa tunai umrah ibarat kisah Uwais al-Qarni

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.