KUMPULAN ajaran sesat ‘Si Hulk’ yang menyebarkan video menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sedang dikesan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Laporan mengenai video yang ditularkan di platform Tiktok itu sudah diterima JAINJ semalam.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata ajaran yang diasaskan Suhaini Mohammad itu diputuskan sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Julai 2021.
Baca Juga Ajaran Sesat Berselindung Di Sebalik Nama Agama
“Ia mesti digambarkan sebagai satu amaran keras sebab bukan sahaja sudah difatwakan, bahkan dititahkan selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, bahkan fatwa ini telah dua tahun, bermaksud semua pihak sepatutnya mengambil berat tentang kandungan fatwa dan larangan ini,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada persidangan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, semalam.

TULAR satu rakaman video ajaran sesat ‘Si Hulk’ yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Tambah Mohd Fared, tindakan undang-undang akan diambil kepada pihak yang menyebarkan ajaran sesat itu.
Video tular berdurasi 1 minit 17 saat itu memaparkan empat lelaki mengaku menyokong ajaran Si Hulk dan menyebut beberapa ayat antaranya Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.
Sementara itu, 21 ajaran sesat dikesan di Johor dan telah diletakkan dalam senarai fatwa dan warta berkaitan akidah di negeri ini.
Antara ajaran-ajaran sesat ‘Si Hulk’
Antara fahaman dan ajaran Suhaini Bin Mohammad yang bertentangan dengan akidah, syariah dan Islam ialah mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan. Ia terdapat dalam petikan kata-kata Suhaini dalam YouTube bertajuk : Sesat Atau Benar bertarikh 4 April 2020.

21 ajaran sesat dikesan di Johor dan telah diletakkan dalam senarai fatwa dan warta berkaitan akidah di negeri ini.
Dia juga menyatakan rahsia Tuhan bahagian 5: ‘Saya berpendapat bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah Esa, bersalahan dengan makhluk. Baginda tidak beranak dan tidak diperanakkan, Nabi Muhammad SAW adalah induk (ummi) dan semua makhluk adalah cahaya (nur) baginda yang diseru ALLAH kepada baginda’.
Menerusi sumber dalam YouTube Transformation Academy ucapan Suhaini Bin Mohammad bertajuk Sesat Atau Benar minit 7:35 hingga 9:30, surah al-Baqarah ayat 35 dan surah Taha ayat 120 iaitu ayat yang melarang Nabi Adam dan isterinya memakan buah larangan.
Baca Juga Minta cerai atas sebab ‘shiqaq’, apa maksudnya?
Adam makan buah Hawa melalui mulut atas lalu jadilah halkum, manakala Hawa makan buah Nabi Adam melalui mulut bawah lalu jadilah ovari yang akibatnya menyebabkan wanita datang haid setiap bulan’. Perkara itu tidak benar sama sekali dan menyeleweng.
Mereka-reka hadis yang didakwa sebagai hadis Qudsi yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW itu Esa. (Sumber : Petikan daripada Youtube Transformation Academy ucapan Suhaini Mohammad bertajuk Ahmad Tanpa Mim : saat 0.32 hingga minit 1:02)