Browsing Tag

visa furada

VISA FURADA
Istimewa Panggilan Baitullah,

Elak ditipu ‘scammer’, fahami apa itu visa furada dan Jemaah Haji Pengelola (JPH)

SABAN tahun apabila menjelang sahaja musim haji, antara isu yang sering diketengahkan oleh Lembaga Tabung Haji adalah mengenai visa furada.

Semalam, dalam satu sidang media, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengigatkan umat Islam di Malaysia supaya berwaspada dengan pelbagai promosi meragukan menggunakan visa furada pada musim ibadah kali ini.

Sebelum menjadi mangsa penipuan ‘scammer haji’, satu inisaitif yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia di laman web rasminya mengenai apakah sebenarnya visa furada.

Baca Juga Aura ibadah haji – Seruan jihad ke jalan ALLAH

Menurut TH, visa furada merujuk kepada visa yang dikeluarkan oleg Kedutaan Besar DiRaja Arab Saudi di Malaysia. Visa ini bagaimanapun dikeluarkan hanya untuk orang atau kumpulan tertentu sahaja.

TH juga menjelaskan bahawa selain kuota rasmi yang diberikan kepada Malaysia, permohonan visa haji adalah hak mutlak kepada Kerajaan Arab Saudi.

Justeru, mana-mana bakal haji ditawarkan visa furada digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang telah disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji sahaja.

PADA Julai tahun lalu, media melaporkan hampir 400 jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan berkait penggunaan visa furada untuk menunaikan haji tanpa melalui TH.

Bagi mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan Tabung Haji merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Orang awam diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran pakej haji melalui visa furada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Ini kerana, visa furada hanya dikeluarkan oleh Kedutaan Besar DiRaja Arab Saudi di Malaysia dan pemberian visa selain kuota rasmi kepada Malaysia adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Baca Juga Mengapa Zamzam dianggap penghulu segala air di muka bumi?

Malah, pemberian visa furada pula hanya diberikan kepada orang atau kumpulan tertentu sahaja.

 Apa itu Pengelola Jemaah Haji (PJH)

Pengelola Jemaah Haji mula diperkenalkan pada tahun 1420H/2000M. Ia merujuk kepada Agensi Pelancongan Bumiputra Muslim yang diberikan lesen untuk menguruskan jemaah haji swasta.

PJH juga merujuk kepada TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) dan Agensi Pelancongan Bumiputera Muslim yang diluluskan Lesen PJH tahun semasa.

BAGI musim haji 2023, TH melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi menguruskan pemergian jemaah haji.

Jemaah Haji PJH adalah jemaah Tabung Haji. Mereka adalah rakyat Malaysia yang berdaftar dengan TH sepertimana jemaah haji Muassasah.

Jemaah Haji yang menunaikan haji melalui Pengelola Jemaah Haji tidak diberikan ‘Bantuan Haji’ (subsidi) sepertimana jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama.

Ini secara tidak langsung telah dapat mengurangkan kos ‘Bantuan Haji’ TH.

Baca Juga Didiami lebih 20 ribu huffaz, Kampung Matar Tares masyhur seantero Mesir

Artikel Berkaitan Ini yang waris wajib tahu jika keluarga hilang di Tanah Suci

Bagi musim haji 2023, TH melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi menguruskan pemergian jemaah haji.

Anda boleh layari laman web yang tertera untuk mengetahui senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji.

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/perkhidmatan/perkhidmatan-pengelola-jemaah-haji-pjh-0?fbclid=IwAR1A6nScjHPZNgcHNbr3SuVxAsVK3s8OPZMvvtpJc-Lyqbv9ecelcKi95_Q#5995

TABUNG HAJI
Istimewa Panggilan Baitullah,

Waspada pakej visa furada yang meragukan – TH

Waspada pakej visa furada yang meragukan – TH

UMAT Islam diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan pelbagai promosi meragukan berkait tawaran pakej menunaikan haji menggunakan visa furada pada musim ibadah kali ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata iklan pakej itu lazimnya akan muncul menjelang waktu kemuncak ibadah haji dengan berjuta-juta jemaah dijangka berwukuf di Arafah pada 27 Jun ini.

Beliau menasihatkan umat Islam mengambil iktibar daripada laporan saban tahun mengenai ramai jemaah terkandas dan gagal menunaikan haji selepas membayar harga tinggi mencecah puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan tawaran pakej sedemikian.

Baca Juga 22,000 pekerja baharu diambil bantu lancar ibadah haji tahun ini

Katanya, mana-mana individu, agensi pelancongan atau badan yang mempromosi, menawarkan, mengurus atau mengendalikan pakej haji tanpa kelulusan Lembaga Tabung Haji (TH), adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

“Umat Islam di Malaysia diharap lebih berhati-hati serta teliti terhadap promosi atau iklan ditawarkan pelbagai pihak tidak dilesenkan oleh TH untuk pakej menunaikan ibadah haji menggunakan visa furada”.

DATUK Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan Haji Malaysia.

“Antara contoh ialah kes pada tahun lalu di mana jemaah dilaporkan terkandas selepas membayar antara RM40,000 hingga RM80,000 untuk mendapatkan pakej sedemikian”.

“Tahun ini, jika ada sudah tentu harga tawaran pakej seumpama itu dijangka meningkat atas alasan kos semakin tinggi,” katanya kepada BH di Ibu Pejabat TH di Makkah, Abraj Al-Janadriyah.

Baca Juga Pusat Rawatan TH Madinah miliki fasiliti lengkap sedia berkhidmat untuk jemaah

Baca Juga Amaran hujan lebat, ribut petir tidak jejas aktiviti jemaah haji

Pada Julai tahun lalu, media melaporkan hampir 400 jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan berkait penggunaan visa furada untuk menunaikan haji tanpa melalui TH.

Syed Saleh yang juga Pengarah Eksekutif Haji TH, berkata tawaran menunaikan haji menggunakan visa furada tidak termasuk dalam kuota rasmi bilangan jemaah Malaysia.

“Sebaliknya, ia adalah budi bicara serta hak mutlak Kerajaan Arab Saudi untuk mengeluarkan visa furada kepada mana-mana pihak yang difikirkan sesuai dan juga atas permohonan tertentu”.

JULAI tahun lalu, media melaporkan hampir 400 jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan berkait penggunaan visa furada. 

“Bagaimanapun, jemaah yang mahu mengerjakan haji menggunakan visa furada, dinasihatkan membeli pakej disediakan 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dilesenkan TH supaya tidak berlaku penipuan sebagaimana sering dilaporkan”.

“Mereka boleh yakin dengan pakej PJH berbanding syarikat tidak dilesenkan oleh TH dan tidak diketahui sejauh mana kesahihan tawaran visa furada ataupun keseluruhan pengendalian ibadah itu,” katanya.

Beliau berkata, senarai 22 PJH terbabit itu boleh disemak melalui laman sesawang TH dan pelbagai platform disediakan agensi itu.

Baca Juga Aura ibadah haji – Seruan jihad ke jalan ALLAH

Syed Saleh berkata, TH tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak dikesan melanggar Akta 535, malah laporan sudah dibuat terhadap kes terdahulu dan sedang dalam tindakan polis.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Syed Saleh mengadakan lawatan ke semua pejabat operasi haji di Abraj Al-Janadriyah dan beramah mesra dengan petugas, termasuk di Unit Pentadbiran, Pejabat Konsul Haji, Unit Operasi Maktab, Unit Operasi Bimbingan, Unit Farmasi, Unit Operasi Masyair, dan Unit Media.

pastikan kesahihan visa furada
Istimewa Panggilan Baitullah,

Pastikan kesahihan visa furada yang ditawarkan

UMAT Islam di negara ini dinasihatkan supaya lebih teliti dan berhati-hati sebelum menggunakan khidmat mana-mana pihak yang menawarkan visa furada bagi menunaikan ibadah haji.

Memetik laporan Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ini bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menawarkan pakej haji palsu.

visa furada

DATUK IDRIS AHMAD

“Visa furada adalah visa yang tidak berkaitan dengan Tabung Haji (TH). Kita harapkan biar ‘verify’ (sahkan) elok-elok. Kita tak mahu nanti apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, bebannya nanti diletakkan pada TH.

Sebab itu kita harapkan supaya apa sekalipun, pastikan supaya visa itu memang tulen dan ada penerbangan dan penginapan di sana. Itu yang kita harapkan kepada mereka kalau ditawarkan dengan visa furada ini,” katanya kepada Bernama.

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa melibatkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

visa furada

DATUK SERI SYED SALEH

Seperti yang dilaporkan Berita Harian, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman pula berkata TH sering mengingatkan risiko haji furada, apatah lagi dengan senario musim haji tahun ini yang menyaksikan pelbagai syarat ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Saya harap kita faham situasi ini dan Kerajaan Arab Saudi juga telah menyatakan supaya kita harus berhati-hati kerana memang ada pihak tertentu yang menawarkan pakej haji palsu.

Baca juga Wanita UK ini kongsi tip, panduan haji yang beri inspirasi kepada bakal jemaah di Twitter

“Ini berlaku secara peringkat antarabangsa dan di Malaysia, kita juga dapati ada agensi yang bukan dilesenkan dan tidak diiktiraf TH yang menawarkan pakej kononnya visa furada. Jadi saya harap umat Islam di Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan iklan-iklan yang dikeluarkan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di bangunan Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat TH dan jemaah haji Malaysia.

visa furada

ADA juga beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menawarkan khidmat visa furada yang palsu.

Syed Saleh turut mengingatkan individu atau syarikat yang menawarkan visa furada tanpa lesen bahawa mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta TH, iaitu kesalahan mengiklan atau mengendalikan haji tanpa mempunyai lesen daripada TH.

“Kita dapati ramai yang terpedaya dengan skim dan iklan terbabit, jadi berhati-hatilah,” katanya turut menyarankan rakyat Malaysia memilih dalam kalangan 20 agensi pelancongan atau dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk mengendalikan ibadah haji secara pakej.

Syarikat PJH menyediakan pelbagai pakej dengan harga RM35,000 ke atas dan ia kuota yang sememangnya diperoleh untuk TH dan Malaysia.

Baca juga Warga Indonesia berbasikal 5000 km untuk tunaikan haji

Sebelum ini, Bernama melaporkan hasil tinjauan menerusi media sosial mendapati promosi berkaitan visa furada semakin rancak dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menjanjikan bakal jemaah berlepas pada 5 Julai.

Promosi itu agak meragukan kerana Arab Saudi telah menetapkan penerbangan terakhir bagi haji adalah pada 4 Julai apatah lagi ia semakin hampir dengan Hari Wukuf.

Sumber: Bernama & Berita Harian

Foto: Freepik