SERAMAI 22,000 pekerja telah diupah oleh Majlis Perbandaran Mekah bagi membantu meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji musim ini.
Memetik laporan Arab News, pengambilan 22,000 pekerja itu dibuat meliputi semua bidang.
Jurucakapnya, Osama Zaituni berkata, pihak berkuasa juga telah menggerakkan semua keupayaan tenaga kerja dan kapasiti mekanikal serta sokongan pasukan bantuan termasuk keselamatan awam dan petugas kesihatan sementara.
Baca Juga Buat korban 7 kali pahala macam naik haji, betul ke?
Tidak ketinggalan sejumlah besar peralatan dan jentera juga dipersiapkan untuk menyediakan perkhidmatan tahap tertinggi kepada jemaah haji.
Tambah Zaituni, pihak majlis bandaraya turut menyediakan 13 sub-perbandaran dan tiga perbandaran anak syarikatnya serta 28 pusat perkhidmatan di kota Mekah yang terletak secara geografi untuk meliputi seluruh kawasan tempat-tempat suci dan menyediakan semua peralatan serta tenaga kerja yang diperlukan.
Sementara itu, Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada hari Sabtu telah menerima kumpulan pertama jemaah haji dari Nigeria.
Sementara jemaah haji dari Iran pula tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed bin Abdulaziz di Madinah.
Jabatan Imigresen Arab Saudi memaklumkan, kesediaan untuk mengurus dengan efektif prosedur bagi jemaah semasa musim hajin di semua lapangan terbang, sempadan darat, dan pelabuhan laut.
Baca Juga Teruja jadi muzawwir haji, pelajar Malaysia timba pengalaman baru
Turut Disyorkan Ikut 8 tip ini, anda takkan tersesat sepanjang tunaikan haji
Jabatan itu juga mengulangi komitmen untuk menggunakan semua sumber yang sedia ada selain memudahkan proses masuk bagi kemasukan jemaah haji, termasuk penggunaan peranti terkini di pelabuhan untuk mempercepatkan operasi.
Satu juta umat Islam bakal menunaikan ibadah haji pada 2023
Sementara itu, seperti dilaporkan akhbar Saudi Gazette, tahun ini dianggarkan satu juta umat Islam bakal menunaikan ibadah haji dari seluruh negara tanpa sebarang pengecualian.
Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah, Hisham Saed berkata, kerajaan Arab Saudi menyatakan peratusan terbesar jemaah haji bakal terdiri daripada umat Islam dari luar negara.
Menurut beliau, selepas dua tahun tidak dapat menunaikan ibadah haji disebabkan oleh pandemik Covid-19, keputusan itu dilakukan bagi memberi peluang kepada jemaah luar negara untuk menunaikan rukun Islam kelima.
“Kerajaan Arab Saudi mengalu-alukan umat Islam dari seluruh dunia dan tiada satu pun negara dikecualikan daripada kebenaran untuk menunaikan ibadah haji.
Baca Juga Buat jemaah haji, ini pengumuman miqat haji yang wajib diambil tahu
“Terdapat kuota yang diperuntukkan bagi setiap negara dari segi jumlah jemaah dengan ratio satu kepada seribu jemaah. Ia akan dilaksanakan pada tahun ini berdasarkan keadaan kesihatan mereka.
“Kementerian sedang berusaha untuk menentukan kuota haji ini bagi setiap negara berdasarkan fakta bahawa Tanah Suci Mekah mempunyai undang-undang dan tempoh waktu yang memerlukan ibadah haji dilakukan pada waktu dan lokasi tertentu,” ujarnya.