Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Antarabangsa,

Wanita UK ini kongsi tip, panduan haji yang beri inspirasi kepada bakal jemaah di Twitter

by Nurul Fatiha MuahJune 21, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Panduan haji
LAYLA sempat mengabadikan kenangan ketika berada di Masjid Nabawi di Madinah sewaktu menunaikan ibadah umrah suatu ketika dulu.

PERKONGSIAN tentang tip dan panduan berguna untuk menunaikan haji begitu signifikan pada masa ini. Lebih-lebih lagi sekarang para jemaah mula bertolak ke Tanah Suci untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Lazimnya, kebanyakan orang akan merujuk kepada laman web atau sumber yang muktabar untuk mencari maklumat berhubung ibadah haji yang bakal dilakukan.

Lain pula halnya dengan seorang bakal jemaah haji wanita dari United Kingdom (UK) ini. Bayangkan beliau telah menggunakan platform Twitter miliknya bagi memberi inspirasi kepada para jemaah haji lain, di samping mereka yang mengalami kebimbangan melampau (anxiety disorder) untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Individu yang dimaksudkan ialah Layla Begum Ali. Beliau merupakan jurulatih dan Pengurus Perancangan Perniagaan NHS. Bayangkan setiap kali mempelajari sesuatu tentang cara, persediaan dan seumpamanya yang berkaitan ibadah haji, wanita tersebut tidak akan melepaskan peluang berkongsi di media sosial miliknya.

Baca juga 6 ciri dalam aplikasi Muslim Pro ini bakal bantu jemaah haji

“Saya mula menyiarkan tip praktikal haji dan apa sahaja maklumat baharu yang dipelajari menerusi Twitter sebagai antara cara untuk mengajar bakal jemaah dan berkongsi ilmu baru yang diperoleh.

Panduan haji

ANTARA ciapan Layla di Twitter miliknya berkongsikan perihal haji.

IKLAN

“Sambutannya amat menggalakkan dan saya mempunyai ramai pengikut di Twitter untuk mendapatkan petua motivasi dan yang memberi inspirasi kepada mereka,” katanya ketika ditemu bual oleh wartawan Arab News baru-baru ini sambil menjelaskan bahawa beliau mula belajar perihal menunaikan haji sejak bulan Ramadan lalu.

Sebaik sahaja Arab Saudi mengumumkan ibadah haji dibuka kepada satu juta jemaah asing pada bulan April lalu, Layla lantas mengambil pendekatan tersusun, produktif dan proaktif dalam persiapannya ke Makkah dan Madinah.

Boleh dikatakan masanya banyak dihabiskan dengan mendengar ceramah para alim ulama menerusi carian di internet, video YouTube tentang upacara menunaikan haji saban hari tanpa gagal.

“Saya mula membeli pakaian haji, menempah vaksin meningitis dan mengikuti panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Ketika itulah tweet saya mengenainya mula menjadi popular.

“Saya tidak sedar rupanya terlalu banyak perkara yang saya tidak tahu. Ia membuatkan saya merasakan, diri bertanggungjawab dan perlu belajar tentang pelbagai jenis haji, peraturan dan sejarah yang berkaitan dengannya.

Panduan haji

LAYLA sempat merakam kenangan ketika berada di Masjidil Haram semasa menunaikan ibadah umrah sebelum ini.

Baca juga Bakal jemaah haji positif Covid-19 perlu lalui prosedur

IKLAN

“Saya juga sempat membaca cara bagaimana Nabi Muhammad SAW menunaikan haji. Semakin banyak saya pelajari, maka semakin banyaklah ciapan di akaun Twitter saya,” ceritanya mengimbas kembali detik Twitternya mula dikenali ramai dengan catatan panduan tentang apa dipelajarinya semasa persiapan haji.

Perkongsian ringkas dan menarik

Jika diikutkan, memang terlalu banyak perkara yang dipelajari oleh Layla. Namun, wanita itu bijak meringkaskan perkongsiannya di media sosialnya dengan memenuhi had 280 aksara sahaja dalam setiap ciapan.

Antara cara diaplikasikan Layla adalah dengan menggunakan kaedah bullet point untuk memfokuskan perkara utama.

IKLAN

“Saya cuba menjadi semudah dan secekap mungkin dengan bullet point dan menjadikannya menarik,” ungkapnya sebagaimana dipetik menerusi portal berita arabnews.com.

Menariknya, Layla bukan sekadar berkongsi tentang perihal ibadah haji semata-mata dalam Twitter miliknya, tetapi juga petua penting yang dihadapi oleh kebanyakan para jemaah.

Panduan haji

ANTARA ciapan Layla di Twitter miliknya berkongsikan perihal haji.

Ia termasuklah cara bagaimana untuk jemaah haji menghadapi cuaca panas di Tanah Suci dengan suhu sekurang-kurangnya 40 darjah celsius, membeli kad sim telefon sebaik tiba di sana dan kepentingan air zamzam.

Baca juga Warga Indonesia berbasikal 5000 km untuk tunaikan haji

“Setiap kali saya belajar sesuatu, pasti saya akan membuat ciapan di Twitter. Akhirnya ramai yang mula bertanyakan kepada saya tentang isu yang dihadapi oleh mereka antaranya cara menangani klaustrophobia (ketakutan berada dalam ruangan kecil dan tertutup),” jelasnya lagi.

Foto: Arab News

IKLAN
madinahmakkahpanduan hajiRukun Islam kelimasinarislamplusTip haji
Previous

Tiga jenis kepenatan yang disukai ALLAH

June 21, 2022
Next

Jawab azan di radio dan TV, perlu atau tidak?

June 21, 2022

Related posts

al-ghamamah
Antarabangsa,

Masjid al-Ghamamah, tempat terakhir Nabi SAW solat raya

by Sarrah MohsinJune 20, 2022
Kanak-kanak di Gaza
Antarabangsa,

Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza merosot akibat 15 tahun ‘dikepung’

by Nurul Fatiha MuahJune 20, 2022
Telaga air
Antarabangsa,

Kasih seorang bapa bina telaga air di Tanzania demi penuhi ‘wasiat’ anak

by Nurul Fatiha MuahJune 16, 2022
basikal ke haji
Antarabangsa, Berita Semasa,

Warga Indonesia berbasikal 5000 km untuk tunaikan haji

by Sarrah MohsinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.