Browsing Tag

solat sunat fajar

solat sunat fajar
Ibadah, Uncategorized,

Amalan sunat berbaring sebentar selepas menunaikan solat sunat fajar

SOLAT sunat fajar atau Subuh adalah solat sunat yang paling dituntut antara ibadah sunat rawatib.

Pahalanya cukup besar sehingga diungkapkan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis. Sabda baginda, “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut sarjana Islam, Imam an-Nawawi, maksud ‘dunia dan seisinya’ yang disebutkan dalam hadis berkenaan merujuk kepada kesenangan dunia.

Baca juga Solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga

solat sunat fajar

PERBUATAN berbaring sebentar selepas solat sunat Fajar pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana diceritakan dalam sebuah hadis. Foto: Pexels

Turut disyorkan Amalan lain tak diterima jika tinggalkan solat?

Di samping solat sunat Subuh, sebenarnya ada satu lagi amalan sunat yang mengiringinya iaitu berbaring sebentar selepas menunaikan solat tersebut, seperti yang dipetik daripada portal Rumaysho.

Amalan berkenaan adalah berdasarkan dalil sahih dari Aisyah RA yang berkata: “Nabi SAW apabila selesai mengerjakan dua rakaat sunnah Fajar, baginda berbaring atas sisinya yang kanan”, (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Jelas laman sesawang itu, hikmah kepada perbuatan tersebut adalah untuk memberi semangat dalam bentuk rehat sebentar kepada orang yang menunaikan solat sunat. Ini kerana kebiasaannya ada solat-solat sunat lain yang dilakukan pada sepertiga malam.

Baca juga Solat, tetapi tak rasa kelazatan beribadah. Ini penawarnya

AMALAN berbaring sekejap selepas solat sunat Fajar boleh dijadikan peluang untuk mendapatkan semula tenaga agar lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadah lain. Foto: 123RF

Baca juga 8 perbuatan yang boleh membatalkan pahala amal soleh, sama-sama kita berwaspada

Pemisah antara dua solat

Ada juga pendapat mengatakan ia sebagai pemisah antara solat sunat fajar (solat sunat sebelum Subuh) dan solat Subuh.

Oleh itu, menurut kitab al-Mu’tamad, kita disunatkan menunaikan solat sunat Subuh pada awal waktu dan berbaring pada sisi badan selepas ibadah tersebut.

Sekalipun tidak berbaring, kita disarankan bercakap, beralih tempat atau seumpamanya untuk memisahkan waktu antara solat sunat fajar dan solat Subuh. (Rujuk al-Mu’tamad, 377/1)

Turut disyorkan Kalau orang curi barang depan mata, kena berhenti solat ke?

Namun, diingatkan amalan berbaring selepas solat sunat fajar hanya sunat dan bukannya wajib.

Bahkan, portal itu menyarankan perbuatan tersebut dilakukan apabila bersolat di rumah, dan bukan di masjid agar ia tidak menimbulkan gangguan terhadap jemaah lain. Hal ini sama dengan Rasulullah SAW yang juga melakukannya di rumah.

Selain itu, perbuatan berbaring selepas solat sunat Subuh turut lebih digalakkan buat sesiapa yang menunaikan solat malam dan tidak bagi mereka yang tidak menunaikan solat malam.

Sumber: Tzkrh & Rumaysho

Foto: 123RF & Pexels