Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Isu,

Solat, tetapi tak rasa kelazatan beribadah. Ini penawarnya

by Fatin Fatihah HussinJuly 20, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design (84)
SESIAPA yang memperbaiki solat, seolah dia sedang memperbaiki hidupnya.

BERBICARA mengenai solat, sudah pasti ia merupakan kefarduan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam. Ramai yang hanya solat berdasarkan jasad semata-mata, namun tidak merasai roh dan kelazatan sebenar apabila menunaikan ibadah tersebut.

Masakan tidak, kemanisan ibadah itu sukar untuk digapai andai seseorang tidak khusyuk atau bersikap sambil lewa mahupun acuh tidak acuh ketika melaksanakannya.

ALLAH SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 45: “Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) melalui sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”

Malah, dalam dunia realitinya, boleh dikatakan ada sahaja persoalan berkaitan ibadah yang dilakukan walaupun saban hari kita menunaikannya.

SOLAT merupakan tiang agama bagi seorang Muslim. Jika tiang yang ada itu tidak dijaga dengan sebaiknya, maka robohlah ia. 

IKLAN

“Saya solat, namun tidak pernah merasai kelazatan solat. Saya sebut nama ALLAH di majlis zikir dan saya membaca al-Quran, namun tidak merasai kelazatan ibadah itu.”

Demikian antara pernyataan-pernyataan yang acap kali meniti dari bibir masyarakat di sekeliling. Bagaimanakah caranya untuk kita menikmati kelazatan solat yang ditunaikan semata-mata kerana ALLAH SWT?

Syeikh Dr Muhammad Said Ramadan Al-Buti Rahimahullah (1929-2013), seorang tokoh ulama dunia yang menjadi sumber rujukan masalah-masalah keagamaan ada memberikan penawar kepada mereka yang tidak merasai kemanisan solat.

Antara caranya adalah dengan menghalang diri daripada mendekati harta yang haram. Ketahuilah, memakan sesuatu yang ditegah kerana harta haram itu menyebabkan hati menjadi keras.

KEMANISAN dalam beribadah dapat dirasai, ia digelar sebagai zhawq atau kelazatan dalam beribadah. 

“Keadaan itu sebenarnya telah mencegah seorang hamba daripada merasai apa yang dinamakan sebagai zhawq atau kelazatan dalam beribadah.

“Selain itu, disarankan agar bersahabat dengan orang baik-baik dan hindarkan diri daripada berkawan dengan orang jahat walaupun sekadar duduk bersama segolongan manusia yang menyeleweng lagi tenggelam dalam maksiat.

IKLAN

“Meskipun tidak melakukan perbuatan yang salah, namun jika berada di sekeliling orang yang suka kepada kelalaian dunia, dibimbangi hati akan mudah terjerumus dengan perkara yang tidak sepatutnya,” ungkap ulama tersohor dunia itu.

Jika diteliti, nasihat-nasihat penuh bernilai itu memang ada asasnya.

Buktinya, dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

QIAMULLAIL merupakan ‘me time’ yang terbaik antara seorang hamba dan penciptanya. 

IKLAN

Seperkara lagi, Dr Muhammad Said Ramadan Al-Buti mengingatkan agar umat Islam memperuntukkan masa untuk melakukan qiamullail walaupun sekadar 15 minit sebelum Subuh.

“Gunakan kesempatan waktu yang ada untuk berdoa dan mengadu kepada ALLAH SWT,” nasihat beliau.

Andai semua hamba ALLAH SWT mewajibkan diri dengan ‘rawatan’ yang dianjurkan secara berterusan, jelas agamawan itu, maka mereka akan ‘naik’ sehingga ke tahap merasai kelazatan ketika beribadah.

Seseorang akan merasai sepanjang solatnya bahawa dia bermunajat kepada ALLAH, lalu ditimpa dengan perasaan yang diungkapkan oleh para ulama dengan kalimah zhawq.

Baca juga Pertahan Islam daripada kebiadaban Muslim jahil

Bagi mereka yang tidak merasai merasai kemanisan ketika menunaikan solat, amalkan penawar yang disarankan.

Mulakanlah dengan sekecil-kecil perkara seperti yang disebutkan oleh Dr Muhammad Said Ramadan Al-Buti dan berdoalah dengan sepenuh jiwa raga agar tautan hati kepada manisnya ibadah dapat dinikmati seperti yang didambakan.

IKLAN
Previous

Kadar pengangguran umat Islam di UK tinggi ‘bukan kerana amalan agama’

July 20, 2022
Next

Lalai dengan hidup di dunia. Pastikan anda tiada tanda-tanda ini.

July 20, 2022

Related posts

pexels-anna-shvets-4769123
Isu,

Jangan sesekali ubah ciptaan ALLAH, sedarlah sebelum terlambat

by Fatin Fatihah HussinAugust 18, 2022
pexels-mikhail-nilov-7929428
Isu,

Buli dan gengsterisme perilaku yang dibenci Islam

by Fatin Fatihah HussinAugust 17, 2022
Trauma penderaan
Isu,

Trauma penderaan wujudkan personaliti pemangsa

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022
Dera anak angkat
Isu,

Dera anak angkat ibarat mencabuli amanah yang dipertanggungjawabkan

by Nurul Fatiha MuahAugust 12, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.