Browsing Tag

perubatan islam

dirasuk
Aqidah,

Wanita dirasuk Iblis, sejak zaman Nabi dulu pun sudah wujud, berikut kaedah merawatnya

Wanita dirasuk Iblis, sejak zaman Nabi dulu pun sudah wujud, berikut kaedah merawatnya…

ISTILAH seperti ‘rasuk’, ‘histeria’ dan seumpamanya pastinya tidak asing lagi dalam masyarakat kita.

Malah pandangan masyhur mengatakan kaum wanita sebagai golongan paling terdedah kepada serangan rasukan atau histeria. Namun, apa pendapat Islam tentang perkara itu?

Ulama terkenal, Ibnu al-Qayyim dalam kitab at-Tibb al-Nabawi menggambarkan sakit seperti histeria dinamakan al-sar’ (rasukan) yang berlaku akibat rasukan roh-roh jahat yang menyerang roh manusia serta boleh memberi kesan buruk kepada fizikal mangsanya.

Jelasnya, roh-roh jahat yang dimaksudkan adalah berupa jin dan syaitan yang memasuki aliran darah manusia lalu menyesatkannya melalui perlakuan di luar kawalan akal dan rohani.

Baca juga Sihir pakatan keji, lindungi diri dengan 6 cara dianjurkan dalam al-Quran dan hadis

dirasuk

Turut disyorkan Pernah dizalimi akibat sihir, boleh ke jika kita tak maafkan individu yang lakukan perbuatan itu?

Selain itu, walaupun kes-kes histeria yang adakalanya mengisi sudut akhbar seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan mental lantas memberi gambaran seolah-olah ia adalah isu moden, namun fenomena al-sar’ sebenarnya telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

Memetik sebuah hadis daripada Atha’ bin Abi Rabah bahawa Ibnu Abbas RA telah berkata kepadaku: “Adakah kamu mahu sekiranya aku tunjukkan kepadamu seorang wanita yang menjadi penghuni syurga?” Atha’ menjawab: “Sudah tentu aku ingin”. Ibn Abbas lalu menyebut, seorang wanita berkulit hitam pernah datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya aku sering kerasukan dan (ketika aku dirasuk), auratku sering terdedah. Doakanlah kepada ALLAH agar aku sembuh.

“Nabi SAW bersabda: Sekiranya kamu mahu, kamu bersabarlah dan kamu akan mendapat syurga. Dan jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada ALLAH agar DIA menyembuhkanmu. Lalu wanita itu berkata: Aku (pilih untuk) bersabar. Wanita itu berkata lagi: Sesungguhnya auratku sering terbuka (ketika aku dirasuk), maka berdoalah kepada ALLAH agar auratku tidak terdedah. Maka Nabi berdoa untuknya”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Benarkah wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki, berikut perinciannya

dirasuk

WANITA dikatakan lebih mudah gangguan spiritual disebabkan fitrah jiwa yang bersifat lembut. Foto: Pexels

Baca juga Skizofrenia dan perubatan Islam

Wanita mudah diganggu

Dalam pada itu, portal Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat kaum wanita lebih mudah mendapat gangguan spiritual disebabkan perkara-perkara ini:

1. Lemah semangat.
Jiwa wanita sememangnya diciptakan lebih halus dan lembut berbanding lelaki yang mempunyai jiwa kasar dan keras. Apalagi jika perempuan itu sedang dilanda tekanan perasaan sehingga membawa kepada kemurungan emosi dan mental, maka ia akan membuka ruang untuk mereka lebih kerap diganggu.

2. Keuzuran syar’ie. Dalam keadaan uzur syar’ie seperti didatangi haid dan nifas, kaum wanita akan lebih terdedah kepada gangguan makhlus halus kerana keadaan rohani yang lemah.

3. Jin jatuh cinta kepada wanita tersebut. Dalam sesetengah keadaan, wujud kes jin mencintai seseorang wanita sehingga ia berusaha untuk menguasai diri perempuan itu agar dapat sentiasa mendampinginya.

4. Penyakit ‘ain. Penyakit ‘ain boleh berlaku kepada sesiapa jua terutama kepada wanita cantik yang gemar mempamerkan kejelitaan dirinya kepada orang lain.

5. Mengamalkan perkara-perkara syirik, khurafat dan tahyul.

USAH mengeluh kerana ALLAH SWT tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuan mereka. Foto: Google

Baca juga Rasulullah SAW pernah disihir? Ini sebab surah al-Falaq diturunkan.

Amalan elak diganggu jin, syaitan

Justeru, pihaknya menitipkan tiga zikir yang boleh diamalkan oleh orang ramai, terutamanya kaum hawa untuk menghindari gangguan syaitan dan jin.

1. Basmalah (بسملة).

Apabila hendak memulakan apa jua urusan, mulailah dengan menyebut “بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ” seperti yang diajarkan Rasulullah SAW. Hal ini kerana syaitan turut serta dalam segala perkara yang kita lakukan, maka sebaik-baiknya kita memulakan suatu perkara dengan Basmalah (بسملة).

2. Isti‘azah.
Isti‘azah ialah menyebut “أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ”, yang bermaksud “Aku berlindung kepada ALLAH dari syaitan yang direjam”. Apabila saja kita merasai dihasut, dibisik atau diganggu oleh syaitan, maka sebutlah isti‘azah.

Firman ALLAH SWT, “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR , lagi MAHA MENGETAHUI . Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ALLAH) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)”. (Surah al-A’raf, ayat 200 dan 201)

Baca juga Skizofrenia dan perubatan Islam

dirasuk

AMALKAN kalam suci ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan ketika melalui ujian al-sar’. Foto: Unsplash

3. Ayat dan surah tertentu dari al-Qur’an.
Lazimkan membaca ayat al-Kursi, surah al-Baqarah dan surah al-Mu‘awwizatain (surah al-Falaq dan surah al-Nas).

Bahkan, Nabi SAW sendiri pernah membaca surah al-Mu‘awwizatain apabila baginda terkena sihir.

Ketahuilah bahawa perkara seperti histeria dan sebagainya ini termasuk dalam kategori ujian bagi orang yang beriman.

Firman ALLAH, “…KAMI menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada KAMI-lah kamu semua akan dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, ayat 35)

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Google, Pexels & Unsplash

Wanita dirasuk Iblis, sejak zaman Nabi dulu pun sudah wujud, berikut kaedah merawatnya…

Tafsir Al Quran
Gaya Hidup,

Manfaatkan Kehidupan Ciptaan ALLAH Sebagai Ikhtiar Melawan Musibah

KETIKA dunia kini sedang berhadapan ketakutan akibat pandemik Covid-19 yang telah membunuh jutaan manusia, perubatan moden khususnya penggunaan vaksin bagi melawan wabak antara pilihan yang mampu meredakan perasaan paranoid terhadap ketakutan.

Meskipun pada era kemodenan dengan arus digital yang semakin pesat, pelbagai penyakit masih mampu diubati dengan teknologi yang ada, namun sesetengah masyarakat tidak pernah lupa dan masih mempercayai amalan perubatan Islam yang banyak bergantung dengan kehidupan alam.

ALLAH SWT menjadikan setiap benda yang hidup untuk dimanfaatkan sebagai ikhtiar bagi membantu manusia yang ditimpa musibah, begitupun selebihnya doa harus dipohon untuk mendapatkan keizinan merawatnya daripada Maha Pencipta.

Afigold sebagai penyambung legasi agar generasi baharu tidak melupakan khasiat khazanah alam yang dikurniakan ALLAH SWT.

Ibnu Katsir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al-Baqarah Ayat 102, syaitan yang telah memfitnah Nabi ALLAH Sulaiman mengatakan bahawa baginda menggunakan sihir bukan Mukjizat. Meriwayatkan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan ALLAH SWT kepada RasulNya. Untuk menghilangkan hal itu dengan membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.

Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati sihir: “Diambil tujuh helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi lalu diberi minum pada orang yang terkena sihir dengan tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi. Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak, Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.” (Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Singkat Halaman 171) dan (Tafsirul QuranilAzim Juz: 1 halaman 372).

Mohd Amin berpengalaman lebih 55 tahun sebagai pengeluar produk perubatan alternatif daripada sumber alam semulajadi.

Pengasas, Persatuan Pengeluar Ubat Tradisional (PURBATAMA), Mohd Amin Khalid,73 berkata telah menjadi amalan bagi pengamal perubatan Islam memanfaatkan segala benda hidup yang dijadikan ALLAH SWT sebagai ikhtiar merawat musibah yang datang.

“Sepanjang 55 tahun terlibat sebagai pengeluar perubatan alternatif tradisional Melayu, hingga kini saya masih menggunakan bahan alam semulajadi ciptaan ALLAH untuk menghasilkan bahan ikhtiar untuk perubatan.

“Saya menjadikan daun bidara sebagai bahan utama kerana khasiatnya seperti mana yang ada tertulis di dalam al-Quran akan manfaatnya dalam kehidupan manusia. Malah ia juga telah diamalkan masyarakat Melayu sejak turun-temurun hingga kini.

“Diceritakan juga pohon bidara atau bahasa Arabnya dipanggil Sidr diketahui ramai sebagai penawar gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Malah khasiat daun bidara dalam perubatan Melayu lama turut digunakan bagi mengusir jin yang merasuk atau sebab akibat disihir,” katanya yang juga Pengasas dan Pengerusi Afigold.

Rahsia keajaiban pohon bidara anugerah ALLAH SWT.

 

Selain itu, daun bidara juga telah disebut di dalam Surah Al-Waqiah ayat 28 dan Surah As-Saba’ ayat 16.

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri,”(Al-Waqi’ah (56): 27-29)

Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Bidara.” (As- Saba: 16)

Ahmad Zawawi penyambung legasi lama yang mengikut arus gaya hidup moden.

Pengarah Urusan Afigold, Ahmad Zawawi Mohd Amin, 49, berkata kegunaan daun bidara bukan saja telah terbukti di dalam al-Quran akan manfaatnya, malah secara saintifik juga menyatakan daun bidara memiliki kebaikan untuk kesihatan tubuh.

“Di negara ini kebiasaannya terdapat dua jenis pohon bidara yang biasanya boleh diperolehi seperti pohon bidara jenis berbuah tapi tidak berduri dan pohon bidara berduri dan tidak berbuah. Pohon bidara yang jenis berduri itulah yang biasanya digunakan untuk tujuan merawat atau berubat dan digunakan sejak turun-temurun.

“Mengikut budaya dan kepercayaan amalan masyarakat Melayu lama, daun bidara juga digunakan untuk memandikan jenazah, mandian wanita selepas haid serta banyak lagi kegunaannya dalam kehidupan manusia. Begitupun kita tidak disarankan untuk mempercayai sepenuhnya kerana dibimbangi membawa kepada kepercayaan khurafat. Apa yang boleh kita lakukan adalah ikhtiar memohon doa sepenuhnya kepada ALLAH SWT,” katanya.

Antara jenis-jenis pohon bidara

  1. Bidara upas – Merremia mammosa.
  2. Bidara laut – Strychnos lucida.
  3. Bidara china – Ziziphus jujuba.
  4. Bidara epal atau epal india atau epal vietnam – Ziziphus mauritiana.
  5. Bidara kampung/bidara duri – Ziziphus spina-christi.

Kajian klinikal khasiat Bidara

Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok itu, terbukti banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok Bidara.

Hasil Kajian Jodhpur National University, Bidara mengandungi;

  1. Antioksidan – flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin.
  2. Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi) .
  3. Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL).
  4. Mengandungi Carotene, Kalsium, besi, fosfurus Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.

 

 

 

Rawatan jarak jauh
Isu,

Rawatan Jarak Jauh Guna Kemudahan Teknologi Komunikasi

no comment

SEMENJAK terpaksa kembali duduk di rumah gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, ramai yang membuat segala urusan secara dalam talian.

Masakan tidak, kaedah itu lebih selamat berbanding dengan cara bersemuka iaitu terpaksa keluar dan terdedah kepada jangkitan virus.

Semua itu dilakukan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Ya, ia sudah menjadi kebiasaan baharu buat kita. Namun, bagi mereka yang mahu mendapatkan rawatan di klinik dan hospital, tiada masalah berbuat demikian kerana fasiliti kesihatan masih dibuka untuk tujuan itu.

Begitupun, kepada mereka yang mahu mendapatkan rawatan perubatan Islam, agak sukar kerana kekangan untuk bergerak di kawasan yang melebihi radius 10 kilometer yang ditetapkan. Malah, hasrat itu mungkin terpaksa dilupakan kerana perjalanan tersebut memerlukan kita untuk merentas daerah ataupun negeri.

Namun begitu, dengan kemudahan teknologi komunikasi yang serba canggih pada hari ini, rawatan perubatan Islam itu boleh diusahakan waima menggunakan telefon bimbit dan aplikasi dalam internet.

Menerusi alat perhubungan itu, bolehlah perawat bersemuka secara maya dengan pesakit dan membacakan ayat-ayat rukyah. Kaedah itu sekali gus membuatkan pesakit dengar dengar jelas ayat suci yang dibacakan.

Baca juga Adakah Anda Tahu Tokoh-Tokoh Terkenal Ini Pernah Menjadi Pelarian?

Berdasarkan situasi itu, ada yang ragu-ragu dengan cara rawatan sedemikian sama ada ia dibenarkan oleh syarak ataupun tidak.

Memetik artikel yang disiarkan dalam laman web Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, rawatan jarak jauh merupakan antara kepelbagaian rawatan yang dipraktiskan di pusat-pusat rawatan Islam di negara ini.

Hal itu berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang menyarankan supaya seseorang itu mendoakan sahabatnya tanpa diketahui oleh individu berkenaan.

Rawatan jarak jauh

DIGALAKKAN untuk kita mendoakan saudara Muslim yang lain tanpa pengetahuan mereka.

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada seorang hamba Muslim yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya di belakangnya (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan terdapatnya malaikat yang akan berkata: Bagi engkau segala kebaikan yang engkau doakan untuknya.” (Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain, baginda SAW bersabda: “Tiadalah doa yang segera dimakbulkan (oleh ALLAH) daripada doa seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain yang tidak bersama dirinya.”

Berdasarkan ungkapan hadis berkenaan, mendoakan orang lain juga antara doa yang mendapat perkenan daripada ALLAH SWT untuk memakbulkannya.

Justeru, apabila kita menggunakan kaedah rawatan jarak jauh untuk merawat penyakit, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan menegaskan, terdapat dua pandangan utama berkaitan dengannya:

Pertama: Harus menggunakan kaedah jarak jauh.

Ia sekiranya terdapat keuzuran dan kepayahan dari sudut keengganan pesakit untuk datang mendapatkan rawatan akibat daripada masalah dan penyakit yang dihadapi seperti masalah gangguan, terkena sihir sehingga menyukarkan pergerakan atau boleh mendatangkan kecederaan jika bersama dengan orang ramai dan lain-lain lagi.

Rawatan jarak jauh

PENYAKIT rohani lazimnya memerlukan rawatan perubatan Islam.

Selain itu, diharuskan juga menggunakan kaedah itu jika ia dilakukan dalam keadaan langsung yang mana perawat dan pesakit saling berhubung dan mendengar antara satu sama lain melalui penggunaan alat telekomunikasi seperti telefon.

Ini bermakna, semasa rawatan sedang dilakukan, wujud perhubungan langsung antara pesakit dan perawat dan ia dilakukan dalam keadaan kedua-dua pihak sedar.

Walaupun begitu, dari sudut pelaksanaan kaedah tersebut, perawat perlu menggunakan kaedah ruqyah al-shar‘iyyah dan menggunakan bahan rawatan yang dibenarkan dan menghindari daripada menggunakan jampi yang mengandungi unsur syirik dan pemujaan kepada selain daripada ALLAH serta bahan-bahan yang diharamkan seperti najis, benda-benda yang kotor, busuk, menjijikkan dan sebagainya.

Dalam situasi lain pula, boleh juga dilakukan melalui amalan solat hajat dan mendoakan kesembuhan bagi pesakit. Amalan itu diharuskan, bahkan Nabi Muhammad SAW sangat menggalakkan seseorang Muslim itu mendoakan kesejahteraan bagi Muslim yang lain. Ketahuilah, lebih berkesan jika doa yang dipanjatkan tersebut tidak diketahui oleh sahabat yang didoakan tersebut melainkan ALLAH SWT sahaja yang MAHA MENGETAHUI.

Kedua: Haram menggunakan kaedah rawatan jarak jauh.

Pengharaman itu berlaku jika proses berkenaan tidak melibatkan sebarang perhubungan secara langsung antara perawat dan pesakit atau menggunakan perantaraan makhluk halus.

Contohnya, perawat menyatakan bahawa beliau akan menjalankan rawatan iaitu selepas mendapatkan maklumat dan persetujuan daripada pesakit atau ahli keluarga. Apabila tibanya waktu malam, pesakit akan didatangi seseorang yang tidak dikenali ketika tidur (dalam keadaan tidak sedar) untuk merawat pesakit tersebut.

Pesakit juga disyaratkan untuk meletakkan bahan-bahan tertentu yang diberikan oleh perawat di bawah bantal tidurnya dengan tujuan rawatan sedemikian.

Rawatan jarak jauh

PASTIKAN perawat menggunakan ayat al-Quran ketika merawat.

Cara rawatan sedemikian jelas ada perkaitannya dengan meminta pertolongan makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bahkan, ia menyerupai amalan perbomohan yang mendakwa bahawa akan ada makhluk yang bakal membantu merawat pesakit tersebut ketika tidur. Umpamanya, didatangi oleh makhluk berjubah putih dan berserban atau mendakwa bahawa akan didatangi oleh seorang syeikh yang datang merawat pesakit itu dan pelbagai keadaan lagi.

Secara umumnya, cara rawatan sebegitu mempunyai unsur mistik dan luar biasa. Pendek kata, rawatan berkenaan tidak dilakukan sepertimana proses yang normal.

Malah, dalam sesetengah keadaan, perawat itu berusaha untuk menunjukkan kelebihan dan kemampuannya hingga dirinya dipandang sebagai seorang yang hebat dan dipercayai.

Justeru, berhati-hatilah dalam mencari pusat rawatan yang terbaik. Pastikan ia menepati syariat yang telah ditetapkan.

Foto: Freepik