Browsing Tag

orang dicintai ALLAH

cinta Allah
Gaya Hidup,

6 ciri orang dicintai ALLAH, adakah anda salah seorang darinya?

6 ciri orang dicintai ALLAH, adakah anda salah seorang darinya?

SEBUT sahaja tentang cinta, pasti setiap orang ada pandangan dan pengalaman masing-masing. Ada yang sedang dilamun cinta, mencari cinta dan ada juga sudah serik dengan perasaan itu.

Cinta pula tidak terbatas kepada perasaan romantik sesama pasangan kekasih sahaja, bahkan konsepnya lebih meluas daripada itu seperti cinta ibu bapa kepada anak-anak, cinta manusia terhadap haiwan dan juga kecintaan pada negara.

Baca juga Cinta Rasulullah tumpah di bukit Uhud, inilah sirah yang patut diketahui seluruh Muslim

SEBUT tentang cinta, setiap orang ada pandangan dan pengalaman masing-masing. Foto: Unsplash

Pun begitu, cinta yang teragung dan hakiki adalah kecintaan manusia kepada ALLAH yang merangkumi semua aspek.

Sarjana Islam, Imam Ghazali turut menerangkan bahawa ada dua bentuk cinta terulung yang wujud, iaitu cinta manusia kepada ALLAH dan cinta ALLAH kepada manusia.

Apabila manusia mencintai ALLAH, mereka sanggup melakukan perkara terbaik untuk meraih keredaan-NYA. Manakala, salah satu bukti ALLAH mencintai hamba-hamba-NYA adalah apabila DIA memberikan nikmat yang tidak terkira kepada kita.

Turut disyorkan 5 pesanan Malaikat Jibril kepada Nabi SAW yang wajib kita ambil tahu

dicintai ALLAH

Mencintai ALLAH SWT bererti mengenali dan berasa takut kepada-NYA. Selain itu hati juga akan sibuk dengan ingatan terhadap-NYA. Foto: Unsplash

Baca juga Adakah terdapat ganjaran pahala bagi orang bukan Islam? Ini penjelasannya

Cinta terhadap ALLAH paling agung

Mencintai ALLAH SWT bererti mengenali dan berasa takut kepada-NYA. Hati juga akan merasa sibuk dengan ingatan terhadap-NYA sekaligus menjadikan diri sentiasa berusaha menepati perintan serta menjauhi larangan-NYA.

Firman ALLAH, “Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada ALLAH.” (Surah al-Baqarah, ayat 165)

Namun, bagaimana untuk menjadi salah seorang hamba yang dicintai Allah SWT?

dicintai ALLAH

SIAPA sahaja yang tidak dambakan cinta ALLAH SWT anugerah paling teristimewa. Foto: Pexels

Baca juga ALLAH sangat mencintai masjid dan membenci pasar

Terdapat beberapa dalil di dalam al-Quran yang menyebut tentang ciri-ciri orang yang dicintai ALLAH, antaranya;

1. Orang yang bertaubat
Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

2. Orang yang bertakwa
Maka sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Imran, ayat 76)

3. Orang yang sabar
Dan (ingatlah), ALLAH sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.” (Surah al-Imran, ayat 146)

Baca juga LIMA ciri insan yang dapat tempat istimewa di sisi ALLAH

MANUSIA yang dicintai oleh ALLAH SWT akan mendapat kasih sayang dan penerimaan di muka bumi ini. Foto: Freepik

4. Orang yang adil
Dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Maidah, ayat 42)

5. Orang yang beramal soleh
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik.” (Surah al-Imran, ayat 134)

6. Berjihad di jalan ALLAH
Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah as-Saff, ayat 4)

Kesimpulannya, cinta manusia kepada ALLAH adalah salah satu perkara yang tiada tandingnya. Justeru, belajarlah mencintai-NYA untuk meraih keberkatan dunia dan akhrat,

Sumber: Tzkrh

Foto: Freepik, Pexels & Unsplash