Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa,

Cinta Rasulullah tumpah di bukit Uhud, inilah sirah yang patut diketahui seluruh Muslim

by Fatin Fatihah HussinDecember 9, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (13)
BUKIT ini merupakan salah sebuah bukit terbesar dan terpanjang yang terletak dalam Tanah Haram Madinah.

Cinta Rasulullah tumpah di bukit Uhud, inilah sirah yang patut diketahui seluruh Muslim

MADINAH adalah bandar keempat terbesar di Arab Saudi selepas Riyadh, Jeddah dan Mekah. Terletak kira-kira 100 batu (160km) dari pedalaman laut merah dan 275 batu (443km) melalui jalan darat dari Mekah.

Kota Madinah memiliki banyak keistimewaan dan di dalamnya terdapat sebuah masjid yang menjadi kebangaan umat Islam iaitu Masjid Nabawi.

Selain masjid sebagai simbol keangungan Madinah, di tanah haram itu juga terdapat satu bukit yang amat dicintai Rasulullah SAW. Di sinilah berlaku pelbagai peristiwa yang memberi kesan kepada kehidupan Baginda dan umat Islam seluruhnya.

Saidina Anas bin Malik RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika melihat ke arah bukit Uhud “Ini adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Ya ALLAH, sesungguhnya Ibrahim telah mensucikan kota Makkah dan sesungguhnya aku mensucikan di antara dua kota batu hitam (Madinah).” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ustazah Asma’ Harun di laman Facebooknya berkongsi mengenai bukit Uhud yang dicintai Nabi SAW ini. Begitu banyak peristiwa dan kisah di sebalik bukit yang terbesar di Tanah Haram Madinah Al-Munawwarah.

IKLAN

BEGITU banyak peristiwa dan kisah di sebalik bukit Uhud di Madinah Al-Munawwarah ini. 

Bukit yang terletak kira-kira 3km dari Masjid Nabawi ini berbeza daripada bukit-bukit di Malaysia. Ia dipenuhi dengan batu-batuan dan tanah yang kering kontang. Bersebelahan bukit Uhud ini, terbina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Syuhada’ bersempena 70 orang para syuhada’ yang wafat di dalam peperangan Uhud.

Bukit ini merupakan salah sebuah bukit terbesar dan terpanjang yang terletak dalam Tanah Haram Madinah. Terletak di bahagian utara Madinah iaitu kira-kira 5 km dari pusat bandar. Panjang Bukit Uhud dari timur ke barat ialah 6 km dan tingginya dari aras laut ialah 1 km.

Ada pendapat mengatakan sebab dinamakan Uhud adalah kerana bukit ini bersendirian atau berjauhan dari bukit-bukit lain juga kerana ketingginannya.

Di tempat inilah berlakunya peperangan yang sengit antara tentera Islam dengan tentera Musyrikin dari Mekah. Berlaku pada hari Sabtu, 7 atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah bersamaan 26 Mac 625 Masihi.

Peperangan Uhud yang memberi pengajaran

Ia berlaku disebabkan dendam kaum kafir Quraisy terhadap orang Islam yang telah mengalahkan mereka ketika Perang Badar dan mengorbankan sebilangan besar tokoh pembesar mereka.

BUKIT Uhud terletak di bahagian utara Madinah iaitu kira-kira 5 km dari pusat bandar.

Perang ini dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Panglima tentera Islam di dalam Perang Uhud ialah Nabi Muhamad SAW sendiri, manakala panglima perang bagi tentera Quraisy dan sekutunya pula ialah Abu Sufyan bin Harb.

Perbezaan kekuatan tentera antara kedua pihak sangat berbeza. Kekuatan tentera Islam pada asalnya seramai 1000 orang, namun akibat hasutan Abdullah bin Ubai (ketua munafik), 300 orang tentera telah berpatah balik ke Madinah.

IKLAN

Baca juga Ada kemusykilan ketika tunaikan umrah, robot di Masjidil Haram boleh jawab soalan para jemaah dalam 11 bahasa

Dalam peperangan ini, kira-kira 70 orang tentera Islam telah syahid termasuklah bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib RA. Beliau telah dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi.

Wahsyi telah merejam lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, Hindun telah merentap jantung Saidina Hamzah lalu mengunyahnya kemudian diluahkan semula.

Rasulullah SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua tentera Islam yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Adab rohani masuk ke kota Madinah

IKLAN

INILAH kota yang mana ALLAH telah mewahyukan kepada Baginda tentang tugas-tugas kewajipan bagi orang Islam. 

Penceramah, Ustaz Iqbal Zainal turut berkongsi adab dari segi dalaman rohani ketika masuk ke kota Madinah, dijelaskan melalui Imam al-Ghazali RA menyebutkan bahawa “Apabila pertama kali kamu terlihat akan Madinah hendaklah perkara-perkara ini masuk ke fikiranmu bahawa inilah kota yang mana ALLAH telah pilih untuk utusan-NYA dan tempat Baginda berhijrah untuk perlindungan dan keselamatan.

“Inilah kota yang mana ALLAH telah mewahyukan kepada Baginda tentang tugas-tugas kewajipan bagi orang Islam. Baginda menganjurkan sunnah bagi agamanya dan di sinilah tempatnya dimana Baginda berjuang menentang musuhnya.

“Di sinilah agamanya mendapat kemenangan dan kejayaan. Di sinilah Baginda giat berjuang sehingga menemui kewafatannya. Di sinilah setiap tanah pernah dilalui jalan-jalanya menjadi bekas tapak langkah Baginda.

“Fikirkanlah anda sedang memijak tanah yang sesungguhnya terdapat bekas-bekas tapak kaki Rasulullah SAW. Sentiasalah sedar keagungan dan keistimewaan Baginda disisi Pencipta. Sentiasalah ingat bahawa namanya digandingkan di sebelah nama ALLAH di Arasy-NYA yang mulia.

“Bayangkanlah seolah-olah anda berada bersama para sahabat yang pernah bersama Rasulullah SAW, melihat kepadanya, mendengar kepadanya dan memperoleh manfaat darinya”.

 

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Menipu anak kecil, dosa yang sering dilakukan tanpa sedar

December 9, 2022
Next

Syria, Kami Datang 7.0 dilancarkan, sama-sama kita bantu mereka yang terkesan akibat musim sejuk

December 13, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (13)
Antarabangsa,

Bagaimana Arab Saudi menukar tanah tandus dan padang pasir menjadi hijau?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 9, 2023
logo halal Kemboja
Antarabangsa,

Penggunaan logo halal palsu oleh restoran meningkat di Kemboja

by Sarrah MohsinJanuary 9, 2023
GAMBAR PORTAL FB (1)
Antarabangsa,

Nukilan surat Adam Ayyad sebelum syahid yang meruntun jiwa

by Fatin Fatihah HussinJanuary 5, 2023
Untittled Image - 2023-01-04T211949.535
Antarabangsa,

Ilmuan fiqh terkemuka Jordan, Sheikh Muhammad Naim Yasin meninggal dunia

by Fatin Fatihah HussinJanuary 4, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.