Browsing Tag

menziarahi orang sakit

doa orang sakit
Ibadah,

3 jenis doa boleh dibaca ketika menziarahi orang sakit

AMALKAN tiga doa ini ketika menziarahi orang sakit.

Sebagai agama yang mementingkan hubungan persaudaraan, Islam telah menyatakan beberapa hak tertentu perlu dipenuhi oleh seorang Muslim terhadap saudara Muslim yang lain. Antaranya termasuk menziarahi apabila sakit.

Bagi masyarakat kita, amalan menziarahi orang sakit memang sudah menjadi kebiasaan. Lawatan itu pula tidak lengkap jika tidak disertai sedikit buah tangan seperti hadiah atau buah-buahan.

Namun, ada satu lagi amalan yang patut dilazimi iaitu membaca doa kepada pesakit sehingga dia juga boleh mendengar dan mengaminkan sama.

Baca juga Solat tak boleh ditinggal walau sakit, ini cara berwuduk pada luka berbalut

KITA juga disarankan meminta orang yang sakit itu mendoakan untuk kita kerana masa sakit termasuk waktu mustajab doa. Foto: Pexels

Baca juga 10 doa ini boleh diamalkan setiap hari bermula bangun pagi sehingga sebelum tidur

Rasulullah SAW sendiri pernah mengajarkan beberapa jenis doa yang sesuai dibaca ketika menziarahi orang sakit. Berikut antaranya:

1. Doa agar dihilangkan penyakit.

أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Adzhibil Ba’sa Rabban Naasi Isyfii Wa Anta Syaafi Laa Syifaa’a Illa Syifaauka Syifaa’a Laa Yughaadiru Saqama

Ertinya: “Hilangkanlah penyakitnya wahai TUHAN sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Harus mendoakan orang bukan Islam sembuh daripada penyakit, ini penjelasannya

doa orang sakit

KEPADA mereka yang ditugaskan menjaga orang sakit, usah mengeluh kerana ada ganjaran besar di sebalik perbuatan itu. Foto: Pexels

Baca juga Bolehkah jamak solat disebabkan sakit?

2. Doa penyembuh.
Rasulullah SAW mengatakan bahawa jika seseorang menziarahi orang sakit (yang belum sampai ajalnya) dan membacakan doa ini di sebelahnya sebanyak 7 kali, maka ALLAH akan menyembuhkan penyakitnya.

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

As Alullaahal ‘Azhiim Rabbal ‘Arsyil ‘Azhiim An Yasyfiyaka

Ertinya:”…Aku mohon kepada ALLAH yang Maha Agung, TUHAN Arasy yang Agung semoga DIA menyembuhkanmu.” (Hadis Abu Daud)

Turut disyorkan Ikhlaskan hati, usah mengeluh menjaga orang sakit kerana ganjaran besar menanti

doa orang sakit

ZIARAHILAH orang sakit untuk menimbulkan rasa syukur dalam diri terhadap nikmat kesihatan dikurniakan ALLAH SWT. Foto: Unsplash

Baca juga Nak ziarah orang sakit jangan semberono saja, ketahui adab-adab yang diajar oleh Islam

3. Doa ruqyah.

فَقَالَ أَنَسٌ أَلاَ أَرْقِيكَ بِرُقْيَةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ بَلَى‏.‏ قَالَ *اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahumma Rabbi-n-naas, Muzhibal ba’s, Isyfi, Anta Asy-Syaafi, La Syafiya Illa Anta. Syifaan la Yughadiru Saqamaa

Ertinya: “Ya ALLAH, TUHAN sekalian manusia, yang mampu menghilangkan kesakitan (apapun). Sembuhkanlah (sakit ini), kerana ENGKAU lah Maha Pemberi Kesembuhan, tiada yang mampu menyembuhkan selain ENGKAU, dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang keperitan (sesudahnya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Doa di atas adalah doa ruqyah Rasulullah yang dibacakan oleh Anas kepada Tsabit.

Sesungguhnya dengan menziarahi orang sakit, ia mengingatkan kita kepada nikmat kesihatan yang ALLAH berikan kepada diri sendiri.

Sumber: Tzkrh

Foto: Pexels & Unsplash