Browsing Tag

fakta

fakta syurga
Aqidah,

9 fakta tentang syurga yang anda patut tahu

9 fakta tentang syurga yang anda patut tahu…

DI akhirat nanti, ada dua tempat sahaja yang boleh dituju manusia setelah bangkit daripada mati, sama ada syurga atau neraka.

Sesiapa pun pasti tidak mahu ditempat ke neraka kerana ia terlalu mengerikan sebagaimana yang diceritakan berkali-kali oleh ALLAH SWT dalam kitab suci al-Quran

Sebaliknya, segala nikmat dan kebaikan akan ada di syurga. Penghuninya pula akan mendapat segala yang dihajati.

Destinasi abadi tersebut pasti bagi mereka yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Baca juga Alangkah indah dapat masuk syurga tanpa dihisab, tapi bagaimana caranya?

fakta syurga

Baca juga Tak mengapa hodoh di dunia, di akhirat nanti kita dapat memilih wajah yang diinginkan

Justeru, marilah kita bersama-sama menyingkap sembilan fakta menarik tentang syurga untuk dijadikan motivasi menempuh ujian di dunia dengan kesabaran dan tanpa keluh kesah.

1. Syurga menanti bakal penghuninya.

Sabda Nabi SAW, “Apabila seseorang meninggal dunia, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia dalam kalangan ahli syurga, maka syurga akan diperlihatkan kepadanya. Sekiranya dia ahli neraka, maka neraka akan diperlihatkan kepadanya. Diberitahu kepadanya: “Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh ALLAH pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Syurga ada lapan pintu.

Rasulullah SAW bersabda, “Terdapat lapan pintu di dalam syurga, dan salah satunya ialah al-Rayyan, yang tidak akan dimasuki kecuali orang yang berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain pula, Nabi SAW ada bersabda: “Jika dia daripada golongan yang suka menunaikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat. Golongan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. Manakala golongan yang suka bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Golongan yang berpuasa pula dipanggil dari pintu ar-Rayyan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka, janganlah memandang remeh terhadap sesuatu amalan kerana walaupun ia mungkin kelihatan kecil di pandangan kita, namun boleh jadi pembawa kita ke syurga.

Baca juga Dalam syurga tiada orang tua, ini sebabnya

fakta syurga

DI akhirat nanti, ada dua tempat sahaja yang boleh dituju manusia setelah bangkit daripada mati, sama ada syurga atau neraka. Foto: 123RF

Baca juga Pahala diambil untuk bayar hutang, ini cara lunaskan liabiliti itu di akhirat kelak

3. Inilah kunci syurga.

Sabda baginda SAW, “Kunci syurga ialah kesaksian ‘tiada Tuhan selain ALLAH.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kunci penting membawa kita ke syurga. Namun sebagaimana terdapat gigi-gigi kunci, seiringkan juga amalan lain yang diwajibkan dalam agama, barulah sempurna sifat kunci tersebut.

4. Masuk syurga dengan rahmat ALLAH.

Rasululah bersabda: “Tiada seorang pun masuk syurga atau selamat daripada neraka dengan amalannya termasuklah aku melainkan dengan rahmat ALLAH.” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Binatang pelik, boleh bercakap ini akan keluar dari perut bumi pada Hari Kiamat nanti

5. Orang miskin masuk syurga dahulu.

Sabda Nabi SAW, “Orang Muslim yang fakir masuk ke dalam syurga sebelum orang kaya lebih awal setengah hari bersamaan 500 tahun (di dunia).” (Hadis Riwayat Ahmad)

Pun begitu, cendekiawan Islam Ibnu al-Qayyim berkata, awal atau lambat seseorang masuk ke dalam syurga tidak menentukan darjat antara ahli syurga. Boleh jadi seseorang yang masuk syurga lambat, darjatnya di dalam syurga lebih tinggi berbanding teman-temannya yang masuk awal.”

6. Nikmat syurga paling indah dan agung.

Sabda baginda SAW “Ketika penduduk syurga masuk ke dalamnya. ALLAH bertanya: “Ada apa-apa yang kamu ingin Aku tambahkan?”

“Bukankah ENGKAU telah memutihkan wajah kami, memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada neraka?”

Lalu ALLAH membuka hijab (sehingga penduduk syurga melihat ALLAH). Tidak ada satu nikmat pun yang lebih mereka sukai melebihi nikmat menatap Tuhan mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Inilah nikmat syurga paling besar yang akan dirasai oleh penghuni syurga. Beruntungnya mereka yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH.

Turut disyorkan Melahirkan di dunia, berpantang di syurga. Kisah ibu lahirkan anak dalam runtuhan bangunan meruntun jiwa

SENTIASA berdoa memohon keampunan dan keredaan ALLAH SWT sebagai salah satu ikhtiar agar diberikan tempat di dalam syurga. Foto: 123RF

Baca juga ‘Kehilangan sebenar apabila seorang masuk syurga dan pasangannya pula ke neraka’

7. Syurga pun ada pasar minggu.

Rasulullah bersabda, “Di syurga ada pasar yang dikunjungi ahli syurga pada setiap Jumaat. Kemudian ada angin bertiup yang menerpa ke wajah dan pakaian mereka hingga mereka menjadi semakin cantik dan tampan.

Apabila mereka pulang ke rumah, isteri mereka menegur: “Demi ALLAH, engkau semakin tampan”. Mereka membalas: “Kamu pun semakin bertambah cantik.”” (Hadis Riwayat Muslim)

Berbeza dengan di dunia yang mana kita semakin hari semakin tua, di syurga nanti semua akan kelihatan serba cantik dan tampan.

8. Indahnya sifat syurga dan penghuninya.

Sabda Nabi SAW, “Kelompok pertama yang akan masuk ke dalam syurga adalah golongan yang wajah mereka bak bulan purnama. Kemudian, mereka diikuti oleh orang-orang yang wajah mereka bak bintang yang paling bersinar di langit.

“Mereka semua tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak meludah, dan tidak membuang hingus. Sikat mereka diperbuat daripada emas, peluh mereka ialah kasturi, tempat bakaran (kemenyan yang wangi) mereka adalah al-uluwwah – iaitu kayu yang sangat wangi -, pasangan mereka ialah bidadari. Bentuk tubuh mereka adalah bentuk seorang lelaki (saiz mereka adalah sama). Mereka sama seperti bapa mereka, Nabi Adam yang mempunyai ketinggian 60 hasta.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Turut disyorkan Ketahui kedudukan Baitul Makmur – rumah ibadat para malaikat yang berada di langit ketujuh

9. Sehasta di syurga lebih indah daripada dunia dan segala isinya.

Baginda SAW bersabda, “Tempat sepanjang satu anak panah (satu hasta) di syurga adalah lebih baik daripada segala sesuatu yang matahari terbit dan terbenam padanya (iaitu dunia dan segala isinya).” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tidak dapat dibayangkan betapa indahnya syurga. Itulah nikmat yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang menghuni syurga. Tidak mahukah kita ke sana?

Sebenarnya, masih ada banyak lagi fakta lain tentang tempat abadi itu, namun tidak dapat dibincangkan kerana perihal syurga terlalu panjang.

Apa yang penting, ingatlah firman ALLAH SWT, “Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 82).

Sumber: Tzkrh

Foto: 123Rf & Unsplash