Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Aqidah,

Ketahui kedudukan Baitul Makmur – rumah ibadat para malaikat yang berada di langit ketujuh

by Fatin Fatihah HussinJanuary 8, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (12)
BAITUL MAKMUR, tempat malaikat bertawaf.

Ketahui kedudukan Baitul Makmur – rumah ibadat para malaikat yang berada di langit ketujuh

FIRMAN ALLAH SWT: “Demi gunung Tur. Dan demi kitab yang ditulis. Dalam satu lembaran yang terbuka dan terbentang. Dan demi Baitul Makmur” (Surah al-Tur ayat 1-4).

Memetik artikel Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di laman maktabahalbakri, ayat di atas mengandungi sumpah ALLAH SWT dengan al-Bait al-Makmur yang merupakan tempat para malaikat bertawaf di sekelilingnya. Ia buat penduduk langit ibarat kaabah yang disediakan buat penduduk bumi.

Ujar agamawan itu, Sayyid Qutb mengatakan bahawa boleh jadi yang dimaksudkan dengan al-Bait al-Makmur itu ialah Kaabah. Namun, pendapat yang lebih kuat, ia merujuk kepada rumah ibadat para malaikat di langit.

IKLAN

BACA JUGA 15 rahsia keajaiban Kaabah yang perlu diketahui

Dalam riwayat daripada Malik bin Sa’sa‘ah RA, katanya: Nabi SAW bersabda: “Kami tiba di langit ketujuh. Dikatakan: ‘Siapakah ini?’ Dikatakan: ‘Jibril.’ Dikatakan: ‘Siapakah yang bersamamu?’ Dikatakan: ‘Muhammad.’ Dikatakan: ‘Adakah dia telah dijemput?’ ‘Selamat datang kepadanya! Sesungguhnya sebaik-baik orang yang datang kini telah pun datang!’ Aku datang kepada Nabi Ibrahim AS dan memberi salam kepadanya. Nabi Ibrahim AS berkata: ‘Selamat datang untukmu, seorang anak dan seorang nabi.’ Maka diangkatlah (disingkapkan dan didekatkan) Baitul Makmur untukku. Aku bertanya kepada Jibril, maka Jibril menjawab: ‘Ini ialah Baitul Makmur. Setiap hari, 70000 malaikat solat di dalamnya. Apabila mereka keluar maka mereka tidak akan kembali lagi kepadanya kerana itu merupakan kali terakhir mereka memasukinya.’”

SAYYID Qutb mengatakan bahawa boleh jadi yang dimaksudkan dengan al-Bait al-Makmur itu ialah Kaabah. Namun, pendapat yang lebih kuat, ia merujuk kepada rumah ibadat para malaikat di langit.

“Ibn Kathir menjelaskan lagi mengenai perkara ini dalam kitabnya, iaitu para malaikat beribadah di dalamnya dan melakukan tawaf di sekelilingnya sebagaimana penduduk bumi melakukan tawaf di sekeliling kaabah mereka yakni di Baitullah al-Haram.

“Justeru, begitu juga halnya Baitul Makmur, yang merupakan kaabah buat penduduk langit ketujuh. Oleh sebab itu, Nabi Ibrahim AS menyandarkan belakangnya di Baitul Makmur.

IKLAN

BACA JUGA Ketahui kelebihan amalan tawaf di hadapan Baitullah ketika musim umrah atau haji

“Hal ini kerana beliaulah yang telah membangunkan kaabah di bumi, maka ganjaran pahala yang diberikan kepadanya juga adalah sepadan dengan amalan yang telah beliau lakukan yakni membina kaabah dan Baitul Makmur itu berada sejajar dengan kedudukan kaabah,” katanya.

Beliau menjelaskan lagi, Ibn Kathir menyebutkan pada setiap lapisan langit itu terdapatnya rumah ibadah yang menjadi tempat penduduknya beribadah di dalamnya dan solat menghadapnya. Rumah ibadah yang berada di langit dunia dipanggil sebagai Baitul ‘Izzah.

IKLAN

MEMBINA kaabah dan Baitul Makmur itu berada sejajar dengan kedudukan kaabah – FOTO : PEXELS

“Selain itu, al-Tabari juga ada menukilkan dalam kitabnya bahawa seseorang bertanya kepada Ali RA berkenaan Baitul Makmur. Lalu beliau menjawab, ia merupakan rumah (atau tempat ibadat) yang berada di langit, yang dipanggil sebagai al-Durah (الضُّرَاحُ). Ia berada sejajar dengan kedudukan Kaabah dari arah atasnya. Kemuliaan dan kedudukannya (yakni tempat tersebut) di langit adalah sama sepertimana kemuliaan dan kedudukan Baitullah (yakni kaabah) di bumi. Para malaikat seramai 70000 mendirikan solat di dalamnya dan mereka tidak akan kembali lagi untuk beribadah di dalamnya buat selamanya kerana terlalu ramai.

“Jelaslah bahawa Baitul Makmur merupakan rumah ibadat yang berada di langit ketujuh. Setiap hari, para malaikat seramai 70000 akan mendirikan solat di dalamnya dan melakukan tawaf.

BACA JUGA Solat pandang Kaabah tanpa melihat tempat sujud, apa hukumnya?

“Apabila mereka keluar, maka mereka tidak akan kembali lagi kepadanya kerana itu merupakan kali terakhir mereka memasukinya kerana terlalu ramai. Selain itu, kedudukannya juga adalah sejajar dengan kedudukan Kaabah yang berada di bumi,” ungkapnya di Tashih al-Mafahim #20 Kedudukan Baitul Makmur.

IKLAN
Previous

Jadikan ibu bapa sebagai pengasuh anak kita, ketahui hukum-hakamnya

January 8, 2023
Next

Larangan berkeliaran waktu Maghrib bukan mitos

January 9, 2023

Related posts

Syaitan
Aqidah,

ENAM cara syaitan sesatkan manusia

by Nurulfatiha MuahJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (45)
Aqidah,

Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 13, 2023
Tempat istimewa di sisi ALLAH
Aqidah,

LIMA ciri insan yang dapat tempat istimewa di sisi ALLAH

by Nurulfatiha MuahJanuary 13, 2023
GAMBAR PORTAL FB (35)
Aqidah,

Mandi bunga percepat jodoh. Khurafat yang menjerumuskan ke lembah syirik!

by Fatin Fatihah HussinJanuary 11, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.