Browsing Tag

cerai

Rujuk semula
Hukum,

Cerai fasakh, taklik dan khuluk tak boleh rujuk semula, perlu akad nikah yang baharu

APABILA pasangan selebriti popular, Diana Danielle dan Farid Kamil dilaporkan rujuk semula, memang ramai yang gembira dengan perkhabaran penyatuan tersebut.

Bercakap tentang rujuk selepas bercerai, rupanya bukan semua jenis talak dibenarkan rujuk.

Memetik hantaran yang dikongsikan Tuan Mohamad Azlin dalam laman sosial Facebook miliknya, pasangan yang bercerai melalui cerai fasakh, taklik dan khuluk (tebus talak), mereka tidak boleh rujuk jika ingin bersama semula.

“Andai hendak bersama semula, pasangan ini perlu melalui akad nikah yang baharu,” katanya.

Jelas beliau, suami boleh rujuk semula isterinya jika mahu semasa wanita tersebut masih dalam idah hanya jika mereka bercerai talak raji.

Baca juga Suami mengaku bujang atau duda. Awas, jangan sampai jatuh talak

“Maknanya, selepas berlaku perceraian, jika suami atau isteri mahu kembali semula, mereka hanya perlu rujuk semula tanpa akad nikah yang baharu.

Rujuk semula

JIKA bercerai talak raji, pasangan boleh rujuk semula tanpa akad nikah yang baharu semasa tempoh idah, andai suami atau isteri mahu kembali semula.

“Suami boleh melafazkan lafaz rujuk dan pasangan dikira kembali semula dalam perkahwinan mereka.

“Namun begitu, lafaz rujuk yang dibuat di luar mahkamah perlu kepada pengesahan rujuk di badan kehakiman tersebut,” ungkapnya.

Bagi perceraian secara fasakh atau taklik, Tuan Mohamad Azlin atau nama penuhnya, Mohamad Azlin Razali yang juga pengamal undang-undang syariah menjelaskan, pasangan tersebut tidak boleh rujuk dengan cara seperti itu jika hendak bersama semula.

“Itulah kesan kepada perceraian jenis ini. Ini kerana perceraian ini adalah jenis cerai talak bain sughra (kecil).

“Pasangan yang hendak bersama semula perlu kepada akad nikah baharu iaitu macam mula-mula nikah dulu. Tidak boleh hanya dengan lafaz rujuk,” jelasnya.

Baca juga Rupanya hadis ‘talak menggegarkan Arasy’ tidak sahih

Fakta sama turut disuarakan oleh Mohd Anuar & Co menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Rujuk semula

BAGI perceraian fasakh, kulukh dan taklik, perlu akad nikah yang baharu andai pasangan mahu hidup bersama semula dan ia juga memerlukan kepada mas kahwin yang baharu. -Foto: 123rf

Bukan sekadar akad nikah sahaja, beliau menjelaskan, ia juga memerlukan kepada mas kahwin yang baharu.

Bagaimanapun, bagi perceraian jenis talak bain kubra pula (talak tiga), suami tidak boleh rujuk melainkan bekas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan bersama dengan suami baharunya serta menceraikannya.

“Maka, barulah dia boleh berkahwin dengan bekas isterinya selepas tempoh idah tamat,” katanya.

Talak menggegarkan Arasy
Isu,

Rupanya hadis ‘talak menggegarkan Arasy’ tidak sahih

FRASA talak menggegarkan Arasy kedengaran tidak asing kepada kebanyakan kita. ‘Hadis’ yang selama ini menjadi sebutan ramai rupa-rupanya adalah tidak sahih!

Demikian fakta yang tidak boleh disangkal lagi kebenarannya.

Menurut pendakwah dan penulis, Ustaz Addien Abdul Kadir, ungkapan ‘talak menggegarkan Arasy’ dinilai palsu oleh ramai ulama hadis.

USTAZ ADDIEN

Antaranya termasuklah Imam Ibn al-Jauzi, al-Saghani, as-Syaukani dan lain-lain.

“Dalam kitab Fawaid al-Majmu’ah ada dinyatakan, yang sahih, bercerai itu syariat Islam dan dibolehkan jika ada keperluan mendesak,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Baca juga Isteri yang diceraikan tanpa sebab boleh tuntut mutaah daripada bekas suami

Bukan pendakwah itu sahaja, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut cenderung mengatakan bahawa hadis ‘talak menggegarkan Arasy’ adalah tidak sahih.

“Malah, kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi Muhammad SAW dan meriwayatkannya kepada orang lain melainkan bagi menyatakan kepalsuannya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Irsyad al-Hadith Siri ke-256: Talak Menggegarkan Arasy dan Dimurkai ALLAH di laman web pejabat mufti berkenaan.

Mengulas tentang sebuah lagi hadis masyhur yang bermaksud: “Perkara halal yang paling dimurkai ALLAH adalah talak.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah), ini jawapan pejabat mufti tersebut:

“Hadis itu telah menjadi perselisifan dalam kalangan ulama dari sudut penentuan hukumnya. Terdapat sebahagian ulama mensahihkan hadis itu dengan mengatakan bahawa sanadnya bersambung.

Talak menggegarkan Arasy

JADIKAN penceraian sebagai jalan yang terakhir, sebaiknya carilah solusi terlebih dahulu. -Foto: Freepik

“Ada pula sebahagian ulama lain mendaifkannya disebabkan gugurnya nama sahabat dalam hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa hadis itu adalah mursal.”

Baca juga Jangan ikutkan hati dan amarah. Ingat, penceraian bukan satu permainan

Walaupun syarak membenarkan seorang suami melafazkan talak atau dengan kata lain, menceraikan isteri atas sebab-sebab tertentu, namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengingatkan, apa yang terbaik adalah mencari dahulu jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

“Jadikan talak sebagai jalan yang terakhir.

“Semoga ALLAH SWT mengurniakan kita suami atau isteri yang soleh dan solehah agar rumah tangga yang dibina terus berkekalan hingga akhir hayat,” ungkapnya.

***Foto: Freepik

talak gurauan
Gaya Hidup,

Niat ceraikan isteri kerana politik? Jangan sesuka hati jatuhkan talak walaupun untuk bergurau

Niat ceraikan isteri kerana politik? Jangan sesuka hati jatuhkan talak walaupun untuk bergurau

MEDIA sosial seringkali menjadi platform untuk masyarakat meluahkan perasaan atau memberikan pendapat tentang suatu isu semasa. Ada sahaja perkara yang dibangkitkan setiap hari di internet.

Namun, baru-baru ini sebuah hantaran mencuri perhatian netizen gara-gara pernyataan berani seorang individu berkaitan hal politik.

Memetik sebuah media tempatan, dalam sebuah ‘posting’ di laman Facebook, seorang warga maya berkata ingin menjatuhkan lafaz talak tiga terhadap isterinya sekiranya kerajaan terkini mampu bertahan lama.

Baca juga Jangan pamerkan kemesraan suami isteri berlebih-lebihan di media sosial. Ini sebab-sebabnya…

talak bergurau

“Wallahi, saya akan ceraikan bini (isteri) saya dengan lafaz talak tiga jika PMX (Perdana Menteri Kesepuluh, Anwar Ibrahim) dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan sampai bulan 8, 2023,” tulis hantaran tersebut.

Baca juga Jatuhkan talak guna alat komunikasi moden kaedah yang tidak tepati adab penceraian

Pun begitu, difahamkan selepas ia tular, individu dimaksudkan telah tampil bersuara bahawa hantaran itu merupakan suatu lemparan fitnah yang menggunakan nama akaun media sosial miliknya berserta gambar bersama isteri sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan ke-26.

Jelasnya, hantaran yang dibuat sekitar bulan Februari awal tahun ini tersebut adalah palsu dan telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruahnya dengan menggunakan agenda politik.

Sabda Nabi SAW, “Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak)” (Hadis Riwayat Abu Daud). Foto: 123RF

ARTIKEL BERKAITAN:

Cerai dan talak tidak boleh dijadikan gurauan
Benar atau tidak, kisah itu sepatutnya dijadikan iktibar kepada kita agar tidak sewenang-wenangnya melafazkan talak walaupun sebagai gurauan.

Kata penceramah bebas, Ustaz Muhamad Abdullah, lafaz talak terbahagi kepada dua jenis iaitu lafaz yang jelas (sarih) atau tidak jelas (kinayah).

USTAZ Muhamad Abdullah (Ustaz Amin)

Ujarnya menerusi rancangan bual bicara, Tanyalah Ustaz, lafaz cerai yang dilafazkan secara jelas oleh seorang suami kepada isteri seperti, ‘Saya ceraikan awak,’ akan menyebabkan jatuhnya talak meskipun ia dilakukan secara gurauan.

Sebaliknya, bagi lafaz cerai secara kinayah, ia bergantung kepada niat orang yang melafazkan sama ada talak dijatuhkan atau tidak. Dalam hal itu, Mahkamah Syariah akan menentukan status perkahwinan tersebut.

Oleh itu, pendakwah tersebut menegaskan agar menjauhi gurau senda yang melibatkan talak dan perceraian.

Secara umumnya Islam tidak melarang gurauan, namun kita perlu sedar dan tahu batasnya kerana tidak semua perkara boleh dijadikan bahan ketawa.

Sumber: Ohmymedia & Adakah Jatuh Talak Ketika Bergurau? 

Foto: Pexels, Youtube & Facebook

Kedekut nafkah anak
Dari Fail Mahkamah Syariah,

Tunggakan nafkah anak wujud apabila ada perintah mahkamah

CERITA tentang tunggakan nafkah anak memang tidak pernah padam sampai bila-bila. Sememangnya menjadi kewajipan kepada bapa untuk menyempurnakan amanah itu dengan sebaik-baiknya sekalipun sudah berpisah dengan pasangan masing-masing.

Begitupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, terdapat segelintir bapa yang culas berbuat demikian. Ada pula yang begitu liat mengeluarkan nafkah.

Namun demikian, perkara itu tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Ia perlu dibawa ke muka pengadilan.

Ketahuilah, nafkah anak tidak akan berkuatkuasa secara automatik apabila suatu penceraian berlaku.

Baca juga Bapa tetap perlu sediakan nafkah anak sekalipun sudah bercerai dengan pasangan

Demikian penjelasan peguam syarie, Nurain Akmal Khairunnisa Amir Hamzah yang dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook dikendalikannya.

NURAIN AKMAL KHAIRUNNISA

Malah, katanya, kita tidak boleh membuat tuntutan tunggakan nafkah anak yang tidak dibayar jika tiada perintah mahkamah.

“Ramai ibu bapa yang tanya boleh ke nak tuntut nafkah anak yang lepas-lepas semasa ayah tidak bayar dulu? Akan tetapi, mereka tiada perintah mahkamah pun.

“Suka diingatkan bahawa hutang atau tunggakan nafkah anak hanya wujud apabila adanya perintah dari mahkamah syariah. Jika tiada, ia kira burn (hangus) dan tidak boleh dituntut,” jelas beliau.

Baca juga Culas bayar nafkah anak, satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kegagalan itu dianggap sebagai hutang!

Seperkara lagi, pengamal undang-undang syarie itu menjelaskan, kes nafkah anak mahupun hak jagaan mereka boleh difailkan walaupun pasangan suami isteri itu belum bercerai.

“Ia termasuklah pasangan yang dalam proses tuntutan cerai dan atau apabila pihak suami dan isteri sudah tinggal berasingan,” jelas beliau.

Mengulas tentang perintah nafkah anak yang dikeluarkan oleh mahkamah, Nurain menjelaskan, ia merupakan perintah yang menyeluruh dan jelas.

Baca juga Antara nafkah dan hutang, yang mana perlu diutamakan?

Antara perkara-perkara yang dinyatakan dalam perintah tersebut termasuklah:

Tunggakan nafkah


JANGAN sesekali culas membayar nafkah anak yang dipertanggungjawabkan kepada bapa.

i. Jumlah nafkah yang perlu dibayar oleh bekas suami untuk seorang anak.
ii. Tarikh bekas suami perlu bayar nafkah anak.
iii. Cara atau kaedah bayaran nafkah anak sama ada secara mendepositkan wang ke dalam akaun bekas isteri atau melalui potongan gaji.
iv. Jumlah bayaran nafkah bagi perbelanjaan awal persekolahan.
v. Jumlah bayaran nafkah untuk persediaan perayaan Aidilfitri.

Disebabkan itulah, katanya, perintah nafkah itu diperlukan daripada mahkamah kerana ia akan merangkumi semua perkara atau keperluan anak.

“Ia termasuklah dari segi nafkah bulanan, awal persekolahan dan perayaan,” terang beliau.

Foto: Freepik

Menghambakan ibu bapa
Isu,

Perlu ziarah bekas mentua selepas cerai? Ini penjelasannya

PERLUKAH seorang menantu menziarahi bekas mentua selepas cerai atau kematian pasangan?

Apabila berlakunya pernikahan, kedua-dua mempelai bukan sahaja mengahwini satu sama lain, bahkan termasuk seluruh keluarga pasangan.

Sebagaimana kita melayan ibu bapa sendiri, begitulah juga cara kita perlu menjaga kedua-dua ibu bapa mentua.

Namun, apabila terputusnya pertalian suami isteri antara dua insan tersebut atas faktor tertentu, adakah itu bermakna hubungan bersama bekas mentua turut terlerai?

ziarah bekas mentua

IMAM MUDA ASYRAF

Menurut pendakwah, Imam Muda Asyraf, mentua termasuk dalam kategori mahram muabbad iaitu hubungan mahram yang kekal selama-lamanya.

Ini bermakna apabila seorang lelaki bercerai dengan isterinya, hubungan mahram dengan ibu mertuanya tidak hilang dan kedua-duanya tetap tidak boleh berkahwin.

“Ibu mentua termasuk dalam mahram muabbad. Kalau kita bercerai dengan isteri kita, isteri itu bukan lagi dikira mahram. Contoh, habis edah dan sebagainya, kita masih boleh kahwin dengan isteri kita.

Namun, (bagi) mak mentua dan menantu, haram (berkahwin) selama-lamanya,” ujarnya melalui rancangan bual bicara radio yang disiarkan melalui Sinar FM.

Baca juga Tanggungjawab menantu terhadap mertua. Ini yang perlu kita tahu

Jelas pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini berdalilkan kenyataan dalam Surah Al-Nisa’ ayat ke-23 bahawa wanita yang diharamkan berkahwin dengannya termasuklah:

Maksudnya: “Dan ibu-ibu isteri kamu… ,” (Surah an-Nisa’, ayat 23)

Pengharaman yang sama dikenakan antara perempuan dan bapa mentua selepas kematian pasangan atau cerai.

Bahkan hukumnya tetap serupa jika suami dan isteri tidak pernah bersetubuh kerana ayat itu menyatakan semata-mata ibu kepada isteri tanpa mensyaratkan persetubuhan. [Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/31-32)]

ziarah mentua

USTAZ KAZIM ELIAS

Pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias berkata, sungguhpun hubungan mahram tersebut masih ada, namun bekas menantu tidak wajib untuk menziarahi atau memberikan nafkah kepada ibu bapa mentuanya.

“Tetapi bila sudah bercerai dengan isteri, tidaklah menjadi kewajipan kepada bekas menantu untuk ziarah mertuanya. Kalau tidak beri duit kepada mak mentua pun tidak apa. Tetapi kalau nak terus bantu, silakan,” katanya.

ziarah mentua

DATUK PROF DR MUHAYA MOHAMAD

Begitu pun, pakar motivasi Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memesan menantu agar jangan terus memutuskan ikatan silaturahim yang telah terjalin setelah berlaku kematian atau penceraian.

Sebaliknya, tetaplah berbaik-baik dengan bekas mentua kerana pentingnya hubungan silaturahim bukan sahaja dalam agama, bahkan dapat memudahkan urusan seharian.

Baca juga Dilema tinggal dengan mertua dan ipar… Ini pandangan agama yang perlu kita tahu

Tambahnya, cara seseorang melayan bekas ibu bapa mentuanya akan diteladani oleh anak-anaknya maka sangat penting untuk menantu menunjukkan contoh yang baik.

“(Bagi) anak-anak, tentulah (ibu dan ayah mentua masih) datuk dan nenek mereka. Kita nak mengajar anak-anak kita supaya sayang datuk dan nenek dan apa yang kita lakukan kepada mak dan ayah mentua kita sebenarnya anak kita dah belajar dan lihat cara melayan (bakal) ibu bapa mentua mereka juga.

Baca juga 7 Hak Wanita Selepas Diceraikan Yang Perlu Kita Tahu

Titip Dr Muhaya, sentiasa perbaiki diri dan hubungan baik dengan orang di sekeliling agar hidup menjadi lebih bahagia.

“Kita tidak boleh perbaiki hubungan dengan orang (lain) jika hati tidak baik. Malah, hati yang tidak baik itu (boleh) menjauhkan (diri) dari ALLAH,” pesannya.

Perlu ziarah bekas mentua selepas cerai? Ini penjelasannya

Foto: Facebook & Astro Awani