Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Tanggungjawab menantu terhadap mertua. Ini yang perlu kita tahu

by Nurulfatiha MuahSeptember 20, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA sedia maklum, ibu bapa mertua perlu dihormati sepertimana kita menghormati kedua-dua orang tua sendiri.

Masakan tidak, antara mertua dan menanti, ia seperti ada hubungan yang begitu istimewa sebagaimana dengan ibu bapa sendiri.

Andai bersentuhan, wuduk kedua-dua mereka tidak akan batal. Malah, ibu bapa mertua juga tidak boleh dikahwini sampai bila-bila.

Namun, dalam perihal tanggungjawab kepada ibu bapa mertua pula bagaimana? Sebagai menantu, perlukah seseorang itu menanggung ibu bapa mertuanya sepertimana dia menanggung keperluan kedua ibu bapanya sendiri?

Adakah menantu tadi perlu mengikuti segala arahan mertua contohnya seperti tolong membayarkan hutang salah seorang anaknya atau dengan kata lain, adik iparnya?

Memperincikan jawapannya, pendakwah Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed menjelaskan, setiap insan mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap keluarga sendiri.

IKLAN

USTAZ SYED SHAHRIDZAN

Jelas beliau, syariat telah membataskan tanggungjawab seseorang ke atas keluarganya dalam memberi nafkah sebagaimana yang ditentukan oleh syarak. Apatah lagi, jika ia melibatkan hak seseorang.

“Menurut pembacaan saya yang terhad, setakat ini tiada mana-mana mazhab atau ulama menyatakan bahawa ibu dan bapa mentua merupakan tanggungjawab menantu untuk memberi nafkah.

“Namun begitu, Mazhab Hanafi spesifikasikan tanggungjawab tanggungan nafkah lebih luas berbanding tiga mazhab yang lain. Bagaimanapun, mertua tidak termasuk di dalam senarai (berkenaan),” katanya dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Ustaz Syed Shahridzan turut mengemukakan pandangan Mazhab Syafie sebagaimana yang disebut Sheikhul Islam Zakaria al-Ansari dalam karangannya, ‘Asna al-Matolib.

Jelas ilmuan berkenaan: “Sesungguhnya yang hanya diwajibkan nafkah kepada kaum kerabat yang bersifat punca dan pecahan keturunan iaitu FURU’ (anak, cucu, cicit) dan yang ke bawah dan USUL (bapa kandung, ibu kandung, datuk, nenek) dan yang ke atas sahaja, iaitu tidak termasuk kaum keluarga yang lain seperti adik-beradik lelaki, adik-beradik perempuan, pak cik, mak cik sama ada lelaki mahupun perempuan, sama ada yang tergolong daripada pewaris harta atau tidak.”

Berdasarkan pernyataan itu, kata Ustaz Syed Shahridzan, begitu jelas dinyatakan bahawa ibu bapa mertua tidak termasuk ke dalam tanggungjawab nafkah bagi seorang menantu. Ia termasuklah juga dengan ipar-duai.

“Ini kerana kedua-duanya bukan tergolong daripada keluarga punca (darah daging atau punca kelahiran). Oleh itu, menjadi kewajipan bagi setiap Muslim mengetahui batas tanggungjawab nafkah masing-masing agar tidak mencabuli hak orang lain.

“Dalam hal ini, seorang menantu tidak wajib menanggung ibu bapa mertua tidak seperti kewajipannya menanggung (kedua) ibu bapa kandungnya yang miskin.

“Apatah lagi hutang ipar-duai bukanlah menjadi kewajipannya, bahkan ia membebankan (dirinya). Sedangkan dia ada tanggungan dan kewajipan nafkah yang perlu dilunaskan iaitu anak-anak, isteri dan ibu bapa kandung,” jelas beliau.

Pendakwah itu turut mengemukakan sebuah hadis masyhur berkaitan dengan keutamaan pemberian nafkah.

IKLAN

Diriwayatkan daripada Jabir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Mulakan dengan dirimu, maka bersedekah padanya, jika ada lebihan maka untuk ahli keluarga kamu, jika ada lebihan dari perbelanjaan keluarga kamu, maka untuk kerabat kamu.” (Riwayat Muslim)

Bagaimana jika menantu tadi membantu melunaskan hutang ipar-duainya sehingga menjejaskan hak anak dan isterinya?

Jawab Ustaz Syed Shahridzan, jika perkara itu berlaku, maka tindakan individu itu melunaskan hutang berkenaan adalah haram kerana hak yang sepatutnya tidak diberikan kepada yang berhak.

“Oleh itu, jika si menantu itu melunaskan hutang atas arahan ibu mertuanya, maka ketaatan itu adalah salah di sisi syarak kerana menjejaskan hak orang lain.

Tanggungjawab menantu

HORMATILAH ibu bapa mertua sebagaimana kita menghormati kedua orang tua kita.

“Ketaatan tidak sepatutnya dituruti dalam perkara yang mengingkari perintah ALLAH,” katanya.

IKLAN

Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW: “Tidak ada ketaatan terhadap manusia dalam urusan maksiat kepada ALLAH, ketaatan hanya pada perkara yang maaruf”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa mertua ada hak terhadap menantu, namun hak tersebut tidak boleh disamakan dengan hak ibu bapa kandung terutama bab yang berkaitan dengan nafkah dan hutang piutang, terang beliau.

“Malah, jika ibu bapa kandung sendiri mengarahkan anaknya menanggung hutang adik-beradiknya, maka si anak tidak wajib menuruti perintah ibu bapanya itu.

“Ini kerana hutang adik-beradik bukan tanggungjawabnya dan ibu bapa kandung tiada hak untuk menentukan tanggungjawab nafkahnya.

“Hanya ALLAH dan rasul-NYA sahaja yang berhak menentukan. Jika ibu bapa kandung tiada hak sebegini apatah lagi ibu bapa mertua, ia tidak sewajarnya berlaku,” jelas beliau.

Semoga jawapan ini dapat meleraikan kekusutan kita dalam perihal batasan tanggungjawab menantu terhadap mertua.

Sumber: Facebook Syed Shahridzan Ben-Agil

IKLAN
berita-semasaibu bapa mertuasinarislamplusTanggungjawab menantu
Previous

Berkali-kali doa minta kaya, tapi tak dimakbulkan. Rupanya ALLAH gantikan dengan…

September 19, 2020
Next

Ini doa ringkas ibu bapa boleh amalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

September 20, 2020

Related posts

Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.