Tamu datang membawa rezeki, muliakan seikhlas hati di Syawal ini…
SESUNGUHNYA tetamu datang membawa barakah dan keampunan. Maka muliakanlah mereka setulus hati.
Berbicara sahaja mengenai tetamu, pasti perkara di atas akan menjengah fikiran sesiapa sahaja. Ya benar kehadiran tetamu itu membawa seribu keberkatan kepada penghuni rumah itu.
Bahkan Rasulullah SAW sangat menyanjungi mereka yang memuliakan tetamu. Terutama di bulan Syawal ini, sudah tentu kita akan menerima kunjungan dari sanak saudara mahupun sahabat handai.
Baca Juga Orang Melayu Malaysia bersungguh benar beraya sampai sebulan, tapi apa kata Islam?
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di laman sosial Facebook berkongsi, berikut adalah dua hadis yang sesuai untuk kita jadikan pedoman dan motivasi buat menyantuni tetamu yang hadir.
Abu Nuaym meriwayatkan bahawa Saidina Jarir bin Abdillah telah datang ke rumah Rasulullah SAW. Namun ketika itu rumah Baginda telah sesak dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Melihatkan kedatangan Jarir, Rasulullah SAW menoleh kiri dan kanan sekiranya masih ada ruang buat Jarir untuk duduk.
Disebabkan tiada tempat buat Jarir, Rasulullah SAW telah menanggalkan pakaian luarnya (rida’) lalu memberikannya kepada Jarir dan berkata: Duduklah di atas bajuku itu! Jarir lalu mengambil pakaian Rasulullah SAW.
Dikucupnya dan dipulangkannya kepada Baginda. Sebahagian riwayat menambah dengan kata-kata beliau: “Bagaimana boleh aku duduk di atas pakaian Rasulullah SAW?”
Lihatlah betapa mulianya akhlak Rasulullah dalam menyantuni tetamu. Baginda SAW berusaha melayani tetamu yang hadir sedaya termampu! (Abu Nuaym, Hilyat al-Awliya)
Baca Juga Kawal nafsu makan Syawal ini, jangan gelojoh sangat
Menurut al-Hakim pula, Salman al-Farisi pernah hadir ke rumah Rasulullah SAW suatu ketika. Ketika itu Baginda SAW sedang bersandar baring (متكئ) atas bantalnya. Melihatkan kehadiran Salman, Baginda memberikan bantal tempat dia bersandar itu lalu berkata:
Wahai Salman, seorang Muslim yang menyerahkan lapik (bantal) pada tetamu yg hadir bagi memuliakan mereka, maka ALLAH akan mengampunkan dosa mereka. (Al-Hakim, al-Mustadrak)
Seterusnya memetik perkongsian penceramah bebas, AlFadhil Ustaz Ihsan Abd Talip, memuliakan tetamu merupakan salah satu adab yang amat dititikberatkan oleh Islam.
Melalui sebuah hadis, sabda Nabi SAW “Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari kiamat, maka muliakanlah tetamunya.
Jelas Ustaz Ihsan, Baginda menegaskan berdasarkan hadis untuk mendapatkan iman yang sempurna mestilah memuliakan tetamunya.
“Berdasarkan hadis di atas, maksud pemberian itu adalah hak kepada tetamu iaitu dengan memberi makan dan hidangan pada hari pertama adalah satu kewajipan ke atas orang yang menerima tetamu.
“Dan tiga hari adalah di layan sebagai tetamu. Lebih daripada itu dianggap sebagai sedekah kepada tetamu.
“Dan diantara persedian untuk menerima tetamu adalah seperti menyediakan makanan atau hidangan serta tempat yang selesa kepada mereka.
Baca Juga Inilah ucapan sebenar yang dianjurkan oleh Islam ketika hari raya
“Sebagai tetamu pula mesti memikirkan dan bertimbang rasa kepada orang yang menerima tetamu sama ada dia bersedia untuk menerima tetamu dan tidak menyusahkannya.
“Menjadi hukum tidak harus untuk menjadi tetamu, sekirannya orang yang menerima tetamu dalam keadaan kesempitan sehinggakan mengunakan hak-hak keluarganya yang ada dan tidak berkemampuan untuk menerima tetamu,”