Inilah ucapan sebenar yang dianjurkan oleh Islam ketika hari raya…
APABILA tibanya hari raya maka umat Islam saling akan mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Hukumnya adalah sunat dan dianjurkan kerana ia amalan yang menambah erat hubungan sesama saudara mara dan sahabat handai.
Berikut merupakan ucapan-ucapan yang harus diucapkan pada hari perayaan apabila bertemu saudara sesama Islam sebagaimana dikongsi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di laman Facebooknya.
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Maksudnya: “Semoga ALLAH menerima kebaikan dari kami dan dari kamu semua.”
atau
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ
Maksudnya: “Semoga ALLAH menerima kebaikkan dari kami dan dari kamu.”
atau
اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ
Maksudnya: “Semoga ALLAH mengelokkan atas kamu.”
atau
كُلُّ عَامٍ وَانْتُمْ بِخَيْرٍ
Maksudnya: “Semoga kamu dalam kebaikkan sepanjang masa.”
atau
مِنَ الْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ
Maksudnya: “Semoga kita termasuk dikalangan orang yang berjaya dan diterima.”
Baca Juga Jauhi membazir dan berbelanja sakan di Aidilfitri ini
Atau yang biasa diucapkan dalam masyarakat melayu dengan ucapan:
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Atau ucapan-ucapan lain yang semuanya elok diucap kerana mengandungi makna yang baik dan mendekatkan hati dan mengeratkan hubungan sesama kita.
Dan dalil bagi harus mengucapkan
اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ
atau
كُلُّ عَامٍ وَانْتُمْ بِخَيْرٍ
atau
مِنَ الْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ
atau selamat hari raya maaf zahir dan batin atau ucapan-ucapan yang lain ialah semua ucapan ini mengandungi pengertian yang baik.
Baca Juga Tip dan trik istiqamah beribadah selepas Ramadan
Syarak tidak pernah melarang mengucapkan perkataan-perkataan yang baik sama ada ia dari Rasulullah atau dari sahabat atau dari tabiin atau dari salafussolih atau dari siapa sahaja kerana masuk dalam perintah yang umum.
Berkata yang baik-baik dan siapa yang mengucapkan perkataan yang baik maka pasti akan mendapat balasan pahala di sisi ALLAH.