Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Suami isteri bergurau pasal cerai? Awasi 3 perkara ini tak boleh ‘buat main’ dalam rumah tangga

by Fatin Fatihah HussinMarch 10, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-10T171446.050
GURAUAN antara suami dan isteri mestilah sesuatu yang mampu menyuburkan lagi kasih sayang bukan menghancurkan kedua-duanya. -Foto: Canva

Suami isteri bergurau pasal cerai? Awasi 3 perkara ini tak boleh ‘buat main’ dalam rumah tangga…

ISLAM tidaklah melarang sama sekali umatnya untuk bergurau senda. Bahkan Nabi SAW sendiri gemar bergurau bersama sahabat dan keluarga Baginda dalam kehidupan seharian.

Namun, kita perlu sedar dan tahu batas guraun dalam agama. Contohnya seperti menipu dengan niat sekadar untuk dijadikan bahan jenaka. Ketahuilah perkara ini amat ditegah dalam Islam.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Celakalah sesiapa yang berkata dusta untuk membuat orang ketawa, celakalah dia, dan celakalah dia.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Berbalik kepada kisah bergurau senda ini, tular baru-baru beberapa keratan gambar di laman sosial yang memaparkan pasangan suami isteri bergurau dalam soal jatuh talak dan cerai.

Walaupun sekadar ingin bergurau, pasangan suami isteri seharusnya tidak berjenaka dan menyentuh kepada perkara yang membabitkan cerai.

IKLAN

PASANGAN suami isteri seharusnya tidak bergurau terutama perkara yang melibatkan perceraian.

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadis: “Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) dianggap bersungguh-sungguh juga iaitu nikah, talak dan rujuk.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis ini menjelaskan larangan bermain-main dalam tiga perkara di atas. Hal ini kerana gurauan terhadap tiga perkara itu akan dinilai sebagai maksud asal perkataan tersebut tanpa dikira niat untuk bergurau.

Seperti dikongsi oleh penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) sebenarnya terdapat beberapa etika bergurau di antara suami isteri yang seharusnya diaplikasikan khususnya bagi menjadikan komunikasi antara kedua-duanya berkesan sekali gus membentuk hubungan yang kekal berada dalam kasih sayang:

i. Bercakap perkara benar

Sekalipun hanya bergurau senda, pasangan mestilah bercakap perkara yang benar. Benar bermaksud jelas dalam membezakan antara perkara hak dan batil.

Ini kerana pembohongan mampu merosakkan kepercayaan seseorang kepada individu yang lain. Bahkan, sekiranya melibatkan hal perasaan pastinya akan meruntunkan jiwa.

8 pintu syurga

USTAZ HADI ZAHALAM

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dan ucapkanlah perkataan yang benar.” (Surah al-Ahzab, ayat 70)

IKLAN

ii. Melafazkan perkataan yang memberi kesan positif kepada jiwa

Gurauan antara suami dan isteri mestilah sesuatu yang mampu menyuburkan lagi kasih sayang antara kedua-duanya.

Meskipun dalam keadaan ketika tegasnya seorang suami, ia mestilah disusuli dengan perkataan baik kepada isteri setelah mentaatinya.

BACA JUGA Kenali jenis wanita yang layak masuk syurga kerana istiqamah dengan amalan ringan ini

Seperti firman-NYA dalam al-Quran “Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) ALLAH mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwanya.” (Surah al-Nisa, ayat 63)

IKLAN

iii. Berbicara dengan perkataan yang lembut

Menengking suami

USAH menengking mahupun menjerkah suami sekalipun seorang isteri itu dalam keadaan stres. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: 123RF

Hubungan akrab bukan lesen untuk bercakap menggunakan perkataan yang keras dan kotor. Pertuturan antara kedua-duanya mestilah dihiasi dengan cahaya iman.

Suatu ketika Nabi Muhammad SAW menasihati Aisyah RA seperti yang dinyatakan dalam hadis: “Wahai Aisyah, sesungguhnya ALLAH Itu Maha Lembut. Dia mencintai sikap lemah lembut. ALLAH akan memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak DIA berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

BACA JUGA Suami tidak reda isteri bertudung labuh, perlukah isteri mentaatinya?

Tuntasnya, Hadi menasihatkan agar gurauan yang melibatkan perihal suami dan isteri haruslah ada batasnya. Sesebuah ikatan perkahwinan yang dibina bukanlah hanya melibatkan perjanjian antara kedua-dua keluarga tetapi juga bersaksikan ALLAH SWT sebagai tujuan sesebuah ikatan terjalin.

“Lebih bahaya lagi apabila gurauan seperti melafazkan talak ini akan memberi kesan kepada status keabsahan hubungan antara suami isteri. Santunilah pasangan kita dengan penuh kebaikan dan kerahmatan,” katanya.

IKLAN
Previous

Normalisasikan amalan bermaaf-maafan sebelum bulan Ramadan, banyak hikmah di sebaliknya

March 10, 2023
Next

Nak didik anak kecil berpuasa, Ustazah Asma’ kongsi tips untuk ibu ayah

March 10, 2023

Related posts

Gambar bapa memakai kostum dinosaur
Gaya Hidup,

Bapa pakai kostum dinosaur demi pupuk anak minat mengaji al-Quran

by Fatin Fatihah HussinMay 30, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-23T162840.053
Gaya Hidup,

Besarnya fadilat amal istighfar ini pada 4 waktu terbaik

by Fatin Fatihah HussinMay 23, 2023
Jemputan kenduri
Gaya Hidup,

Terima dua jemputan kenduri yang jauh jaraknya, mana satu perlu diutamakan?

by Nurulfatiha MuahMay 17, 2023
Luqman al-Hakim
Gaya Hidup,

7 pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian

by Sarrah MohsinMay 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.