Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Gaya Hidup,

Kenali jenis wanita yang layak masuk syurga kerana istiqamah dengan amalan ringan ini

by Sarrah MohsinMarch 8, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
wanita syurga
WALAUPUN kelihatan susah di dunia, sebenarnya ALLAH SWT telah membuka jalan ke syurga melalui perintah yang dikenakan kepada kaum wanita di atas dunia. Foto: Pexels

Kenali jenis wanita yang layak masuk syurga kerana istiqamah dengan amalan ringan ini…

MENJADI insan yang berakhlak mulia bukanlah suatu perkara mudah, apalagi untuk terus beristiqamah daripada melakukan perkara mungkar.

Namun, bagi insan bergelar wanita, mereka beruntung kerana ALLAH SWT sebenarnya telah mempermudahkan jalan untuk ke syurga-NYA.

Mungkin ada yang melihat perintah agama dikenakan terhadap kaum Hawa seperti menutup aurat dan mentaati suami seolah-olah satu ‘bebanan’ yang sukar dilaksanakan, tetapi ingatlah bahawa itu semua menjadi pembuka jalan ke syurga.

Bahkan pernah dikisahkan dalam sebuah hadis tentang seorang wanita yang menjadi penghuni syurga gara-gara suatu perbuatan yang dilakukannya.

IKLAN

Siapa sangka, walaupun perlakuan itu kelihatan biasa-biasa saja, tetapi ia berjaya meraih keredaan-NYA sehingga wanita itu beroleh tempat di syurga ALLAH.

wanita syurga

Dari ‘Aisyah RA. katanya: “Pada suatu hari seorang perempuan miskin datang kepada ku membawa dua orang anak perempuannya. Maka ku beri dia kurma tiga buah. Lalu perempuan itu memberi anaknya masing-masing sebuah. Sedang yang sebuah lagi diangkat ke mulutnya hendak dimakannya sendiri, tetapi diminta oleh kedua anaknya. Maka dibelahnya kurma yang hendak dimakannya itu lalu diberikannya kepada kedua anaknya, seorang sebelah. Aku kagum menyaksikan perempuan itu, lalu ku ceritakan apa yang telah diperbuatnya itu kepada Rasulullah SAW. Maka bersabda beliau, “Sesungguhnya ALLAH Taala mewajibkan syurga baginya, atau DIA membebaskannya dari seksa neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Empat cara wanita boleh mendapatkan syurga

Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang wanita itu mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kemaluannya, mentaati suaminya, makan akan dikatakanya kepadanya: Masuklah ke dalam syurga melalui mana-mana pintu pun yang kamu suka.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis berkenaan, ada empat cara para Muslimah boleh meraih syurga iaitu dengan mengamalkan perkara ini:

IKLAN

1. Solat lima waktu.
Solat adalah amalan pertama yang akan dinilai oleh ALLAH SWT tanpa mengira jantina. Ini kerana solat merupakan kayu ukur penentu hubungan kita dengan-NYA.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal yang pertama dihisab pada seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sungguh dia orang yang beruntung dan berhasil. Dan jika solatnya rosak, sungguh dia telah gagal dan rugi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Oleh itu, kriteria pertama wanita boleh masuk syurga dari pintu manapun, adalah menjaga solat lima waktu dan tidak meninggalkan ibadah tersebut kecuali di saat ia diharamkan iaitu ketika haid dan nifas.

IKLAN

2. Berpuasa di bulan Ramadan.
Setiap umat Islam diwajibkan berpuasa penuh di bulan Ramadan, termasuklah wanita. Jika dia mengalami haid atau nifas yang tidak membenarkannya berpuasa, maka dia perlu menggantinya di bulan lain selain Ramadhan.

3. Menjauhi zina.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya (zina) itu suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32)

Zina yang dimaksudkan bukan hanya melakukan persetubuhan secara haram. Namun, segala perbuatan yang menghampiri zina umpamanya berkata, melihat atau mendengar perkara lucah yang turut dikira sebagai kemungkaran.

4. Mentaati suami.
Bagi wanita Muslim, setelah dia menikah, maka orang pertama yang berhak dia taati adalah suaminya. Bahkan melebihi ketaatan kepada ibu bapanya.

Tidak dinafikan perkara keempat ini bukan mudah untuk dipenuhi, namun ingatlah ganjarannya syurga bagi para isteri yang bersabar mentaati suaminya.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN
Previous

Kenali dua wirawati Muslimah zaman Rasulullah, rela bermandi darah demi Daulah Islamiyah

March 8, 2023
Next

Agungnya mukjizat Rasulullah SAW, pohon kurma menangis dengar khutbah Baginda

March 8, 2023

Related posts

Gambar bapa memakai kostum dinosaur
Gaya Hidup,

Bapa pakai kostum dinosaur demi pupuk anak minat mengaji al-Quran

by Fatin Fatihah HussinMay 30, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-23T162840.053
Gaya Hidup,

Besarnya fadilat amal istighfar ini pada 4 waktu terbaik

by Fatin Fatihah HussinMay 23, 2023
Jemputan kenduri
Gaya Hidup,

Terima dua jemputan kenduri yang jauh jaraknya, mana satu perlu diutamakan?

by Nurulfatiha MuahMay 17, 2023
Luqman al-Hakim
Gaya Hidup,

7 pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian

by Sarrah MohsinMay 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.