GALERI Haji Pulau Pinang merupakan sebuah muzium yang mengetengahkan haji sebagai tema utama pameran menerima pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records‘ sebagai galeri haji pertama di Malaysia.
Majlis penganugerahan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) itu telah diadakan di Galeri Haji Pulau Pinang di Lebuh Acheh, disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong Hong Wai kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang(YIPP) Mohd Fitri Ibrahim dengan disaksikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Mohd Fitri berkata Galeri Haji Pulau Pinang yang merupakan inisiatif YIPP yang telah dibuka sejak tahun 2015, kini merupakan satu-satunya galeri haji seumpamanya di Malaysia.
Baca Juga 3 hukum masuk rumah ibadat agama lain, umat Islam wajib hadam sepenuhnya
Keunikan utama muzium ini terletak pada bangunannya iaitu No.87 Lebuh Acheh yang pernah digunakan sebagai pusat haji dan pejabat urusan jualan tiket kapal haji yang telah beroperasi dari tahun 1828 hingga tahun 1960-an.
“Selain itu, Galeri Haji Pulau Pinang terletak di dalam ‘core zone’ Tapak Warisan Dunia, George Town malah lokasi Lebuh Acheh dikenali sebagai ‘Little Jeddah’ pada masa tersebut kerana menjadi pusat berkumpul jemaah haji sebelum berlepas menaiki kapal haji di Pelabuhan Pulau Pinang“, katanya kepada BERNAMA hari ini.
Mohd Fitri berkata Galeri Haji Pulau Pinang itu mempunyai sekitar 40 koleksi barangan haji yang dipamerkan untuk tontonan masyarakat bagi mengetahui mengenai proses mengerjakan haji pada zaman dahulu yang mengguna kapal laut.
Katanya antara koleksi penting ialah buku ‘Chateten ka-Tanah Suci’, poskod, syiling lama, tong sahara, kiswah dan koleksi gambar-gambar kapal haji yang telah membawa jemaah haji ke Tanah Suci Mekah.
ARTIKEL BERKAITAN
- Tawaf pun hendak buat ‘live’, jauhi perbuatan kongsi ibadat di media sosial
- Seeloknya lelaki lebih 4 perkara ini daripada wanita, hayati saranan Imam al-Ghazali
- Taasuber, tidak perlu fanatik melampau kepada individu, tetapi taasublah kepada kebenaran
- Sampai ke Tanah Suci selepas setahun berjalan kaki 8,640 km
- Ibadah Haji tidak hanya sekadar mendapatkan pangkat ‘Haji’ dan ‘Hajah’
- Kenangan terindah di Baitillah terpahat selamanya, baca doa ini sebaik sahaja selamat pulang dari menunaikan haji
- Masjid Nabawi di Madinah terima 4.25 juta pengunjung seminggu, ketahui keistimewaan al haramain ini
“Galeri Haji Pulau Pinang yang dirasmikan oleh tokoh Islam bertaraf dunia iaitu Mufti Ismail Menk telah menerima 10,000 pelawat dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada kerabat diraja, duta negara asing serta pembesar negara”.
“Pada tahun lepas, Galeri Haji Pulau Pinang telah menerima Anugerah Cemerlamg Warisan 100 tahun Pulau Pinang dari kerajaan negeri dan hari ini, menerima sijil pengiktirafan MBOR. Ini adalah antara penghormatan kepada Galeri Haji Pulau Pinang”, katanya.
Beliau berkata YIPP mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa mengangkat dan membantu dalam memartabatkan serta sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan agama Islam di Pulau Pinang.
Pulau Pinang ‘Jeddah’ kedua
Pada satu masa dahulu Pulau Pinang merupakan pelabuhan haji yang terpenting di Asia Tenggara. Peri masyhurnya pelabuhan Pulau Pinang hingga mendapat jolokan ‘Jeddah Kedua’. Gelaran itu dirakam di dalam buku Tuhfat an-Nafis (Historiografi Peradaban Melayu) karya Raja Ali Haji pada tahun 1928.
Galeri Haji Pulau Pinang yang bertempat di Lebuh Acheh, George Town banyak menyingkap sejarah mengenai Jeddah kedua itu. Apa yang lebih menarik tempat tersebut dahulunya merupakan markas menjual tiket untuk jemaah haji yang ingin berangkat ke tanah suci sebelum diambil alih oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.
Baca Juga Pulau Pinang pernah digelar ‘Jeddah kedua’
Kos menunaikan haji pada Ketika itu adalah sekitar 500 sehingga 600 Ringgit Malaya. Jemaah haji akan bertolak atau mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijah). Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.
Terdapat dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang dengan anggaran tempoh pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 sehingga 17 hari.