Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

3 hukum masuk rumah ibadat agama lain, umat Islam wajib hadam sepenuhnya

by Nurulfatiha MuahMarch 21, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Rumah ibadat lain
SEBAIKNYA hindari diri daripada memasuki rumah ibadat lain. -Foto: Canva

3 hukum masuk rumah ibadat agama lain, umat Islam wajib hadam sepenuhnya

ISU ziarah rumah ibadah lain hangat diperkatakan baru-baru ini. Ia susulan dari sebuah program Ziarah Gereja yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu lalu, sebelum dibatalkan.

Banyak pihak yang membuat ulasan tentang isu tersebut termasuklah pihak berkuasa agama di negeri masing-masing mahupun para agamawan.

Antaranya Selangor melarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat lain.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman sebagaimana dipetik menerusi laporan Sinar Harian pula menegaskan, tiada keperluan untuk umat Islam ziarah rumah ibadat lain atas apa jua alasan.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam sebuah portal berita tempatan menasihati umat Islam menjauhkan diri daripada terdedah kepada rumah ibadat agama lain kerana boleh mendatangkan dosa atau menjejaskan iman.

Bagaimanapun, isu berkenaan semakin ‘panas’ apabila salah seorang pemimpin anak muda dalam satu klip video menggesa ahli partinya melawat rumah ibadat lain untuk membantu generasi muda memahami agama dan budaya kaum lain.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quram Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya menjelaskan, para ulama berbeza pandangan tentang ziarah rumah ibadat lain tanpa tujuan yang jelas.

IKLAN

DR AHMAD SANUSI

Jelas beliau, para ulama Mazhab Hanafi dan Syafie jelas mengharamkan perbuatan tersebut dengan mempertimbangkan kewujudan gambar-gambar yang menyalahi akidah.

Baca juga Larangan Membersihkan Rumah Ibadat Agama Lain, Ini Sebab-Sebabnya

Ia sebagaimana disebutkan dalam kitab Tuhfatul Muhtaj dan Hasyiah Qalyubi, ungkapnya.

“Ulama Hanbali mula memakruhkan tindakan tersebut sepertimana kata Ibn Taimiyah dalam al-Fatawa al-Kubra iaitu ‘Dan makruh masuk ke gereja yang dihiasi dengan gambar-gambar. Dan pandangan ini benar tanpa syak dan ragu-ragu lagi’.

“Mereka berpegang kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang melarang tindakan tersebut, selain tindakan Saidina Umar RA yang menolak apabila dijemput menunaikan solat di dalam gereja,” katanya dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Hadis yang dimaksudkan itu berbunyi: “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW apabila Baginda melihat gambar-gambar di dalam sesebuah rumah, Baginda tidak masuk ke rumah itu melainkan Baginda akan memerintahkan agar gambar tersebut dihilangkan.” (Sahih al-Bukhari)

Dalam kitab al-Musannaf Abdul Razzaq, Saidina Umar RA dengan lantang memberitahu: “Kami tidak masuk ke gereja kamu disebabkan patung-patung serta gambar-gambar yang terkandung di dalamnya (iaitu yang mempunyai unsur syirik).”

Rumah ibadat lain

SAIDINA UMAR RA pernah menolak apabila dijemput menunaikan solat di dalam gereja. -Gambar hiasan/ Foto: 123RF

Begitupun, Dr Ahmad Sanusi menjelaskan, sebahagian sarjana Muslim pula mengharuskan umat Islam ke gereja atau rumah ibadat lain atas objektif yang jelas seperti membawa misi dakwah atau kumpulan yang datang menjalankan penyelidikan.

“Ia bukan (bertujuan) untuk meredai kekufuran yang dipersembahkan,” tegas beliau.

Lantaran itu, ahli akademik itu menegaskan wakil rakyat Muslim supaya jelas terhadap saranan yang diberikan.

IKLAN

“Ia supaya tidak sewenang-wenangnya mendedahkan umat Islam kepada perkara yang pernah dijauhi oleh Baginda SAW,” ujarnya.

Baca juga Orang Islam tak boleh terlibat projek rumah ibadat lain

3 hukum memasuki gereja

Bagi mendalami hukum memasuki gereja, Sinar Islam Plus merujuk kepada artikel Irsyad Fatwa #248: Hukum Memasuki Rumah Ibadat Agama Lain yang pernah disiarkan oleh laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menerusi artikel berkenaan, para ulama berbeza pandangan dalam hal itu.

Berikut perinciannya:

1. Haram.

Antara yang berpandangan sedemikian ialah Imam Syihabuddin ar-Ramli dan Imam Ibn Hajar al-Haitami.

IKLAN

Para ulama Mazhab Syafie menyatakan, pengharamannya disebabkan atas ‘illah kewujudan patung-patung.

Rumah ibadat lain

PARA ulama Mazhab Syafie melarang umat Islam memasuki gereja disebabkan atas ‘illah kewujudan patung-patung. -Foto: Canva

2. Makruh.

Ia merupakan pandangan sebahagian ulama Mazhab Hanafi berpandangan, solat dalam gereja adalah makruh.

Sementara itu, Ibn Nujaim menukilkan fatwa daripada Ibn al-‘Alaa al-Ansari bahawa kemakruhan memasuki biara Yahudi dan gereja Nasrani adalah kerana ia merupakan tempat perkumpulan syaitan.

Begitupun, pandangan lebih tepat menurut Ibn Nujaim adalah hukumnya makruh tahrimi. Itulah juga pandangan Ibn Taimiyah.

3. Harus.

Demikian pandangan Ibn Qudamah dan al-Mardawi daripada Mazhab Hanbali. Menurut Ibn Qudamah, Hasan al-Basri, Umar Abdul Aziz, Sya’bi dan al-Auza’ie juga berpegang pada pendapat tersebut.

Begitu juga dengan Imam al-Bahuti daripada Mazhab Hanbali yang mengharuskan memasuki gereja dan biara yang tidak mempunyai patung.

Justeru, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Jangan sampai ia menjebakkan diri dalam perkara yang dilarang oleh agama.

***Foto: Canva

IKLAN
gerejaRumah ibadat lainsinarislamplusziarah rumah ibadat lain
Previous

Pegawai Israel dan Palestin setuju wujudkan mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan

March 20, 2023
Next

Tidak sabar meraikan Ramadan dengan gembira adalah tanda Muslim sejati

March 21, 2023

Related posts

GAMBAR ANAK dan IBU
Berita Semasa,

Bapa biadab paksa anak minum arak

by Fatin Fatihah HussinMay 29, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-29T121216.718
Berita Semasa,

Kontroversi ajaran pelik di pesantren Jawa Barat. Jakim tubuh jawatankuasa pemantau

by Fatin Fatihah HussinMay 29, 2023
Ulama tegur
Berita Semasa,

‘Ulama boleh tegur kerajaan’ – Anwar

by Nurulfatiha MuahMay 25, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-24T171039.778
Aqidah, Berita Semasa,

“Malaikat penjaga manusia memang wujud,” – Daie Fuad

by Fatin Fatihah HussinMay 24, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.