Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Berita Semasa, Istimewa Panggilan Baitullah,

Pulau Pinang pernah digelar ‘Jeddah kedua’

by Fatin Fatihah HussinJuly 8, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design (53)
ANGGARAN kos haji pada ketika itu adalah RM1,150 bagi kelas 1, RM1,063 bagi kelas 2 dan RM941 bagi kelas 3.

PADA satu masa dahulu Pulau Pinang merupakan pelabuhan haji yang terpenting di Asia Tenggara. Peri masyhurnya pelabuhan Pulau Pinang hingga mendapat jolokan ‘Jeddah Kedua’. Gelaran itu dirakam di dalam buku Tuhfat an-Nafis (Historiografi Peradaban Melayu) karya Raja Ali Haji pada tahun 1928.

Galeri Haji Pulau Pinang yang bertempat di Lebuh Acheh, George Town banyak menyingkap sejarah mengenai Jeddah kedua itu. Apa yang lebih menarik tempat tersebut dahulunya merupakan markas menjual tiket untuk jemaah haji yang ingin berangkat ke tanah suci sebelum diambil alih oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924 sebagaimana berikut:

Kos menunaikan haji pada Ketika itu adalah sekitar 500 – 600 Ringgit Malaya. Jemaah haji akan bertolak atau mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah). Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

KAPAL merupakan pengangkutan utama kepada jemaah haji pada waktu itu.

Terdapat dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang dengan anggaran tempoh pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 – 17 hari.

Mandi air garam

IKLAN

Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar lima batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah mempunyai banyak batu karang. Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai ‘dhow’ bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya barangan akan dibawa oleh kereta keldai untuk dibawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan. Jemaah haji akan dibimbing oleh Syeikh Haji yang juga bertindak sebagai mutawif.

PELBAGAI cabaran yang harus ditempuhi oleh umat Islam era pra-merdeka untuk menunaikan ibadah haji.

Baca juga LIMA amalan yang nilainya seperti menunaikan haji

Di Kota Jeddah pada ketika itu kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat. Walaupun mempunyai telaga besar sebagai sumber air akan tetapi air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu. Kebanyakan jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

Sebelum bertolak ke Mekah, jemaah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

Jemaah haji akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang dibawa dari tanah air.

Antara cabaran yang paling getir terpaksa dilalui jemaah haji Tanah Melayu, bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

11 perhentian

IKLAN

Apabila sampai di Mekah, perkara pertama yang dilakukan adalah menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

TERDAPAT 11 perhentian yang terpaksa dilalui jemaah haji pada ketika itu, dan setiap perhentian ada cabaran dan dugaanya tersendiri.

Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

Di sekeliling Kaabah, terdapat empat pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah dan perjalanan mengambil masa 13 malam.

Terdapat dua jalan utama dari Mekah ke Madinah yang dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

IKLAN

Elak cuaca panas

Mereka akan memilih untuk melakukan perjalanan pada waktu malam bagi mengelak cuaca panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan berhenti pada pukul 4 pagi.

Sepanjang dalam perjalanan, tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana ia milik puak Arab Badwi. Mereka terpaksa membeli air yang dijual oleh Arab Badwi yang dibawa dengan bekas kulit kambing.

Bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

BETAPA besar pengorbanan yang dilakukan oleh nenek moyang kita untuk sampai dan menempuhi setiap perjalanan melakukan ibadah haji ini. 

Baca juga Ramai salah faham waktu mustajab doa pada Hari Arafah

Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak Badwi. Ada yang ditahan beberapa hari menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh. Abdul Majid sendiri pernah ditahan di Bir Abbas selama sembilan hari.

Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku lagi kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Pelabuhan Jeddah kedua bagi masyarakat Melayu yang bertempat di Pulau Pinang merupakan antara tinggalan sejarah dalam perkembangan syiar Islam di Malaysia.

IKLAN
Previous

LIMA amalan yang nilainya seperti menunaikan haji

July 8, 2022
Next

Dua jenis takbir ketika Aidiladha

July 8, 2022

Related posts

Untitled design - 2022-08-17T175354.272
Berita Semasa, Dalam Negara,

Crackhouse Comedy Club, akhirnya diarah tutup selamanya

by Fatin Fatihah HussinAugust 17, 2022
doa para nabi
Berita Semasa,

9 doa para nabi yang boleh dijadikan amalan harian kita

by Sarrah MohsinAugust 16, 2022
Untitled design - 2022-08-16T170119.569
Berita Semasa,

Tiga kesalahan bergurau yang boleh mendatangkan dosa di media sosial

by Fatin Fatihah HussinAugust 16, 2022
Untitled design - 2022-08-11T175459.741
Berita Semasa,

SULH – Konsep penyelesaian pertikaian terbaik yang diajar Islam

by Fatin Fatihah HussinAugust 11, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.