Hari NAKBA : Peristiwa penting rampasan tanah Palestin bermula
15 MEI merupakan tarikh bersejarah bagi umat Islam khususnya bagi penduduk Palestin.
Hari Nakba (يوم النكبة) merupakan hari di mana negara haram Israel diisytiharkan secara rasminya selepas mereka mendakwa telah memenangi peperangan yang pada hakikatnya hanyalah merampas negara Palestin.
Pengisytiharan penubuhan negara haram turut diraikan oleh Zionis laknatullah sebagai hari kemerdekaan bagi mereka.
Pada hari ini, ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
Episod kejam ini juga menyaksikan ribuan nyawa terkorban, rumah-rumah dirobohkan, harta rakyat dirampas, kenderaan awam dimusnahkan serta pelbagai lagi kekejaman yang terbukti meragut hak asasi sebagai rakyat di bumi sendiri.
Sementara itu, memetik portal UmmahToday, dilaporkan ribuan rakyat Palestin berkumpul di Tebing Barat pada Isnin bagi memperingati ulang tahun ke-75 Nakba.
Di tengah-tengah Tebing Barat yang dijajah di bandar Ramallah, ratusan orang berkumpul di luar Makam Presiden Yasser Arafat dan mengibarkan bendera Palestin, sepanduk hitam bertulis ‘Kembali’ serta imej kunci bagi menuntut kembali hak mereka.

HARI ini, ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
Penduduk kemudiannya berarak ke Dataran Manara di pusat bandar Ramallah di mana perhimpunan utama diadakan bagi memperingati tragedi tersebut.
Peringatan Nakba tahun ini diadakan ketika ketegangan sedang memuncak yang meragut lebih 152 nyawa penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita sejak awal tahun.
Baca Juga Tiga lagi pemimpin jihad Islam Palestin gugur syahid
PBB memperingati Hari Nakba
Buat pertama kali dalam sejarah juga, PBB turut memperingati Hari Nakba di ibu pejabat agensi itu di New York selepas sebuah resolusi diluluskan pada November lalu.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang memegang status pemerhati badan tersebut juga diberi peluang untuk berucap ketika sesi khas Jawatankuasa Pelaksanaan Hak-Hak Tidak Boleh Dipisahkan Penduduk Palestin.
“Kami menuntut Israel menghormati resolusi antarabangsa atau keanggotaan Israel digantung di PBB,” katanya merujuk kepada ratusan resolusi PBB yang dilihat sebagai jaminan kepada hak penduduk Palestin.
Baca Juga Ceroboh dan serang hospital, Israel terus mengganas pada hari pertama Ramadan di Palestin

TANGGAL 15 Mei, ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
Beliau menegaskan Nakba tidak bermula pada 1948 dan tidak pernah berakhir selepas tarikh itu.
“Rejim Tel Aviv menggunakan kuasa penjajah mereka untuk meneruskan penindasan ke atas penduduk Palestin dan berterusan menafikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air,” tegasnya.
Baca Juga 5 daerah di Palestin yang diranapkan dengan kejam, kini berganti bangunan milik Israel
Difahamkan, kira-kira dua juta penduduk atau lebih 20 peratus populasi di Tel Aviv adalah penduduk Palestin dan keturunan mereka yang kekal di wilayah tersebut selepas penubuhan negara Israel.
Menurut PBB juga, kini terdapat 5.9 juta pelarian Palestin yang tinggal di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.