Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa,

Ceroboh dan serang hospital, Israel terus mengganas pada hari pertama Ramadan di Palestin

by Fatin Fatihah HussinMarch 24, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-24T162451.275
KETIKA dunia Islam sedang meraikan kedatangan Ramadan pada hari ini, tentera Israel melancarkan kempen besar-besaran pencerobohan ke Tebing Barat yang diduduki dan menangkap 28 rakyat Palestin. FOTO : REUTERS

KETIKA dunia Islam menyambut kedatangan bulan suci Ramadan, tentera Israel melancarkan kempen pencerobohan besar-besaran ke Tebing Barat yang diduduki dan menangkap 28 rakyat Palestin.

Memetik portal Arab News, lebih kejam, tentera Israel secara intensif melontar peluru gas pemedih mata ke arah sebuah hospital di Ramallah, menjejaskan berpuluh-puluh pesakit, termasuk bayi baru lahir dalam inkubator, dan kakitangan perubatan, dengan pesakit mengadu sakit dada akut.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila dalam kenyataan pada Rabu (22 Mac) menyeru institusi hak asasi manusia dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah bertindak segera terhadap serangan Israel yang semakin meningkat ke atas pusat kesihatan, pesakit dan kakitangan ambulans.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata bahawa sejak awal tahun ini, berpuluh-puluh kes serangan secara sengaja di pusat rawatan di pelbagai muhafazah telah didokumenkan.

“Ambulans disasarkan dan kru telah dihalang daripada mendapatkan dan merawat orang ramai yang cedera, yang membawa kepada kecederaan berpuluh-puluh pesakit di dalam pusat rawatan dan semasa pemindahan mereka antara bandar dan pusat perubatan,” katanya.

IKLAN

POLIS Israel menyerang penduduk Palestin berhampiran Gerbang Damsyik di Baitulmaqdis Timur pada 15 Jun 2021 (AFP). 

Salah seorang mangsa yang berada di dalam hospital terbabit, ibu kepada seorang kanak-kanak yang sakit berkata: “Kami tidak tidur sepanjang malam kerana gas beracun yang dilepaskan oleh pasukan pendudukan ke arah hospital.

“Anak saya masih mengalami kesannya. Bau gas beracun itu masih berlegar di wad pesakit, menghalang kerja jururawat.”

Salah seorang pesakit pula memberitahu bahawa bau gas membuatkan dirinya sesak nafas dan sakit di bahagian dada.

Baca Juga Tidak sabar meraikan Ramadan dengan gembira adalah tanda Muslim sejati

Saksi kejadian melaporkan bahawa kawasan yang paling terjejas adalah unit pembedahan jantung, resusitasi dan jabatan kanak-kanak.

IKLAN

Korban pertama rakyat Palestin Ramadan

Seorang lelaki Palestin berusia 25 tahun dikenali sebagai Ameer Abu Khadeja telah ditembak dan dibunuh semasa serbuan dan pengepungan tentera Israel ke atas rumahnya di perkampungan Izbat Shoufa, tenggara bandar Tulkarm di utara Tebing Barat.

LELAKI Palestin, Ameer Abu Khadeja telah ditembak dan dibunuh semasa serbuan dan pengepungan tentera Israel ke atas rumahnya. FOTO: FAJARTV

IKLAN

Kementerian Kesihatan berkata Abu Khadeja dibawa ke hospital di Tulkarm selepas dia terkena tembakan di kepala yang menyebabkan tengkoraknya luka dan otaknya keluar dari kepalanya.

Dia juga ditembak di bahagian bawah kaki.

Baca Juga Pegawai Israel dan Palestin setuju wujudkan mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan

Murad Droubi, seorang aktivis tempatan, berkata pasukan tentera Israel menyerbu kampung itu, menutup pintu masuk utama dan menghalang pergerakan orang ramai serta kereta.

Saksi berkata bunyi tembakan kedengaran semasa pengepungan rumah yang mengakibatkan Abu Khadeja terbunuh.

Pasukan pendudukan Israel telah membunuh 90 rakyat Palestin sejak awal tahun, termasuk 17 kanak-kanak bawah umur, dua lelaki warga emas dan seorang wanita.

IKLAN
Previous

(Video) Boleh ke ibu yang menyusukan anak berpuasa?

March 24, 2023
Next

Ini 7 kehebatan Ramadan yang perlu kita rebut

March 27, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-29T153259.941
Antarabangsa,

Teruja jadi muzawwir haji, pelajar Malaysia timba pengalaman baru

by Fatin Fatihah HussinMay 29, 2023
GAMBAR PORTAL FB (97)
Antarabangsa,

Sambung ayat ikut urutan hijaiyyah, dua huffaz buktikan kehebatan

by Fatin Fatihah HussinMay 19, 2023
GAMBAR PORTAL FB (89)
Antarabangsa,

Masjid-e-Taqwa hasil restorasi dan renovasi gereja yang telah 150 tahun terbiar

by Fatin Fatihah HussinMay 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (83)
Antarabangsa,

Hari NAKBA : Peristiwa penting rampasan tanah Palestin bermula

by Fatin Fatihah HussinMay 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.