Author

Syurga
Isu,

Ketahui lima ganjaran di syurga sebagai motivasi ibadah

DARIPADA sekian banyak nikmat syurga yang tidak terhitung, ada lima ganjaran yang disediakan dan mampu memberi motivasi kepada umat Islam untuk menggandakan ibadah.

Berbeza dengan para Nabi dan Rasul, kita sebagai orang biasa selalu hilang kenikmatan dalam beribadah gara-gara  tidak dapat memahami dan melihat gambaran di sebalik keindahan syurga.

Rasulullah SAW sentiasa bercerita mengenai syurga untuk memberi rangsangan dan mendorong semua umatnya untuk menjadi penghuni syurga.

Keinginan untuk memasuki syurga mendorong manusia untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin agar amalan yang dibawa mencukupi. Firman ALLAH SWT yang termaktub ialah:

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; setiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 25)

Memetik artikel Al-Afkar siri ke-107 yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada mencatatkan enam ganjaran di syurga.

1. Nikmat melihat ALLAH

Nikmat melihat ALLAH ini merupakan sebesar-besar kelazatan (al-lazzah al-kubra) yang akan menyebabkan sekalian ahli syurga lupa kepada nikmat-nikmat yang lain.

SEMUA penghuni di syurga akan terdiam, tergamam dan terperanjat apabila mendengar kalimah daripada ALLAH.

Antara dalil yang paling jelas lagi nyata ialah firman ALLAH yang bermaksud: “Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri, melihat kepada Tuhannya. (Surah al-Qiyamah, ayat 22-23)

Baca juga Jika tinggalkan suruhan ALLAH, tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah

2. Mendapat apa yang dikehendaki

Antara kenikmatan syurga yang menarik ialah segala kehendak penghuninya akan ditunaikan oleh ALLAH. Ia jelas menerangkan bahawa penghuni syurga dapat memperoleh segala kebaikan dan kebahagiaan yang hakiki di akhirat.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Mereka mendapat semua yang mereka mahu. Demikianlah ALLAH membalas orang-orang yang bertakwa.” (Surah An-Nahl, ayat 31)

Ayat tersebut menujukkan bahawa syurga merupakan tempat yang terangkum di dalamnya segala kemahuan manusia sama ada kenikmatan makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.

Penghuni syurga tidak perlu berdoa dan meminta kepada ALLAH untuk mendapatkan sesuatu kerana seluruh kenikmatan yang terdapat di syurga adalah milik penghuninya dan ALLAH akan menunaikan setiap keinginan ahli syurga sebelum mereka meminta kepada-NYA.

3. Keindahan bilik di syurga

ALLAH menyediakan syurga yang cantik sehingga jelas kelihatan butiran di dalamnya untuk manusia yang suka mengajak orang lain makan, lembut tutur katanya, sentiasa menjaga puasanya dan rajin berjaga malam untuk solat sunat.

Hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Qais, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Bagi orang Mukmin ALLAH sediakan bilik yang indah di dalam syurga dalam keadaan mutiara yang menjulang tinggi, jaraknya sepanjang 60 hasta dan ia memiliki keluarga yang bergilir-gilir memasuki bilik itu tanpa dapat dilihat oleh orang lain.”

Keindahan ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan hanya dilihat oleh sesiapa sahaja yang berjaya menjadi ahli syurga.

Baca juga Tiada haruman syurga kalau bermusuh sesama adik beradik

4. Didampingi bidadari syurga

Penghuni syurga turut mendapat ganjaran nikmat didampingi bidadari kerana akhlak yang ada pada diri mereka selari dengan keindahan akhlak bidadari.

Akhlak manusia dan bidadari menjadi erat dan kuat sehinggakan kemuncak hidupnya menjadi cinta, mahkotanya akhlak, jasadnya jujur serta lisannya puji dan syukur di dalam hidupnya.

DI akhirat nanti, para penghuni syurga akan dikelilingi oleh bidadari syurga dan ia merupakan antara lima ganjaran yang akan diberikan. 

Bidadari ini akan menemani penghuni syurga dan tidak liar pandangannya kecuali kepada suaminya sahaja. Putih bersihnya keadaan diri bidadari di dalam bilik di rumah yang indah sebagaimana firman ALLAH di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 72 dan 74:

“Bidadari yang hanya tinggal di dalam khemah-khemah. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.”

5. Menikmati makanan yang lazat

Di syurga, ALLAH akan menghidangkan kepada penghuninya makanan-makanan terbaik yang lebih lazat berbanding makanan di dunia.

Ia merupakan ganjaran di atas amal ibadah dan ketakwaan mereka melaksanakan perintah-NYA dan menjauhi larangan-NYA. Antara makanan yang akan dinikmati oleh penghuni syurga ialah:

a) Makanan yang paling enak

Firman ALLAH dalam surah al-Haqqah ayat 24 yang bermaksud: “(Kepada mereka dikatakan), Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu.”

b) Buah-buahan.

Firman ALLAH yang bermaksud dalam Surah Muhammad ayat 15: “Dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.”

c) Daging

Firman Allah dalam surah al-Waqiah ayat 20 dan 21 ada menyatakan bahawa: “Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.”

e) Arak yang tidak membahayakan

“Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya bagi orang-orang yang meminumnya. Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.” (Surah As-Saffat, ayat 45-47)

f) Air susu dan madu

“Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut) ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya). Dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.” (Surah Muhammad, ayat 15)

Masya-ALLAH, ayuh kita berusaha untuk memperbanyakkan amal sehingga melayakkan diri ke syurga kerana lima ganjaran di  itu sangatlah indah yang tidak dapat digambarkan dengan mata kasar.

Foto: Canva

Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (10)
Isu,

Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika haid

KETIKA tempoh haid berlangsung, ramai wanita mengeluh kerana tidak dapat melakukan amal ibadah walhal banyak lagi amalan yang boleh dilaksanakan.

Jangan kecewa. Anda masih berpeluang untuk meraih pahala.

Tapi itulah fitrah wanita, sebagaimana Aisyah RA juga pernah menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan haji widak. Rasulullah SAW menenangkan hati Aisyah dengan berkata:

“Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan ALLAH SWT ke atas wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Memetik artikel Irsyad Fatwa siri ke-136 yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada memaparkan beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika sedang haid:

1. Banyakkan berzikir

Berzikir adalah salah bentuk amalan yang boleh diamalkan ketika wanita dalam haid. Ia merupakan amalan yang sangat mudah dan apabila seseorang melafazkannya dengan beberapa perkataan, ALLAH akan memberi ganjaran yang amat besar.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Tidak ada kaum atau seseorang yang berzikir kepada ALLAH kecuali mereka di kelilingi oleh malaikat-malaikat, diliputi oleh Rahmat, turun kepada mereka ketenteraman, dan ALLAH menyebut mereka sebagai orang-orang yang di sisi-NYA.”

Antara zikir mudah yang boleh diamalkan ialah zikir Fatimah iaitu:

a) Subhanallah (33 kali)

b) Alhamdulillah (33 kali)

c) Allahu Akbar (33 kali)

Baca juga Pendekatan Major 9 ajak umat Islam berzikir

2. Berdoa

Ketika haid, wanita tidak dapat menunaikan solat namun masih boleh berdoa. Ia boleh dilafazkan dengan apa juga bahasa dan pada bila-bila masa.

Berdoa merupakan satu cara untuk para wanita mengumpul pahala sebanyak yang mungkin dengan memohon perkara yang baik daripada ALLAH.

WANITA yang dalam keadaan datang bulan boleh memohon doa kepada ALLAH kerana ia merupakan salah satu cara untuk mengumpul pahala ketika haid.

Dalam sebuah hadis Riwayat at-Tirmidzi, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak qada ALLAH kecuali doa dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan.”

3. Berselawat ke atas Nabi

Berselawat ke atas Nabi boleh dilakukan walaupun ketika haid. Selawat yang kita ucapkan akan sampai kepada Rasulullah. Ia juga adalah bukti kecintaan dan ingatan kita terhadap Baginda.

Selawat yang paling mudah dan ringkas yang boleh diamalkan ialah:

Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Aali Muhammad

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Semudah berselawat, dosa akan terhapus. Sememangnya ALLAH sangat suka memberikan kemaafan kepada hamba-hamba-NYA yang rajin berselawat.

4. Istighfar

Ketika seseorang sedang haid, ALLAH sedang memberi cuti untuk menunaikan solat. Oleh itu, ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini.

Baca juga Banyak rupanya kelebihan istighfar yang ramai tak sedar…

BANYAKKAN memohon taubat serta keampunan dari ALLAH.

Banyakkan memohon taubat serta keampunan daripada ALLAH dengan istighfar. Sebutlah ‘astaghfirullah hal ‘aziim’. Sebagaimana Ibnu Abbas RA menyebut dalam sebuah hadis, bahawasanya Rasulullah bersabda:

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka ALLAH akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad)

5. Menambahkan ilmu agama

Dengan perkembangan teknologi masa kini, segalanya sudah berada di hujung jari kerana berada dalam keadaan haid tidak menghalang seseorang untuk menimba ilmu.

Perkara yang boleh dilakukan ialah mengikuti kelas agama serta rancangan agama yang disiarkan di radio dan televisyen agar dapat mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH menujukkan jalan menuju syurga baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga tiada lagi Muslimah yang ragu-ragu untuk menambah amalan dan pahala serta terus mendekatkan diri dengan ALLAH meskipun sedang datang bulan.

Foto: Sinar Plus, Canva

Hutang puasa
Antarabangsa,

Arab Saudi tutup permohonan haji bagi jemaah domestik

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi telah menutup pendaftaran haji bagu jemaah domestik untuk musim haji tahun ini. Nama-nama yang terpilih akan diumumkan selepas cabutan dibuat tidak lama lagi.

Memetik laporan dari Arab News, Penolong Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Hesham Saeed berkata, jumlah permohonan haji oleh penduduk tempatan yang tinggal di negara itu mencapai lebih 390,000 permohonan.

Katanya, pemilihan akan dibuat secara e-cabutan dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji sebelum ini.

“Proses pengasingan dan e-cabutan akan dimulakan dengan jemaah haji yang memenuhi syarat yang telah diumumkan oleh kementerian sebelum ini.

Baca juga 6 ciri dalam aplikasi Muslim Pro ini bakal bantu jemaah haji

“Jemaah haji domestik yang berjaya dalam permohonan ini akan menerima pengesahan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) pada peranti berdaftar mereka yang mengatakan bahawa mereka telah dipilih untuk menunaikan haji.

“Penama akan diberi masa 48 jam untuk menyelesaikan pembayaran yuran  pakej terpilih dan permit haji akan dikeluarkan kepada mereka yang layak ” ujarnya.

Menariknya, Kementerian itu juga telah menurunkan harga bagi tiga pakej hospitaliti musim haji tahun ini iaitu bagi pakej `Al-Abraj’ kini berharga 13,943.75 riyal (RM16,419.13) bagi setiap jemaah.

Jelasnya lagi, harga baharu bagi pakej ‘Developed Tents’ adalah sebanyak 11,970.35 riyal (RM14,095.33) manakala bagi pakej ‘Undeveloped Tents’ pula berharga 9,098.80 riyal (RM10,714.02) bagi setiap jemaah.

Pendaftaran dibuka untuk jemaah domestik ini pada awal Jun melalui aplikasi “Eatmarna” dan melalui laman web kementerian.

Baca juga Kos ibadah haji tahun ini dijangka meningkat

Kementerian menetapkan bahawa mereka yang ingin mendaftar haji, sama ada warganegara atau bermastautin hendaklah berumur tidak melebihi 65 tahun dan menunjukkan imunisasi lengkap dalam aplikasi “Tawakkalna”.

Jemaah haji dari negara ini boleh mendaftarkan data mereka dengan menyerahkan dokumen rasmi seperti pasport dan kertas vaksinasi untuk memudahkan perjalanan jemaah domestik ini untuk menunaikan haji.

Foto: Canva

Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (6)
Isu,

4 amalan ini akan memberatkan amalan di akhirat

DUNIA ibarat mazra’atul akhirat iaitu ladang yang diusahakan untuk bercucuk tanam bagi menuai hasilnya di akhirat. Justeru setiap amalan umat Islam di muka bumi ini akan membantu memberatkan amalan kebajikan di akhirat kelak.

Bekalan yang dibawa mestilah berdasarkan sumber yang sahih iaitu dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulama dan bukanlah bekalan yang boleh menyebabkan kita terjerumus ke neraka.

Di dalam al-Quran ada diterangkan ancaman daripada ALLAH SWT yang jelas sangat menakutkan kepada pelaku maksiat.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras dan kasar (layanannya).  (Surah at-Tahriim, ayat 6)

Menerusi perkongsian daripada pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar, di laman sosial YouTubenya ada empat amalan yang dapat membantu memberatkan timbangan di akhirat.

1. Melaksanakan solat sunat rawatib ba’diyah dan qabliyah

Solat sunat rawatib adalah merujuk kepada solat-solat sunat yang mengiringi dan mengikuti solat fardu, sama ada sebelum atau selepas solat fardu lima waktu.

SOLAT sunat raawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardu sama ada sebelum atau selepas solat fardu.

Solat Rawatib ini terbahagi kepada dua, iaitu:

a) Solat sunat Qabliyyah (solat sunat sebelum solat fardu)

b) Solat sunat Ba’diyyah (solat sunat selepas solat fardu)

Jika berkesempatan, lakukan solat sunat ini. Hal ini kerana, ALLAH telah berjanji mengharamkan neraka bagi mereka yang melaksanakannya. Daripada Ummu Habibah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengerjakan solat 4 rakaat sebelum Zuhur (Qabliyyah) dan 4 rakaat selepasnya (ba’diyyah), ALLAH akan mengharamkan neraka baginya.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

2. Puasa

Puasa yang dilakukan dengan ikhlas mengikut tuntutan syarak akan menerima ganjaran pahala yang amat besar dan membantu memberatkan amalan di akhirat kelak. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Di syurga terdapat lapan pintu, diantaranya ada pintu yang bernama ar-Rayyan. Tidak diizinkan masuk melaluinya kecuali orang-orang berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Status puasa apabila meninggalkan solat

Pahala puasa akan hanya digunakan apabila kita menghadapi timbangan amal (mizan) untuk menimbang dosa dan pahala di hadapan ALLAH. ALLAH membayarnya dengan pahala puasa dan hanya DIA sahaja yang MAHA MENGETAHUI nilai tersebut.

Perkara ini dinyatakan di dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

Firman ALLAH yang bermaksud: “Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuk-NYA, kecuali puasa, ia adalah kepunyaanKU, dan AKU-lah yang akan membalasnya. Dan bagi orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan.

“Satu kegembiraan ketika berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika menemui Tuhannya (menerima balasan yang telah dijanjikanNYA). Dan sesungguhnya bau yang keluar dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH daripada kasturi.” (Hadis Riwayat Tabrani)

3. Akhlak yang baik

Antara akhlak baik yang boleh kita amalkan ialah dengan memiliki sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, amanah, sabar, zuhud, qanaah, syukur, dan reda dengan takdir yang ALLAH tentukan.

Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Rasulullah pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab, “Takwa kepada ALLAH dan akhlak yang mulia.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Baca juga Akhlak Di Laman Sosial Adalah Cerminan Status Hati Kita. Sama-Sama Kita Renungkan

4. Membaca Ayat Kursi

Berilah sedikit ruang waktu untuk membaca ayat Kursi selepas mengerjakan solat fardu kerana ia sangat mudah dan ringkas yang boleh dijadikan amalan.

ORANG yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara oleh ALLAH sebagaimana dia memelihara Nabi Muhammad.

Daripada Sayyidina Abu Umamah (al-Bahili) RA berkata: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang membaca Ayat Kursi setiap kali selepas solat fardu, tidak ada yang boleh menghalangnya daripada memasuki syurga kecuali kematian.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i).

Marilah kita pertingkatkan amal-amal soleh kita dan lakukanlah dengan ikhlas semata-mata kerana ALLAH.  Pertingkatkan empat amalan kebaikan seperti di atas sebagai usaha-usaha kita untuk memberatkan timbangan amal pahala kita untuk menghadapi alam akhirat yang kekal selamanya.

Foto: Canva

Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (3)
Hukum,

Besarnya ganjaran pahala solat jenazah

BESARNYA ganjaran pahala solat jenazah jika dilakukan kerana hukum menunaikannya adalah fardu kifayah. Ini bermaksud jika di suatu kawasan tersebut ada yang melakukannya, maka orang lain terlepas kewajiban untuk melaksanakannya.

Seringkali juga kita melihat tatkala jenazah sedang disolatkan, ramai yang sekadar menjadi pemerhati sedangkan ganjaran pahala bagi mereka yang solat jenazah amat besar.

Ia juga merupakan tuntutan yang besar di sisi ALLAH SWT untuk memberi penghormatan terakhir kepada saudara Islam yang telah meninggal dunia. Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa mengiringi jenazah seorang muslim, kerana iman dan mengharapkan balasan dan dia bersama jenazah tersebut ketika disolatkan dan sehingga selesai dari penguburannya, maka dia pulang dengan membawa dua qirat, setiap qirat setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barangsiapa menyembahyangkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Pahala sebesar Gunung Uhud ini diperoleh jika dilakukan di tempat atau masjid selain Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan dilakukan di luar bulan Ramadan. Cuba bayangkan jika ia dilakukan di empat tempat ini:

Baca juga Ambillah peluang, tunaikan solat jenazah untuk saudara seagama kita. Ini sebab-sebabnya 

a) Masjidil Haram – Satu sembahyang digandakan menjadi 1,000,000 sembahyang di tempat lain.

b) Masjid Nabawi – Satu sembahyang digandakan menjadi 1,000 sembahyang di tempat lain.

c) Pada bulan Ramadan – Satu sembahyang fardu digandakan menjadi 70 sembahyang fardu yang dilakukan di luar bulan Ramadan.

d) Secara berjemaah – Satu sembahyang berjemaah mendapat pahala 25 atau 27 ganjaran.

Satu qirat itu besarnya adalah sebesar satu gunung Uhud. Gunung tersebut terletak lebih kurang 4 km daripada Masjid Nabawi. Ia merupakan gunung terbesar di Madinah dan terletak di utara Madinah. Panjang gunung itu mencapai 7 km, lebar 3 km, dan tinggi 1,077 meter.

PENDUDUK Madinah menyebut gunung uhud dengan ‘Jabal  Uhud’ yang bermaksud gunung yang tersendiri.

Ia adalah dalam bentuk pahala yang jika dikumpulkan adalah sebesar gunung Uhud yang akan membantu seseorang di akhirat. Semua perkara yang melibatkan hal-hal agama akan  diberi ganjaran pahala oleh ALLAH.

Hal ini menunjukkan betapa besarnya pahala mereka yang solat jenazah dan juga sesiapa yang mengiringi jenazah sehingga dikebumikan. Tetapi masih ramai lagi yang mengabaikan dan tidak mengetahui akan ganjaran pahala solat jenazah.

Kewajipan menghormati jenazah yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad sudah tentu berdasarkan alasan yang kukuh. Berikut adalah beberapa sebab mengapa Nabi begitu tegas memerintahkan umatnya untuk memuliakan jenazah:

1. Kedudukan manusia sebagai khalifah di bumi

Manusia diberi kedudukan yang mulia sebagai Khalifah di muka bumi, sebagaimana dalam al-Quran, ALLAH berfirman kepada para malaikat yang bermaksud: “Sesungguhnya AKU hendak menjadikan di muka bumi seorang khalifah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 30)

Predikat manusia sebagai ‘Khalifah’ ini terus dibawa hingga manusia telah menjadi jenazah, ia jelas menujukkan bahawa di dalam Islam jenazah manusia tidak sama dengan bangkai binatang. Meski sudah tidak bernyawa, manusia berhak dihormati hingga ke akhir hayatnya.

2. Menghormati sang pencabut nyawa

Menghormati jenazah tidak hanya kepada orang yang sudah mati sahaja, melainkan ditujukan juga kepada sang pencabut nyawa, yakni ALLAH dan para malaikat. Ketika rombongan yang membawa jenazah orang yahudi melewati Rasulullah yang tengah duduk bersama para sahabat, Baginda lantas berdiri.

Hal ini disebut di dalam hadis yang bermaksud: “Rasulullah dan para sahabatnya berdiri ketika jenazah orang yahudi (lalu di hadapan mereka) hingga jenazah itu berlalu.” (Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat Baginda ada bertanya: “Ya Rasulullah, jenazah orang kafir berlalu di hadapan kami, apakah kami perlu berdiri?” Nabi segera menjawab, “Ya, berdirilah. Sesungguhnya kamu berdiri bukanlah untuk menghormati mayatnya tetapi menghormati yang merenggut nyawa-nyawa.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Baca juga Teladani cara Rasulullah SAW dan solafussoleh ‘dekat’ dengan ALLAH

3. Kematian bersifat dahsyat

Kematian merupakan perkara yang serius dalam Islam. Manusia akan segera mendapatkan ganjaran dari perbuatannya selama didunia. Sebagaimana dalam hadis yang menyatakan: “Sesungguhnya kematian itu adalah Faza (dahsyat), maka jika kalian melihat jenazah, maka berdirilah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kita tidak mengetahui apa yang dihadapi atau yang terjadi di liang lahat, apakah jenazah dalam keadaan selamat atau sedang mendapat siksaan dari para Malaikat. Oleh itu, kita hendaklah menghormati jenazah sebagaimana kita menghormati kematian itu sendiri.

Banyak lagi kelebihan yang akan diperoleh sekiranya menunaikan solat jenazah. Sama ada kelebihan kepada diri sendiri mahupun kepada si mati. Sebagai umat Islam, usahlah ragu dan takut untuk bersama-sama mengimarahkan solat jenazah kerana ALLAH telah menyediakan ganjaran yang hebat buat semua muslimin yang melaksanakannya.

Foto: SirapLimau & Canva

Blue cupcake photo collage (770 × 513px)
Isu,

Kacak tapi HARAM? Mari hindari 5 perkara ini

KACAK tapi haram? Setiap di antara kita ingin kelihatan cantik dan kacak tetapi apakah yang dimaksudkan dengan lelaki kacak tapi penampilan sebegitu sebenarnya haram?

Ia bermaksud apabila seseorang lelaki melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam untuk kelihatan elok di hadapan orang lain.

Dalam masa yang sama sifat semulajadi manusia mahukan suatu pembaharuan yang menepati dengan kemodenan yang sedia ada, maka berlakunya krisis identiti dalam diri masyarakat Islam sehingga menyebabkan mereka mengikut cara pemakaian masyarakat barat walaupun tahu ia adalah haram.

Maka inilah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Uqbah bin ‘Amru al-Ansori bahawa:

“Apabila seseorang tersebut sudah hilang akan sifat malunya, maka lakukanlah apa yang dia suka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maktabah al-Bakri siri ke 626 dan 770 ada menjelaskan mengenai pengharaman beberapa perkara bagi lelaki Islam seperti berikut:

1. Lelaki memakai rantai emas

Haram hukumnya bagi lelaki memakai emas sebagai perhiasan. Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Telah dihalalkan emas dan sutera asli bagi perempuan di kalangan umatku dan diharamkan (keduanya) bagi lelaki.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang beriman dengan ALLAH SWT dan hari akhirat, maka janganlah memakai sutera asli dan emas.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Baca juga Larangan pakai rantai, subang di luar tudung

Adapun jika seorang lelaki memakai emas kerana hajat ataupun darurat, seperti kerana masalah kesihatan, maka ia dibolehkan.

2. Memakai gelang kecuali untuk kesihatan

Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat daripada emas. Sama ada ia diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan seperti juga rantai atau subang.

Oleh yang demikian, lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar.

Rasulullah melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas RA, katanya yang bermaksud: “Rasulullah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

3. Memakai inai walaupun di hari pernikahan

HARAM hukumnya kaum lelaki memakai inai pada tangan atau kakinya.

Inai adalah perhiasan bagi wanita dan bukannya untuk lelaki. Rasulullah pernah membuang daerah seorang lelaki mukhannas yang mengenakan inai pada kedua tangan dan kakinya. Peristiwa tersebut ada dijelaskan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Sesungguhnya Nabi telah didatangkan kepada Baginda seorang mukhannas yang mana telah menginai kedua tangan dan kakinya. Maka berkata Nabi SAW: “Apa halnya dengan lelaki ini?” Maka dikatakan:

“Ya Rasulullah, lelaki ini menyerupai wanita.” Lalu Rasulullah mengarahkan agar lelaki tersebut dibuang daerah ke al-Naqii’. Maka mereka berkata: “Ya Rasulullah, mengapa kita tidak membunuhnya?”. Maka jawab Baginda: “Sesungguhnya aku dilarang untuk membunuh orang yang solat.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Baca juga Apakah sebenar hukum wanita mewarnakan kuku menurut Islam?

4. Berpakaian seperti wanita

Kebelakangan ini, ramai lelaki Islam yang berpakaian seperti wanita atau wanita Islam yang berpakaian menyerupai lelaki menjadi satu kebiasaan bagi mempromosikan barang atau untuk membuat bahan jenaka.

Ini kerana, mereka merasakan bahawa perkara itu tidak bercanggah kerana mereka bukan menjadi wanita atau lelaki sebenar dan hanya berpakaian sahaja.

Larangan bagi seorang lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya ada di dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah yang bermaksud: “ALLAH melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Perlu kita ketahui bahawa pakaian yang dikhususkan kepada wanita atau pakaian yang dikhususkan kepada lelaki dalam sesebuah masyarakat menjadi haram jika dipakai oleh berlainan jantina.

5. Memakai seluar di atas lutut

Seperti yang diketahui aurat bagi kaum lelaki adalah antara pusat hingga lutut. Namun, sesetengah lelaki mengabaikannya seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan lainnya yang menampakkan paha yang termasuk zon aurat.

Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahayanya.

MEMAKAI seluar di atas lutut yang menampakkan aurat hanya boleh dilakukan di depan isteri atau hamba sahayanya. 

Sebenarnya kita boleh saja mengelak diri daripada kesalahan dalam pakaian seharian. Kita seharusnya peka dan memastikan pakaian yang dipakai adalah bersesuaian dan tidak melanggar batas aurat di dalam Islam.

Namun ada yang masih berkeras untuk tetap memakainya tanpa merasa takut dengan kemurkaan ALLAH walhal dia tahu akan perkara tersebut adalah haram di sisi Islam seperti memakai seluar di atas lutut bagi lelaki yang jelas menampakkan aurat.

Umat Islam janganlah hanya mementingkan dunia sahaja dan melanggar hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh agama. Bersegeralah bertaubat kepada ALLAH kerana ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT hamba-hamba-NYA.

Foto: Pexels & Canva

Untitled design (17)
Hukum,

Jangan lakukan kesilapan ini ketika solat

KESILAPAN yang dilakukan ketika solat akan mendatangkan kerugian kerana ia boleh mengurangkan pahala sembahyang yang hanya akan merugikan diri.

Salah satu jalan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala sembahyang adalah dengan mengelakkan diri daripada melakukan perkara makruh kerana mendirikan solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan yang tidak elok.

Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

Dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.”

Oleh yang demikian, dengan mempelajari secara mendalam tentang setiap perkara yang berkaitan dengan sembahyang akan dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan perkara makruh.

Menerusi artikel Al-Kafi siri ke 880 dan 883 yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyebut mengenai 5 kesilapan ketika solat dan hukumnya adalah makruh jika dilakukan.

Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak? 

1. Mengangkat pandangan ke langit

Terdapat larangan ke atas perbuatan memandang ke langit semasa solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apalah masalahnya dengan kelompok manusia yang mengangkat pandangan mereka ke langit di dalam solat mereka.”

Baginda menegaskan kenyataan ini dengan katanya:

“Hendaklah mereka berhenti dari melakukan hal tersebut atau akan dihilangkan penglihatan mereka (menjadi buta).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis di atas ini jelas menunjukkan penegahan yang kuat terhadap perbuatan memandang ke langit semasa sedang mendirikan solat dan makruh hukumnya seseorang itu tidak memandang ke tempat sujudnya semasa solat.

2. Menoleh ke kiri dan kanan

Berpaling dalam solat apabila diiringi oleh seluruh anggota badannya sehingga berpaling dari arah kiblat menjadikan solat seseorang itu tidak sah.

Jika hanya memalingkan kepalanya, maka hukumnya adalah makruh, kerana perbuatan ini mengurangkan nilai khusyuk ketika solat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Aisyah RA katanya yang bermaksud:

Saya bertanya kepada Rasulullah tentang menoleh dalam sembahyang. Maka Baginda bersabda: “Ia merupakan sebuah curian yang dilakukan syaitan terhadap solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Seperti yang diketahui, syaitan adalah musuh yang nyata. Jika dia mendapat peluang untuk mengalihkan perhatian orang yang sedang solat, dia segera membisikkan godaannya kepada umat Islam yang sedang bersolat.

3. Menguap ketika solat

Rasulullah adalah suri teladan yang baik dan sempurna bagi umatnya, baik dalam perkara besar mahupun kecil. Baginda sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada umatnya dalam melakukan sesuatu perkara termasuk dari segi menguap.

MENGUAP tidak membatalkan solat selagi mana ia tidak menganggu ucapan dan perbuatan solat tersebut.

Umat Islam mungkin sering lupa atau sengaja tidak menutup mulut ketika menguap, membiarkan mulut terbuka luas tanpa menutupnya dengan tangan dan hal tersebut adalah tidak baik.

Dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan. Jika kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar).” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Muslim)

Dan seeloknya juga, hentikan bacaan ketika sedang menguap. Usai menguap barulah sambung kembali bacaannya.

Jelaslah, Islam menyuruh umatnya menahan menguap ketika solat kerana itu adalah gangguan daripada syaitan yang sentiasa berusaha ingin menyesatkan manusia. Tidak kira menahan dengan menggunakan gerakan mulut ataupun menggunakan tangan.

Baca juga Ibu bapa tanggung dosa anak-anak tinggalkan solat?

4. Menahan air besar atau kecil

Makruh mendirikan sembahyang dengan keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau air besar dan membuang angin (menahan dari kentut). Bahkan menjadi haram jika menahan itu akan memberi mudarat kepada dirinya.

Kata Aisyah RA yang bermaksud:

Saya ada mendengar Rasulullah bersabda: Tidak ada solat di hadapan makanan dan tidak ada solat semasa sedang dipengaruhi oleh desakan buang air besar atau air kecil.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sunat membuang air kecil, air besar atau kentut sebelum menunaikan sembahyang walaupun terpaksa meninggalkan sembahyang jemaah, asalkan tidak keluar dari waktu sembahyang atau masih luas waktunya.

5. Menutup mata

Makruh menutup kedua kelopak mata ketika sembahyang tanpa ada hajat atau keperluan. Tidak makruh jika menutup keduanya kerana ada hajat, bahkan hukumnya wajib pada sesetengah keadaan seperti menegah dari memandang perkara-perkara yang haram.

HUKUM menutup mata tanpa sebarang keuzuran ketika solat adalah makruh.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu berdiri di dalam solatnya maka janganlah dia memejamkan matanya.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Maka hukum memejam mata di dalam solat pada asalnya adalah makruh kerana bercanggahan dengan tuntutan memandang ke tempat sujud.

Meskipun begitu, sekiranya didapati dengan memejam mata akan lebih membantu untuk fokus dan khusyuk ketika di dalam solat, maka ia dibolehkan dan kadangkala menjadi lebih utama.

Semoga dengan perkongsian ini umat Islam memperolehi ilmu akan perkara yang tidak boleh dilakukan ketika solat yang hukumnya adalah makruh. Diharapkan selepas ini kita semua mendapat ilmu yang bermanfaat serta bersama-sama menuju ke syurga ALLAH yang kekal abadi.

Foto: Sinar Harian & Mukmin On The Go

Mengejek dosa orang lain
Hukum, Uncategorized,

Ketahui 5 cara hapuskan dosa mengumpat

BERGOSIP atau mengumpat memang enak. Namun sedarkah anda sebenarnya dosa mengumpat sangat besar dan boleh mendatangkan ancaman azab di alam kubur dan di akhirat kelak.

Orang yang suka mengumpat biasanya mengeluarkan kata-kata yang tidak jujur dan berbohong. Ini adalah tabiat yang sering kita lakukan walaupun tau ianya adalah satu dosa.

Dalam surah Al-Hujarat ayat 12, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada bersangka buruk kerana sebahagiannya adalah dosa. Janganlah kamu mencari keburukan orang dan janganlah kamu menggunjing (mengumpat) satu sama lain.

“Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu rasa jijik dengan dia. Dan bertakwalah kepada ALLAH Sesungguhnya ALLAH penerima taubat dan maha penyanyang kepada hamba-NYA.”

Berdasarkan firman ALLAH itu, orang yang mengumpat adalah sama seperti memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai).

Sudah terang lagi bersuluh, ALLAH sangat melarang umatnya bercakap tentang keaiban orang lain, maka sudah tentu mengumpat adalah haram.

Menerusi perkongsian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, di laman sosial YouTubenya telah berkongsi 5 cara untuk menghapuskan dosa mengumpat yang boleh kita amalkan:

Baca juga Mengumpat itu haram tetapi ketahui 6 jenis situasi yang dibenarkan

1. Meminta maaf kepada orang yang diumpat

Perlu diketahui bahawa dosa dengan manusia sangatlah berat jika tidak dimaafkan oleh orang tersebut. Sabda Baginda Rasulullah:

“Barang siapa yang menanggung kezaliman yang dilakukan ke atas orang lain, sama ada mengenai maruah dan kehormatan atau apa-apa perkara lain (mengambil harta orang lain) maka bersegeralah untuk meminta keampunan sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Seseorang boleh menjadi muflis di akhirat nanti disebabkan dosa-dosa ghibah yang dilakukan ketika hidup. Imam Nawawi ada berkata bahawa “Jika ia berbentuk ghibah (umpatan), maka harus minta dihalalkan.” (Riyadh al-Salihin 41-42)

2. Menyebutkan kebaikan orang yang diumpati

Ini merupakan salah satu cara bertaubat daripada perbuatan mengumpat dan dilakukan di hadapan orang yang mendengar umpatan itu.

Ini merupakan salah satu cara bertaubat daripada perbuatan mengumpat. Jika dahulu yang disebutkan adalah keburukannya, maka gantilah dengan menyebutkan banyak kebaikannya. Sebagaimana Fatwa Syaikh bin Baz, beliau berkata yang bermaksud:

“Engkau sebutkan kebaikan-kebaikan yang engkau ketahui mengenai dirinya sebagai ganti keburukan yang telah engkau sebutkan. Jika dahulu yang disebutkan adalah keburukannya, maka gantilah dengan menyebutkan banyak kebaikannya.”

3. Taubat nasuha

Mesti diingat, mengumpat atau dosa lain yang tidak dibasuh dengan taubat, akan meninggalkan kesan karat pada hati. Janganlah berlengah sehingga seluruh hati diselaputi tompokan hitam kerana pada waktu itu, kalbu tidak lagi menerima limpahan Nur dari ALLAH.

TAUBAT nasuha adalah taubat yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berjanji tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Bagaimanapun bagi dosa besar, ia hanya akan diampuni dengan melakukan taubat nasuha, sekali gus setiap Muslim bertanggungjawab mengetahui perkara yang dikategorikan sebagai dosa besar seperti mengumpat.

Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:

“Setiap anak adam (manusia) berbuat kesalahan, dan sebaik-baiknya orang yang bersalah adalah yang bertaubat.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Baca juga Tanda taubat diterima akhlak berubah baik, mudah lakukan ibadat

4. Banyakkan berzikir

Biarpun amalan zikir sangat mudah dilakukan tetapi ganjaran dari ALLAH amatlah besar. ALLAH memberikan keampunan dan ganjaran pahala buat hamba-NYA yang sering berzikir kepada-NYA.

ALLAH berfirman yang bermaksud; “… Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) ALLAH, ALLAH telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Ahzab, ayat 33-35)

Jelaslah dengan perbanyakkan zikir dapat membantu seseorang untuk menghapuskan dosa-dosa ghibah yang telah dilakukan. Ini menunjukkan bahawa kepentingan berzikir telah menyamai dengan berbagai bentuk ibadat lain seperti jihad, haji, umrah dan seumpamanya.

5. Bersedekah

Sesungguhnya banyak kelebihan dan ganjaran yang ALLAH berikan kepada hamba-NYA yang bersedekah.

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

PERLU diingat bahawa bersedekah tidak akan mengurangkan harta atau rezeki.

Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa mengumpat adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat.

Kesimpulannya, ghibah atau mengumpat merupakan salah satu dosa yang tak terampunkan sehingga orang yang mengumpat perlu melakukan banyak cara untuk mendapatkan keampunan dari ALLAH kerana dosa mengumpat adalah lebih besar daripada zina.

Foto: Sinar Plus & Pexels

Orthodontics, dental care and stomatology concept. Close-up portrait of handsome asian man with teeth braces, smiling pleased, looking hopeful and happy, standing white background
Berita Semasa,

Pakai ‘braces’ dan ‘vaneer’. Apa kata Islam?

AGAMA Islam sememangnya menggalakkan umatnya menjaga kecantikan dan kebersihan dengan syarat tidak mengubah ciptaan ALLAH SWT. Amalan mencantikkan gigi ini sudah lama berlaku bahkan sejak di zaman Nabi lagi.

Waktu itu, wanita jahiliah suka menjarangkan gigi mereka untuk kelihatan cantik namun amalan itu dilarang sama sekali oleh Rasulullah SAW dan perkara tersebut dilaknat oleh baginda. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang mengubah ciptaan ALLAH.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Memasang pendakap gigi (braces) atau sarung gigi (vaneer) adalah dibolehkan bagi tujuan rawatan disebabkan aib pada kerosakan gigi selain dapat mengembalikan fungsi gigi yang asal.

Tiada keperluan memakai ‘vaneer’ sekiranya tiada sebarang aib pada gigi.

Hal ini jelas diterangkan dalam laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan menerusi artikel Irsyad Al-Fatwa siri ke 663 yang menyatakan hukum memakai pendakap gigi mahupun sarung gigi adalah harus bagi ndividu yang mengalami masalah gigi seperti patah, retak, jarang dan kuning sesuai menjalankan rawatan veneer gigi.

“Jika seseorang giginya jongang dan menyukarkan untuk dia mengunyah makanan, ataupun kecacatan yang dialami boleh mengaibkan diri, maka dia harus memakai pendakap gigi.”

Namun, katanya, tiada keperluan memakai pendakap mahupun sarung gigi sekiranya tiada sebarang aib pada gigi atau hanya semata-mata untuk kecantikan kerana pada asalnya perbuatan merubah anggota asal manusia tanpa keperluan (hajiyyah) adalah diharamkan oleh syarak.

Baca juga Apakah sebenar hukum wanita mewarnakan kuku menurut Islam?

Hal tersebut ada dijelaskan dalam hadis Nabi yang bermaksud:

“ALLAH melaknat wanita-wanita yang melukis tatu dan wanita yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur bulu kening dan wanita yang meminta mencukur bulu kening dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana ia merubah ciptaan ALLAH.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dr Ustaz Rozaimi Ramle menerusi akaun Facebooknya berkongsi bahawa sebenarnya ulama ada membincangkan perkara ini. Terdapat dua hukum tujuan pemasangan pendakap gigi ini dipasang:

1. Jika ia dipakai untuk tujuan perubatan seperti ingin membetulkan kedudukan gigi agar mudah dibersihkan, memudahkan kunyahan makanan atau lain-lain alasan yang seumpamanya maka ia dibenarkan.

2. Jika ia dipakai hanya untuk menambahkan kecantikan sedangkan giginya sememangnya sudah baik sebelum ia dipakai maka ia dilarang.

Baca juga Berdoa Di Dalam Tandas, Ini Hukumnya

Kesimpulannya, tidak perlu memakai pendakap mahupun sarung gigi sekiranya tiada sebarang aib pada gigi atau hanya semata-mata untuk kecantikan. Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan-NYA hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah).

Foto: Freepik & Dental 

pexels-rodnae-productions-7755653
Hukum,

Boleh atau tidak memakai kuku palsu dalam Islam? ini penjelasannya

SUDAH menjadi fitrah buat kaum wanita untuk tampil cantik dan menawan asalkan ia mempunyai asas daripada syarak dan tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh agama Islam.

Pada dasarnya, hukum memakai memakai pakaian dan perhiasan cantik adalah harus dan ia berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagi tiada nas-nas khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.

Antara aksesori yang wanita sangat gemari ialah memakai kuku palsu. Ia merupakan sambungan yang diletakkan ke atas kuku sebagai hiasan untuk menampakkan kuku lebih menarik.

Bagi penganut agama Islam, penggunaan kuku palsu adalah haram kerana ia melibatkan sebarang bentuk pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik dan menawan.

Baca juga Hukum wanita memakai gelang kaki, berikut perinciannya

Hal ini kerana, terdapat hadis yang melarang perkara tersebut sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas‘ud, yang bermaksud:

“ALLAH SWT melaknat wanita-wanita yang membuat tatu, yang meminta dilukiskan tatu, yang mencabut bulu-bulu wajah dan yang merenggangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan ALLAH.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini jelas menunjukkan akan pengharaman semua perkara tersebut dan lafaz ‘laknat’ yang terdapat di dalamnya merupakan dalil bahawa ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah di dalam artikel Irsyad Fatwa Siri ke-644 menjelaskan bahawa Islam mengharamkan sebarang bentuk pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik sama ada dengan cara penyambungan atau dengan cara pembedahan atau seumpamanya.

“Jika pemakaian kuku palsu itu kerana suatu keperluan seperti melindungi bahagian kulit kuku asal yang tercabut atau tujuan rawatan atau seumpamanya, maka diharuskan.

PEMAKAIAN kuku palsu demi kecantikan tambahan semata-mata tanpa sebarang keperluan adalah dilarang.

“Manakala sekiranya pemakaian kuku palsu demi kecantikan tambahan semata-mata, maka perkara itu tidak dibenarkan oleh syarak kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan ALLAH.

Baca juga Menyambung bulu mata itu cantik tapi apakah sebenarnya hukum di dalam Islam?

“Sesiapa yang memakainya dengan tujuan rawatan dan perubatan, mestilah mengikut beberapa piawaian atau syarat iaitu pemakaiannya tidak menghalang air untuk sampai ke kulit sewaktu mengambil wuduk dan juga mandi wajib,” katanya.

Dapat disimpulkan bahawa pemakaian kuku palsu boleh dilakukan jika keadaan yang mendesak seperti untuk melindungi bahagian kulit kuku asal yang tercabut atau untuk tujuan rawatan atau seumpamanya, maka ia diharuskan.

Sekiranya pemakaian kuku palsu itu demi kecantikan tambahan semata-mata tanpa sebarang keperluan yang lain, maka perkara itu tidak dibenarkan oleh syarak kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan ALLAH serta mengandungi unsur penipuan dan pembaziran.

Manakala bahan yang digunakan mestilah selamat dan baik. Hendaklah ia daripada bahan yang suci lagi halal, di samping rupa bentuknya pula tidak terlalu menyerlah atau melampaui rupa bentuk kuku asal.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua umat Islam agar kita mendapat reda ALLAH di dunia dan akhirat.

Foto: Pexels