Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa, Dalam Negara,

Kos ibadah haji tahun ini dijangka meningkat

by Sarrah MohsinApril 12, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Haji
SEKALIPUN kita sudah dijemput untuk menunaikan ibadah haji dan umrah berkali-kali di Tanah Suci, ia bukanlah tiket untuk kita meninggalkan suruhan ALLAH SWT.

SETELAH menangguhkan ibadah haji dua kali akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia sejak 2020, kerajaan Arab Saudi akhirnya menerima kembali jemaah haji tahun ini.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, kos menunaikan haji kali ini bakal menyaksikan peningkatan untuk kedua-dua jemaah muassasah dan syarikat swasta.

Bagi jemaah muassasah, Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan peningkatan kos sebanyak 12 peratus, iaitu daripada RM22,900 pada tahun 2019 kepada lebih RM25,000 untuk tahun ini.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham pula berkata, kos ibadah haji yang dilaksanakan tahun ini menerusi pengendali swasta boleh mencecah antara RM40,000 hingga RM50,000 seorang.

Namun, harga itu hanya untuk pakej menunaikan haji yang paling rendah. Pakej yang paling tinggi sebaliknya boleh mencecah sehingga RM270,000.

IKLAN

HANYA satu juta jemaah yang dibenarkan menunaikan haji di Tanah Suci tahun ini.

Peningkatan mendadak bagi kos ibadah haji ini berlaku ekoran kenaikan cukai tambah nilai (VAT) daripada lima peratus kepada 15 peratus yang dikenakan pihak kerajaan Saudi.

Selain itu, faktor-faktor lain seperti inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing serta pembangunan di Mekah dan Madinah turut menyumbang kepada kenaikan berkenaan.

Baca juga Wanita 45 tahun ke atas dibenarkan tunai umrah tanpa mahram

Menurut TH, kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat berkenaan seperti penerbangan dan penginapan, yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan.

“Kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina, serta perkhidmatan Mutawif selama 40 hingga 45 hari.

IKLAN

“Hampir kesemua perkhidmatan ini disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan VAT serta kadar inflasi di sana,” menurut suatu kenyataan yang dikeluarkan TH baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, kos tidak langsung yang mencecah 60 juta setiap tahun meliputi kos bagi persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas haji ditanggung sepenuhnya oleh TH.

DATUK Idris Ahmad memberitahu sebarang perkembangan daripada kerajaan Arab Saudi akan dimaklumkan kepada rakyat kelak.

IKLAN

Mengulas tentang isu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menjamin bahawa pihak kerajaan akan memberikan kemudahan subsidi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Namun, jumlah subsidi yang bakal diberikan hanya akan ditetapkan setelah jumlah kuota haji negara diketahui dan dimuktamadkan, tambah beliau.

Setakat ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi hanya mengumumkan bahawa satu juta umat Islam tempatan dan antarabangsa di bawah usia 65 tahun yang telah lengkap divaksin sahaja yang dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

“Kuota haji yang dibenarkan bagi Malaysia akan dimaklumkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada pihak TH sedikit masa lagi.

“Terus berdoa, sabar dan fokus dalam menjalani ibadah Ramadan dan sungguh-sungguh lah berdoa agar kita dapat menjadi tetamu ALLAH kelak,” kata Idris menerusi suatu hantaran di laman Facebooknya.

Foto: Unsplash

IKLAN
Previous

Sebelum berbuka antara waktu mustajab berdoa, usah abaikan detik ini

April 12, 2022
Next

Rugi tinggalkan solat sunat Isyak kerana ia lebih afdal dari solat tarawih.

April 12, 2022

Related posts

Arafah #QuranHour
Dalam Negara,

Jom imarahkan program Arafah #QuranHour pada 8 Julai ini

by Nurul Fatiha MuahJuly 1, 2022
an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.