Browsing Tag

upacara bukan islam

arisa-chattasa-HVIpG9A2uLY-unsplash
Agama,

Muslimin dilarang menghadiri dan menyertai upacara perayaan bukan Islam, fatwa baru dikeluarkan

AHAD lepas lebih dua juta penganut agama Hindu membanjiri Batu Caves di Kuala Lumpur sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Angka menakjubkan itu memperlihatkan salah satu keistimewaan Malaysia sebagai negara majmuk yang berjaya hidup harmoni meski memiliki budaya dan kepercayaan berlainan.

Baca juga Adakah terdapat ganjaran pahala bagi orang bukan Islam? Ini penjelasannya

Sebenarnya konsep masyarakat berbilang kaum bukan perkara baharu, malah ia sudah wujud sejak zaman Rasulullah SAW kerana selain orang Islam, penduduk Makkah ketika itu turut terdiri daripada golongan Yahudi dan Nasrani.

Bahkan Islam turut menganjurkan umatnya mendekati serta menyantuni masyarakat bukan Islam untuk memelihara ketenteraman hidup selain membuka peluang memperkenalkan keindahan agama.

Firman ALLAH SWT “Wahai umat manusia! Sesungguhnya KAMI menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan serta KAMI menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih bertakwa antara kamu…”(Surah al-Hujurat, ayat 13)

Baca juga Golongan bukan Islam teruja melihat keunikan solat selepas terpandang Muslim bersolat pada kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar

ISLAM menggalakkan kita menyantuni golongan bukan Islam, namun ada batas-batasnya. Foto: Pexels

Baca juga Bolehkah berkhatan dengan doktor bukan Islam?

Walau bagaimanapun, hubungan mesra bersama orang bukan Islam tersebut perlu dibatasi dengan syarat ia tidak menganggu akidah.

Justeru, umat Islam dilarang menghadiri serta menyertai upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam atas sebab tersebut.

Demikian fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, keputusan ditetapkan berdasarkan pandangan para ulama yang berpendapat hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram.

Turut disyorkan Ziarahlah kenalan bukan Islam yang meninggal. Ini penjelasannya

perayaan bukan Islam

MALAYSIA sememangnya dikenali sebagai negara majmuk berbilang kaum dan agama. Foto: Unsplash

Baca juga Bila orang bukan Islam beri salam, apa harus kita jawab…

“Upacara ritual keagamaan bukan Islam ini termasuklah di rumah ibadat mahupun di tempat lain yang biasa dilaksanakan ritual tersebut,” katanya kepada pemberita di Pusat Islam Iskandar.

Pun begitu, umat Islam dibenarkan menghadiri majlis sambutan ataupun rumah terbuka bukan Islam yang tidak membabitkan upacara ritual agama tersebut atas tujuan memelihara keharmonian atau berdakwah.

Tambah Fared, satu garis panduan dan kriteria juga dikeluarkan bagi menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh umat Islam.

“Antaranya, majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara yang bertentangan akidah Islam dan terdapat perbuatan seperti menyertakan simbol agama atau menyanyikan lagu bercirikan agama.

“Selain itu, perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam seperti ucapan yang menghina dan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam juga tidak boleh ada dalam majis berkenaan,” ucapnya.

Turut disyorkan [VIDEO] Boleh doakan ibu bapa yang bukan Islam, tapi…

KONSEP masyarakat berbilang kaum bukanlah sesuatu perkara asing, bahkan ia telah wujud sejak zama Nabi Muhammad SAW. Foto: Google

Baca juga Doa Nabi Ibrahim AS yang boleh dibaca untuk keamanan negara

Beliau juga berkata, larangan dikeluarkan bukan untuk menganggu keharmonian antara kaum, namun sebagai nasihat dan panduan masyarakat Islam.

“Larangan ini tidak bermaksud untuk menganggu keharmonian antara kaum, tapi sekadar memberi nasihat serta panduan agar pemimpin masyarakat berhati-hati dalam menyatakan kebersamaan dan tidak melanggar batas-batas tertentu,” kata Mohd Fared.

Menerusi garis panduan yang dikeluarkan, mana-mana individu yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Sumber: Sinar Harian

Foto: Google, Pexels & Unsplash