Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa,

Golongan bukan Islam teruja melihat keunikan solat selepas terpandang Muslim bersolat pada kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar

by Fatin Fatihah HussinDecember 1, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design - 2022-12-01T163916.591
DUA lelaki sedang memerhatikan peminat bola sepak Piala Dunia Qatar sedang solat di Stadium Al-Bayt. -SUMBER/FOTO : Dr. Muhammad Salah

SEORANG peminat bola sepak Piala Dunia di Qatar terharu dengan keunikan waktu solat orang Islam selepas terpandang para Muslim sedang mendirikan solat di dalam bilik kaca Stadium Al-Bayt.

Pemandangan ini dapat dilihat betapa berkesannya konsep dakwah yang ditunjukkan iaitu melalui perbuatan nyata (dakwah bil hal).

Para peminat yang solat di ruang berkenaan turut meluahkan rasa, “Salah satu keindahan Piala Dunia di Qatar ialah mereka membuat tempat solat dari kaca di semua sisi, supaya orang bukan Islam boleh melihat mereka yang sedang solat.

“Hari ini, semasa saya solat Isyak di Stadium Al-Bayt, saya perhatikan ada seorang lelaki warga asing berdiri memerhati. Dia memanggil saya dan bertanya berapa kali saya solat dalam sehari?

“Jadi saya menerangkan kepadanya, solat wajib lima waktu manakala solat sunat pula bagi menggandakan pahala.”

Sebaik sahaja dijelaskan jumlah solat, lelaki warga asing tadi terus bertanya kepada lelaki Muslim tersebut tentang waktu solat.

“Waktu solat tidak ditetapkan mengikut waktu jam, tetapi dikira mengikut pergerakan matahari,” jelasnya.
Lelaki warga asing yang berminat tentang solat terus bertanya cara mengira masuknya waktu setiap solat kepada lelaki Muslim tersebut.

IKLAN

SALAH satu keindahan Piala Dunia di Qatar ialah mereka membuat tempat solat dari kaca di semua sisi, supaya orang bukan Islam boleh melihat mereka yang sedang solat. – SUMBER/FOTO : Dr. Muhammad Salah

“Saya membuka aplikasi untuk waktu solat dan menunjukkan kepadanya bahawa setiap beberapa hari jamnya berbeza-beza, dan saya mula menerangkan kepadanya setiap solat apabila waktunya, kelihatan dia agak kagum dan terkejut,” jelasnya lagi.

Akhirnya lelaki warga asing itu meminta mengulang semula penerangannya dengan tujuan merekod semua penjelasan tersebut.

Baca juga La’eeb, maskot ikonik Piala Dunia Qatar 2022

Perbualan mereka berdua yang dimuat naik melalui hantaran di laman Facebook Dr Muhammad Salah, membuktikan kekuatan kuasa dakwah bil hal mempunyai pengaruh yang besar pada diri penerima dakwah. Ia mampu mencetuskan rasa ingin tahu dan minat kepada agama suci ini.

Menoleh kepada sirah, pada saat pertama kali Rasulullah SAW tiba di kota Madinah, Baginda terlebih dahulu menunjukkan contoh dakwah bil hal ini dengan mendirikan Masjid Quba’ dan mempersatukan kaum Ansar dan kaum Muhajirin dalam ikatan ukhuwah Islamiah.

Perkongsian Dr Muhammad tersebut dikongsi oleh 12 ribu orang dan rata-rata komen warga maya dari seluruh pelosok dunia memuji tindakan Qatar berdakwah dengan cara tersebut serta mendoakan penduduk Qatar dipelihara ALLAH SWT.

QATAR elah melancarkan beberapa inisiatif untuk memperkenalkan Islam kepada pelawat sempena Piala Dunia FIFA 2022.

Dakwah di Qatar

Hasil dakwah di Qatar dalam Piala Dunia kali ini begitu mengagumkan umat Islam seantero dunia apabila banyak mesej-mesej tersirat berkaitan agama Islam disampaikan melalui acara bola sepak yang gemilang ini.

Antara dakwah yang ditunjukkan oleh Qatar adalah:

IKLAN

1) 2,000 pendakwah menyampaikan Islam, lebih 500 mengucapkan syahadah

Pihak penganjur menjemput seramai 2,000 orang pendakwah yang bersedia untuk menyampaikan kefahaman tentang kebaikan Islam kepada para pengunjung. Mereka disediakan 10 buah kereta dan 10 khemah bagi memudahkan urusan berdakwah serta proses syahadah.

Dimaklumkan seramai lebih 500 orang telah mengucapkan syahadah sepanjang FIFA World Cup berlangsung.

2) Ruang solat dan wuduk yang banyak

Pihak penganjur juga menyediakan tempat solat yang luas dan tempat wuduk yang banyak bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka 5 kali sehari.

IKLAN

DR Zakir Naik merupakan seorang figura yang sangat terkenal, kehebatannya dalam berdakwah sangat dikagumi masyarakat dunia sehinggakan pelbagai halangan yang terpaksa dilalui beliau. 

Ini antara contoh untuk menganjurkan sesuatu acara hiburan dalam masa yang sama tetap menjaga kewajipan sebagai muslim. Kelengkapan dan kemudahan untuk beribadah disediakan bagi membantu para hadirin menunaikan yang fardu.

3) Menjemput Dr. Zakir Naik untuk berdakwah pada kejuaraan FIFA WORLD CUP 2022

Qatar telah menjemput seorang penceramah terkenal bagi memberi ceramah mengenai Islam dalam kejuaraan tersebut. Dr. Zakir membawakan topik mengenai “Perkahwinan Nabi” yang mana topik yang sama pernah dibahaskan oleh Nupur Syarma.

Penyampaian Nupur telah mendapat kecaman hebat di Qatar sehingga mereka memaklumkan pada kedutaan India mengenai memo protes akan kenyataan Nupur. Itu merupakan salah satu sebab mereka menjemput Dr. Zakir Naik bagi berceramah topik yang sama.

Inilah kepentingan adanya pemimpin yang memahami Islam agar masyarakat dapat dipelihara daripada perkara-perkara yang boleh membinasakan.

Baca juga Kenali Ghanim al Muftah, duta Piala Dunia FIFA Qatar 2022

 

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Doa Nabi Ibrahim AS yang boleh dibaca untuk keamanan negara

December 1, 2022
Next

Haram gugur kandungan dengan sengaja, kecuali dengan sebab-sebab yang diharuskan perubatan dan Islam

December 1, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-07T145250.033
Antarabangsa,

Istana bersejarah Gaziantep berusia lebih 2000 tahun musnah akibat gegaran

by Fatin Fatihah HussinFebruary 7, 2023
Gempa bumi Turkiye
Antarabangsa,

Gempa bumi Turkiye dan Syria: Pelajar Malaysia mohon doa orang ramai

by Nurulfatiha MuahFebruary 7, 2023
Letupan bom masjid Peshawar
Antarabangsa,

Letupan bom di masjid Peshawar ketika Muslimin sedang solat Zuhur, ini fakta-fakta yang perlu diketahui

by Nurulfatiha MuahJanuary 31, 2023
Penempatan baharu
Antarabangsa,

Israel rancang bina 18,000 penempatan baharu di Tebing Barat? Tindakan itu beri ancaman besar pada Palestin

by Nurulfatiha MuahJanuary 26, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.