Browsing Tag

samak

Termakan daging babi
Hukum,

Termakan daging babi tanpa sengaja, apa perlu dibuat?

MINGGU ini, kecoh apabila seorang pemilik akaun Instagram Muslim termakan daging babi selepas disajikan hidangan itu walaupun memesan daging lembu pada asalnya.

Beliau hanya mengetahui selepas menjamah dan melihat bil dibayarnya. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui apa yang dimakannya itu tidak halal.

Meskipun kes itu berlaku di Indonesia, tetapi sebagai negara jiran yang majoritinya beragama Islam, sudah tentu tempiasnya turut sama dirasai.

Apatah lagi di beberapa siri kejadian seperti itu pernah berlaku. Cuma individu berkenaan masih bernasib baik kerana menyedarinya lebih awal sebelum sempat masak atau menjamah daging yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Baca juga Sengaja Makan Daging Khinzir Boleh Jatuh Murtad? Berikut perinciannya

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memakan daging babi dengan sengaja adalah haram di sisi agama Islam.

“Ia bersandarkan kepada dalil-dalil yang terdapat dalam al-Quran dan hadis.

“Namun, pelakunya tidak jatuh murtad,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel al-Kafi #1848.

Termakan daging babi

TERMAKAN daging babi tanpa sengaja dan tidak diketahui tidak dikira sebagai dosa, namun mereka perlu berwaspada pada masa akan datang. Foto: Unsplash

Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang Muslim itu termakan daging babi tanpa sengaja atau diketahuinya?

Memetik artikel yang disiarkan dalam laman web Muslim.co.id, perbuatan haram yang dilakukan kerana jahil, tidak sengaja atau lupa semata-mata tidak dikira sebagai dosa di sisi ALLAH SWT.

“Maka pelakunya tidak dituntut supaya bertaubat kerana tuntutan taubat itu berkaitan dengan dosa,” katanya.

Dalam hal itu, Muslim.co.id turut mengemukakan pertanyaan yang pernah dilontarkan kepada Syaikh Abdul Aziz bin Baz tentang perihal termakan daging babi.

Syaikh Abdul Aziz pernah ditanya: “Jika seseorang makan daging babi kerana tidak tahu, adakah kafarah? Jika ya, apakah kafarah itu?”

Ulama itu menjawab: “Tidak ada yang wajib baginya, selagi dia memakannya kerana dia tidak tahu apa-apa. Apa yang perlu dia lakukan adalah berkumur dan berkumur dari sisa najis (daging babi) dan membasuh tangannya. Alhamdulillah.

Baca juga Gula-gula gelatin babi, apakah hukumnya jika sudah lama makan?

“Tetapi jika dia memakannya pada masa yang telah lama berlalu dan dia tidak berkumur pada masa itu, apakah yang perlu dilakukan? Jawapannya; anda tidak perlu berbuat apa-apa.”

Termakan daging babi

JIKA berasa waswas tentang sesuatu makanan, sebaiknya jangan menjamahnya.  -Gambar hiasan/ Foto: Freepik

Menurut Muslim.or.id, al-Lajnah ad-Daimah lil Buhuts wal Ifta ada juga memerihalkan perkara tersebut: “Seseorang memakan daging babi dalam keadaan jahil. Kemudian selepas dia selesai makan, datang seorang lagi yang mengatakan bahawa apa yang dia makan adalah daging babi. Dan daging kerana seperti yang kita ketahui, hukumnya adalah haram bagi seorang Muslim. Apa yang mesti dia buat?

Mereka menjawab: “Tiada kewajipan kepadanya, dan itu tidak mengapa kerana dia tidak tahu apa yang dia makan adalah daging babi. Apa yang perlu dia lakukan adalah berhati-hati dan berwaspada pada masa hadapan.” (Fatawa al-Lajnah ad-Daimah)

Berdasarkan fakta berkenaan, jelaslah bahawa orang yang termakan daging khinzir tadi tanpa diketahuinya tidak wajib bertaubat atas perbuatannya.

“Malah, dia juga tidak dikehendaki memuntahkan semula isi perutnya atau tuntutan lain.

“Tidak ada kewajipan baginya apabila mengetahui apa yang dimakannya adalah daging babi. Kita hendaklah menjauhi sikap berlebih-lebihan dalam agama,” kata artikel tersebut.

***Foto: Pexels

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

samak
Isu,

[VIDEO] Bila masuk ke rumah rakan yang bela anjing, ini perkara yang perlu kita ambil tahu

SEMUA umat Islam cakna tetang perihal anjing. Ia antara haiwan yang dikategorikan sebagai najis mughallazah.

Alhamdulillah, ramai dalam kalangan kita yang tahu menjaga batasan diri. Apabila ternampak haiwan itu, secara automatik, langkah kaki semakin laju kita menjauhkan diri.

Namun begitu, apabila kita hidup dalam komuniti berjiran dengan bukan Islam, agak sukar untuk kita mengelakkan diri daripada bertemu dan bertanya khabar mereka. Paling tidak pun, pasti kita akan lalu di hadapan rumah mereka.

Kadangkala jiran bukan Islam itu ada membela anjing. Andai kata, kita termasuk ke dalam rumah jiran atau rakan yang ada membela anjing, perlukah kita menyamak badan kita?

Pendakwah Ustazah Nik Nur Adneen Ismail atau lebih dikenali sebagai Da’i Adneen menjelaskan, kita tidak perlu menyamak badan kita apabila masuk dalam rumah yang ada membela anjing.

DA’I ADNEEN

Beliau menambah, ia melainkan ada ‘ain anjing tersebut yang melekat pada tubuh badan kita.

“Contohnya, darah, air liur, bulu, najis anjing tersebut sendiri atau mana-mana anggota yang datangnya daripada haiwan tersebut.

“Jika ia melekat pada badan kita, maka kita perlu samak bahagian anggota yang terkena pada najis-najis tersebut.

“Ia berdasarkan pandangan Mazhab Syafie bahawa memegang setiap inci daripada anggota badan anjing dikira sebagai najis dalam Kitab al-Minhaj as-Syarah Sahih Muslim yang dikarang oleh al-Imam al-Nawawi,” jelas beliau.

Baca juga Najis anjing depan kawasan rumah, bagaimana kaedah pelupusan dianjurkan Islam?

Jika benar-benar kita lihat ‘ain anjing tersebut terkena pada badan, Da’i Adneen memberikan memetik sebuah hadis yang boleh dijadikan panduan untuk kita menyamak bahagian anggota terlibat.

Rasulullah SAW bersabda: “Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya yakni bekas tersebut adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.” (Riwayat Muslim)

Semoga penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan kita selama ini.

Foto: Freepik