Browsing Tag

Nabi Musa A.S Kalimullah

Nabi Musa
Berita Semasa,

Musa AS, Nabi yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran

NAMANYA disebut sebanyak 136 kali dalam al-Quran sekaligus menjadikan Musa AS sebagai nabi yang paling banyak dikisahkan oleh kitab suci berkenaan.

Selain itu, Nabi Musa AS turut digelar kalimullah kerana pernah diajak berbicara dengan ALLAH SWT di bukit Tursina.

Atas kedua-dua sebab tersebut, kisah Nabi Musa AS telah dipilih menerajui siri animasi terbaru terbitan aplikasi streaming Nurflix menelusuri kehidupan 25 Rasul dalam Islam.

Demikian kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Mohamed ketika berucap di Majlis Pelancaran ‘The Journey of Humankind’ dan Siri Animasi ‘Nabi Musa A.S Kalimullah’ baru-baru ini.

Baca juga Hibanya Nabi Musa tatkala bertemu Rasulullah SAW pada malam Israk dan Mikraj, ini sebabnya

Nabi Musa

KETUA Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Mohamed sewaktu pelancaran program terbaru Nurflix di Ulu Kelang, pada 26 Januari lalu.

‘Nabi Musa A.S Kalimullah, siri animasi Nurflix terbaru

Musim pertama bertajuk, ‘Nabi Musa A.S Kalimullah’ telah ditayangkan kepada penonton Nurflix bermula 27 Januari lalu dengan episod baru dikeluarkan setiap minggu.

Kata Syah, siri animasi sebanyak 13 episod tersebut dihasilkan oleh Nurflix menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor dengan kerjasama ATA Animation. Penerbit animasi dari Mesir itu turut membantu dalam proses penyuntingan dan alih bahasa.

“Musim pertama akan mengisahkan kedatangan Bani Israel sehingga tenggelamnya Firaun. Banyak usaha yang terlibat untuk menghasilkan kisah Nabi Musa ini, antaranya kami (Nurflix) menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor,” ujarnya.

Baca juga Siri Animasi Kalimullah, Habibullah Pupuk Kecintaan Anak-Anak Kepada Nabi Sejak Kecil

WATAK-watak dalam siri animasi Nabi Musa A.S Kalimullah disuarakan oleh barisan artis terkenal Malaysia. Foto: Nurflix

Baca juga 9 doa para nabi yang boleh dijadikan amalan harian kita

Apa yang menarik, watak-watak siri animasi itu dijayakan menggunakan suara barisan artis terkenal Malaysia. Antaranya Datuk Tuan Asmawi, Syed Iqmal (Dai Syed), Amran Asmuni, Hana Ismail, Ustazah Asni Mansor, Farihin Abdul Fattah, Heliza Helmi, Irma Hasmie, Hazwani Helmi, Anas Tahir dan Mawi.

Dalam pada itu, siri animasi 25 Rasul tersebut merupakan fasa pertama dalam projek ‘The Journey of Humankind’.

Projek terbabit bakal memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia sejak penciptaan Nabi Adam AS dalam bentuk 3D berdasarkan rujukan daripada al-Quran, hadis dan sumber-sumber Islam sahih.

Fasa kedua projek yang dijangka bermula pada tahun 2024 akan mengisahkan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat. Manakala, fasa ketiga adalah tentang Kesultanan Melayu dengan menggunakan buku Sulalatus Salatin sebagai rujukan.

Turut disyorkan 5 pesanan Malaikat Jibril kepada Nabi SAW yang wajib kita ambil tahu

Nabi Musa

Siri animasi tersebut merupakan inisiatif Nurflix untuk menguasai penerbitan virtual (virtual production) menerusi teknologi yang digunakan. Foto: Nurflix

Nurflix, hub ilmu Islam dan hiburan sopan

Menurut Pengerusi Nurflix, Tan Sri Syed Zainal Syed Mohd Tahir, projek ‘The Journey of Humankind’ merupakan salah satu usaha menjadikan Nurflix sebagai pusat kandungan ilmu Islam serta hiburan sopan bagi umat Islam seluruh dunia.

Katanya, selain program hiburan, Nurflix turut menawarkan kandungan ilmiah seperti pembelajaran kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah, pengajian hadis dan banyak lagi.

Baca juga Nurflix bina rangkaian media Islamik antarabangsa, lebih 1,000 konten dapat ditonton menjelang akhir tahun ini.

NURFLIX menyajikan lebih 100 tajuk merangkumi 3000 episod di platformnya sepanjang tahun 2023 ini. Foto: Nurflix

Selain itu, Syed Zainal memberitahu, platform berkenaan juga mempunyai konten dari luar negara seperti Indonesia, Mesir, Turkiye dan Arab Saudi yang telah diterjemahkan kepada bahasa Malaysia.

“Pihak Nurflix telah merantau ke Timur Tengah untuk mencungkil lebih banyak konten supaya ia dapat dinikmati oleh penonton.

“Setakat ini, ada lebih 100 tajuk dan 3000 episod merangkumi Nurflix originals dan kandungan syndications yang bakal ditayangkan di platform Nurflix sepanjang tahun 2023,” ujarnya.

Baca juga ‘Jadilah seperti semut, tahu menjaga bangsa sendiri’ – Habib Ali Zaenal Abidin

SIRI animasi ‘Nabi Musa A.S Kalimullah’ telah mula disiarkan di platform Nurflix bermula 27 Januari lalu. Foto: Nurflix

Turut disyorkan Berkarya biarlah mengikut hukum-hakam Islam

Konten Nurflix patuh syariah

Tambah beliau, konten yang disajikan oleh Nurflix telah ditapis selaras dengan ikutan Sunah Waljamaah. Justeru, platform tersebut juga sesuai untuk dilanggani golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

“Yang paling penting, konten yang kita ada sudah ditapis dan mengikut Sunah Waljamaah supaya tidak memberi kekeliruan kepada masyarakat Islam di Malaysia,” kata Syed Zainal.

Foto: Nurflix