Browsing Tag

membuang air

tutup kepala masuk tandas
Gaya Hidup,

Tutup kepala apabila membuang air, adakah ia sunnah atau sekadar adab?

Tutup kepala apabila membuang air, adakah ia sunnah atau sekadar adab?

SEWAKTU kecil dahulu, pernahkah anda ditegur untuk menutup bahagian kepala dengan sesuatu seperti kain tuala dan sebagainya, apabila melunaskan hajat di dalam tandas?

Jika diikutkan, ada banyak adab memasuki tandas dan perbuatan itu adalah antara yang diajarkan kepada kita.

Namun, adakah menutup kepala itu dikira adab semata-mata atau sunnah yang diajar oleh Baginda SAW?

Baca juga Sentiasa tutup pintu tandas elakkan dari dibuka syaitan

tutup kepala membuang air

ADAKAH menutup kepala ketika membuang air itu dikira sunnah atau hanya suatu adab? Foto: Canva

Perbuatan menutup kepala ketika masuk tandas dikira sunnah?
Menerusi sesetengah ulama, ia adalah sunnah kerana melihat kepada dalil yang telah diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA mengenai perbuatan Baginda SAW yang pernah masuk ke tandas dengan menutup kepala.

Walau bagaimanapun, dalam portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pihaknya menjelaskan bahawa hadis tersebut dinilai daif (lemah) kerana wujud perawi yang dikritik statusnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Amalan para sahabat
Perbuatan itu bagaimanapun ada diamalkan oleh para sahabat dan umat selepasnya, antaranya Abu Bakar as-Siddiq.

Hal ini adalah berdasarkan riwayat dari Imam al-Baihaqi RA yang menyebut: “Diriwayatkan pada perbuatan menutup kepala ketika masuk ke dalam tandas daripada Abu Bakar as-Siddiq dan perkara ini sahih daripada beliau.” (Sunan al-Kubra, al-Baihaqi, 1/96)

Mengulas tentang hal ini, pihak Mufti menjelaskan bahawa tidak ada masalah untuk mengikuti amalan para Khulafa al-Rasyidin.

Bahkan kita dituntut mengikut jejak langkah mereka kerana khalifah al-Rasyidin secara umumnya adalah empat tokoh besar yang menjadi pemerintah selepas kewafatan Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman Ibn Affan, serta Ali bin Abi Thalib RA.

Baca juga Sahabat Nabi SAW Tempuhi Perjalanan Sejauh 1,472 KM Demi Sepotong Hadis

tutup kepala membuang air

TIDAK salah mengikuti jejak langkah para Khulafa al-Rasyidin kerana amalan mereka sememangnya berasal daripada sunnah Rasulullah SAW. Foto: 123RF

Baca juga Boleh amalkan zikir daripada ulama dan salafussoleh, tapi pastikan tiada elemen-elemen yang dilarang syarak

Rasulullah SAW sendiri secara khususnya memberikan petunjuk dan arahan kepada para sahabat untuk mengikuti Abu Bakar al-Siddiq dan juga Umar al-Khattab.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A bahawa Nabi bersabda: “Hendaklah kamu semua mengikuti dua orang selepasku iaitu Abu Bakar dan juga Umar.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Manakala dalam hadis diriwayatkan oleh ‘Irbadh bin Sariyah RA bahawa baginda Nabi bersabda: “Maka hendaklah kalian mengikut sunnahku dan juga sunnah para khulafa’ al-rasyidin, dan berpegang teguhlah dengannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Justeru, berdasarkan hadis-hadis yang dibahaskan, dapat kita faham bahawa hukum menutup kepala ketika masuk ke dalam tandas adalah lebih kepada sunat yang boleh diamalkan kerana ia adalah salah satu adab untuk masuk ke tandas.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: Pexels

Tutup kepala apabila membuang air, adakah ia sunnah atau sekadar adab?

Hukum,

Membuang air di hutan? Jangan semberono memilih tempat

SEBAGAI manusia, kita ada keperluan tertentu. Sesetengah keperluan boleh ditangguhkan. Namun, ada juga keperluan yang perlu ditunaikan walau apapun yang terjadi.

Antaranya ialah membuang air kecil dan besar. Jika ‘hajat’ telah tiba, memang susah hendak ditahan walaupun keadaan sekeliling nampak kurang sesuai untuk ‘membuang’.

Sekiranya ditahan hajat tersebut, takut membawa kepada penyakit lain pula kelak.

“Ah, hutan kecil di tepi jalan ini pun boleh lah!”

Namun, adakah kita dibolehkan membuang air di tempat terbuka seperti hutan dan sebagainya dalam Islam?

USAH tangguh membuang air. Seperti yang diceritakan oleh sahabat beberapa kali, Nabi SAW juga sering menunaikan hajat di tengah-tengah perjalanan.

Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, tiada masalah bagi seseorang untuk membuang air di hutan, asalkan kawasan tersebut bukan tanah persendirian.

Jika tempat yang dipilih untuk membuang air berada atas tanah yang dimiliki seseorang seperti kebun atau kawasan yang dipagari, maka keizinan harus diminta daripada pemiliknya dahulu.

USTAZ Azhar Idrus

“Tetapi ingat, jangan (membuang air) di bawah pokok yang berbuah, tempat orang berehat dan tempat yang biasa dilalui oleh orang,” katanya menerusi sebuah hantaran di akaun Facebooknya baru-baru ini.

Kawasan-kawasan tersebut diharamkan membuang air kerana akan mengganggu orang yang memanfaatkan tempat itu untuk berjalan atau menggunakan pokok untuk mendapatkan buah dan kayu.

Takutlah kalian dari dua perkara yang menyebabkan laknat!” Para sahabat bertanya:”Wahai Rasulullah, apa dua perkara yang menyebabkan laknat tersebut?” Rasulullah SAW menjawab: “Orang yang buang hajat di jalan manusia dan tempat berteduh mereka.” (Riwayat Muslim)

 

Adab memilih tempat membuang air

Dalam Islam, kita dibenarkan membuang air di tempat awam, namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira ketika memilih tempat yang sesuai. Antaranya:

1. Jauh daripada pandangan orang lain

Perkara ini disunatkan bagi tujuan memelihara kehormatan diri. Membuang air seharusnya dilakukan di tempat tertutup supaya aurat tidak terlihat oleh orang lain.

Daripada Jabir bin Abdullah RA: “Rasulullah SAW pergi sehingga tidak terlihat oleh kami, lalu menunaikan hajatnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

BAGI ibu bapa yang anak kecil merengek ingin membuang air ketika berada atas jalan, pilihlah tempat yang terlindung untuk melaksanakan hajat tersebut.

2. Memilih tempat yang empuk

Apabila seseorang membuang air di tanah lapang, maka sebaik-baiknya ia memilih tempat yang empuk supaya air kencingnya tidak terpercik kembali ke anggota tubuhnya.

Perkara ini juga mengelakkan daripada timbulnya perasaan was-was dalam hati kerana mungkin ada yang ragu-ragu tentang kebersihan diri kerana takut terpercik najis ke badan atau baju.

3. Tidak membuang air di lubang binatang

Seseorang dilarang membuang air di lubang tempat serangga atau binatang kerana dikhuatiri akan merosakkan tempat tinggalnya serta disakiti oleh haiwan tersebut yang keluar dari sarangnya.

ANTARA perkara yang tidak sepatutnya dilakukan tetapi sering berlaku adalah membuang air kecil di kolam renang awam. Perbuatan ini akan memudaratkan kesihatan orang di sekeliling.

4. Tidak membuang air di tempat air bertakung

Jangan memilih kawasan air bertakung ketika membuang air kerana dikhuatiri akan mengotorkan sumber air berkenaan.

Perkara ini juga boleh mengganggu orang lain yang menggunakan sumber air tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

5. Tidak menghadap atau membelakangi kiblat

Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda :”Apabila kamu mencangkung hendak buang air, jangan menghadap kiblat atau membelakanginya.” (Riwayat Muslim)

6. Tidak membawa benda-benda yang bertulis ayat-ayat al-Quran atau nama-nama ALLAH SWT dan Rasulullah SAW

 

Islam adalah sebuah agama yang mementingkan kebersihan, baik pada diri sendiri, mahupun terhadap alam sekitar.

Oleh itu, jika anda terpaksa membuang air di kawasan terbuka, pastikan anda memilih tempat yang sesuai. Jangan pakai ‘bedal’ sahaja kerana setiap perkara ada hukumnya dalam agama.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Foto: Pexels & Unsplash