Browsing Tag

Etika berdakwah

berdakwah
Isu,

Hati-hati ketika berdakwah, jangan sampai merosakkan pahala

BERDAKWAH adalah satu kewajipan mulia di sisi Islam dengan tujuan mengajak orang kepada kebaikan dan kebenaran. Besarnya fadilat menyampaikan syiar Islam sehingga disabdakan Nabi SAW,

Barangsiapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, ALLAH tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya…” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Jakim tegur pendakwah elak kenyataan cetus kontroversi

AHMAD SANUSI AZMI

Namun begitu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi mengingatkan agar berhati-hati dengan cara berdakwah yang boleh memakan diri sendiri.

Memetik sebuah perkongsian di laman sosial miliknya, Ahmad Sanusi berkata, manusia ada penerimaan berbeza kepada sesuatu perkara. Justeru, apabila menyampaikan dakwah, reaksi yang diterima daripada masyarakat boleh jadi baik atau buruk.

Baca juga Pengarah Jordan hasilkan filem, berdakwah menggunakan VR

Dakwah yang tidak membawa pahala

Walau apapun respon yang diterima, beliau memesan agar para pendakwah membalasnya dengan tutur kata yang baik. Jangan sampai kata-kata yang terpacul dari mulut menjadi asbab amal soleh yang dilakukan habis rosak, tidak meraih pahala.

Perkara serupa disebutkan ulama Islam, al-Imam Ibnu Asyur yang berkata, dakwah yang baik juga boleh menjadi sia-sia tanpa kita sedari jika kita tidak menjaga kata-kata.

Firman ALLAH, “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amalan) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti.” (Surah al-Baqarah, ayat 264)

Turut disyorkan Pendakwah di pintu neraka Jahanam, ini yang pernah disebutkan Nabi SAW dalam hadis.

SAYANG sekali jika amal dakwah baik yang dilakukan dilucutkan pahala begitu sahaja gara-gara diri tidak menjaga kata. Foto: Unsplash

Baca juga Hanya Kerana Lidah, ALLAH Akan Mencampakkan Muka Seseorang Dahulu Ke Dalam Neraka

Oleh itu, apabila berdakwah, usah terlalu beremosi atau berlebihan sehingga menyakiti orang lain kerana dibimbangi akan merosakkan usaha dakwah yang dilakukan, ujar Ahmad Sanusi.

Pensyarah berkenaan menitipkan ayat ke-10 Surah al-Muzammil sebagai pedoman agar dalam menyampaikan dakwah, kita juga perlu mengelakkan perdebatan dengan cara yang baik.

Firman ALLAH SWT, “Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka, dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.” (Surah al-Muzammil, ayat 10)

Baca juga Tiga jenis kepenatan yang disukai ALLAH

berdakwah

ISLAM telah pun menggariskan etika berdakwah yang baik iaitu antaranya menggunakan bahasa elok. Foto; Pexels

Baca juga Peluk Islam ketika dalam penjara, bekas banduan kini jadi pendakwah

Etika dakwah yang baik

Sememangnya, Islam sudah menggariskan etika berdakwah yang baik iaitu bersikap santun dan tidak berkasar dalam perlakuannya.

Hal ini kerana dengan bersikap kasar, orang bukan Islam bukan sahaja tidak tertarik serta terlepas daripada menyaksikan keindahan Islam, malah mereka akan terus membenci agama dan mungkin sampai ke tahap menghina ALLAH.

Lantas, ALLAH berfirman “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari ALLAH kerana mereka kelak akan mencerca ALLAH secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan…” (Surah al-An’am, ayat 108)

Turut disyorkan Cakap tak serupa bikin, ALLAH benci orang yang tak beramal dengan apa yang dia cakapkan

Dakwah terbaik adalah yang cakap serupa bikin

Dalam pada itu, antara dakwah terbaik adalah yang dilakukan melalui teladan. Jadi, apabila berdakwah tentang sesuatu, kita mesti berusaha melakukannya.

Jika ajakan tersebut tidak disertai dengan usaha untuk mengamalkan dakwah itu sendiri, dibimbangi kita termasuk dalam ayat ALLAH SWT yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH terhadap perkara yang kamu memperkatakan sedangkan kamu tidak melakukannya.” (Surah As-Sof, ayat 2 hingga 3)

Sumber: Facebook Dr Ahmad Sanusi Azmi

Foto: Pexels & Unsplash