Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Jakim tegur pendakwah elak kenyataan cetus kontroversi

by Fatin Fatihah HussinDecember 28, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (84)
JABATAN Agama Islam Malaysia (Jakim)

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua pihak khususnya golongan bergelar pendakwah menggunakan pendekatan sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.

Jakim menerusi kenyataan berkata, sebarang kenyataan bersifat kontroversi perlu dielakkan termasuk yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Pada masa sama, Jakim dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa memantau kandungan berkaitan hal ehwal Islam di media sosial yang bersifat kontroversi.

Pihaknya turut mengambil maklum berkaitan video tular memaparkan sepasang penceramah suami isteri yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi.

“Kenyataan yang bersifat kontroversi dan boleh menimbulkan kegusaran awam hendaklah dielakkan.

IKLAN

“Semua pendakwah di negara ini adalah terikat dengan sistem pentauliahan di bawah Pihak Berkuasa Agama Islam di negeri-negeri.

KENYATAAN sering dipatahkan, Ustazah Afifah dan suami label UAI bukan agamawan. 

Sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa boleh dikenakan tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Jelasnya lagi, adalah wajar untuk semua pihak mengambil pendekatan sederhana dalam setiap aspek tanpa mengabaikan tuntutan syarak selain mengutamakan keharmonian hidup dalam masyarakat.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin dan suaminya menimbulkan beberapa kontoversi termasuk berkaitan hukum agama.

Malah, baru-baru ini pasangan itu dikatakan sedia memfailkan saman terhadap Ustaz Azhar Idrus selepas mematahkan hujah pasangan itu berkenaan hukum membiarkan bayi disambut doktor lelaki.

IKLAN

Sebelum ini juga, Siti Afifah didakwa sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan membabitkan hukum agama sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Malah, turut dilaporkan Siti Afifah juga tidak mempunyai tauliah yang sah.

SITI Afifah dan suaminya didakwa sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan membabitkan hukum agama sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Pelihara lisan dan perbuatan

IKLAN

Seterusnya, memetik perkongsian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun mengenai pentingnya menjaga kata-kata dan perbuatan khususnya sebagai umat Islam.

Daripada Abdullah bin Amru RA, Rasulullah SAW bersabda “Seorang Muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang penghijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga 11 perkara ini begitu disukai oleh ALLAH SWT, jom sama-sama kita amalkan

“Kadang dengan lidah dan perbuatan kita banyak menyakiti orang tanpa disedari, mungkin pasangan, anak, ibu ayah, sahabat, rakan sekerja dan lain-lain, sehingga menyebabkan hubungan rumah tangga atau persahabatan mula meretak.

“Pentingnya hubungan dengan manusia jangan dipandang remeh. Sentiasalah peka peka dan berhati-hati dengan lidah dan perbuatan kita, mudah-mudahan kita dapat memenuhi ciri-ciri seorang Muslim yang selamat daripada kata-kata dan perbuatan yang sia-sia,” titip beliau di laman facebook.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Foto: Facebook Keluarga

IKLAN
Previous

‘Rare’ atau ‘medium well’, bolehkah umat Islam makan daging yang masih ada darah?

December 28, 2022
Next

Arab Saudi negara penderma bantuan kemanusiaa nombor satu dunia

December 28, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (71)
Isu,

Adakah pengurus masjid perlu mengganti duit masjid yang dicuri?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
ambil hutang
Isu,

Kawan liat bayar hutang, bolehkah ambil wangnya secara senyap-senyap?

by Sarrah MohsinJanuary 17, 2023
GAMBAR PORTAL FB (58)
Isu,

Jauhkan diri daripada pengampu

by Fatin Fatihah HussinJanuary 17, 2023
Layanan 'tip-top'
Isu,

Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda

by Nurulfatiha MuahJanuary 16, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.