Kenali Habib Umar Hafiz, ulama muktabar bumi berkah Tarim…
DIGELAR alim ulama keturunan Nabi, itulah sosok tubuh yang amat disegani bukan sahaja kerana nasabnya, bahkan ilmu dan dakwahnya menjadi sanjungan di mata dunia.
Habib Umar bin Hafiz atau nama sebenar Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz dilahirkan pada 27 Mei 1963 bersamaan 4 Muharram 1383 Hijriah di Tarim, Hadramaut.
Salah satu bandar tertua di Yaman yang sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ulama dan ilmuan sejak berabad-abad lamanya.
Baca Juga Kongsi perjalanan di bumi Tareem, Luqman Hafiz luah rasa syukur berpeluang ziarah bumi berkah itu
Habib Umar sangat giat dan aktif dalam dakwah Islam sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahun mengunjungi pelbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah.
Dibesarkan dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan bapanya yang juga seorang pendakwah dan pejuang syuhada terkenal, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim.
Kenali kota Tarim
Kehadiran ulama dari kota Tarim telah membuka mata penulis untuk mengetahui apakah keistimewaan di sebalik bumi berkah itu sehingga ia menjadi kota idaman sesiapa sahaja untuk menjejakkan kaki ke sana.
Memetik perkongsian di laman Dream.co.id, selain Mekah dan Madinah, ada satu lagi kota yang barakah buminya iaitu Tarim.
Baca Juga Masjid Biru Katara jadi tarikan di Qatar
Baca Juga Didiami lebih 20 ribu huffaz, Kampung Matar Tares masyhur seantero Mesir
Disebut juga sebagai Kota Seribu Wali, kota bersejarah ini terletak di Hadhramaut, Yaman. Kota ini dianggap sebagai salah satu negeri yang paling diberkahi kerana merupakan pusat berkumpulnya wali-wali ALLAH.
Keistimewaan lain dari kota ini adalah terdapatnya banyak masjid, jumlahnya mencapai 360 buah, sesuai dengan jumlah satu hari dalam setahun. Tarim turut terkenal sebagai pusat menuntut ilmu para alim ulama.
Kota Tarim turut dikenali sebagai sebagai al-Ghanna, yang bermaksud suatu tempat yang sangat subur. Meskipun berada di tengah kawasan gurun tandus berpasir, kota ini diberkahi dengan pohon-pohon besar nan rimbun serta sumber-sumber air bersih.
Tarim turut dikenali juga dengan sebutan Madina as-Siddiq. kerana, di kota inilah sahabat Nabi, Saidina Abu Bakar meminta sumpah taat setia penguasa Tarim Ziyad bin Lubaid Al-Anshori bersama penduduk pada masa itu.
Kerana sumpah setia itulah, Abu Bakar berdoa secara khusus kepada ALLAH, “Mudah-mudahan ALLAH memberikan kemakmuran untuk Kota Tarim. Mudah-mudahan ALLAH memberkati kesuburan tanah Kota Tarim dan sumber airnya. Mudah-mudahan ALLAH memberkati Tarim dengan banyaknya para ulama yang soleh dan menjadikannya negeri yang subur akan para wali ALLAH.”
Baca Juga Waspada pilih tempat pengajian, usah semberono saja
Di bumi barakah ini juga terdapat empat makam Nabi di sekitar kota ini iaitu makam Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Harun dan Nabi Hanzalah. Bukan itu saja, ada lebih kurang 70 sahabat tentera Perang Badar yang diutus Abu Bakar as- Siddiq untuk membasmi golongan murtad di Kota Tarim, namun mereka syahid dan dimakamkan di kota ini. Dimakamkan di perkuburan Zambal, di jantung Kota Tarim.
Di kota ini juga masih terdapat banyak bangunan lama peninggalan peradaban Islam pada masa lalu. Seperti masjid-masjid tua, madrasah ulama, makam para wali dan orang soleh serta jejak-jejak peninggalan sahabat Nabi.
Istimewanya lagi kota Tarim ini adalah apabila ia menjadi tempat berkumpulnya anak cucu keturunan Ahlul Bait Rasulullah SAW. Masyarakat di kota ini dirahmati dengan kebaikan dan perilaku yang mulia kerana masih memiliki darah keturunan Nabi.
Baca Juga Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah
Sehingga hari ini, ia menjadi tumpuan ramai berkunjung ke sana untuk mengambil barakah, menuntut ilmu dan menziarahi ke makam wali-wali ALLAH.
Oleh kerana kota Tarim telah menyimpan jutaan sejarah tersendiri, sejak tahun 2010 Tarim dinobatkan sebagai ibu kota kebudayaan Islam.