Keganasan Israel tidak pernah menghormati Ramadan.
Serangan rejim zionis terhadap penduduk Palestin melimpah ke tebing Gaza malam tadi dengan wilayah Palestin itu dihujani bom menyebabkan 20 terkorban, termasuk sembilan orang kanak-kanak.
Serangan didakwa Israel sebagai tindak balas terhadap serangan roket Hamas, menyusul beberapa hari selepas tindakan Israel mengusir beberapa penduduk Palestin di Baitulmaqdis dari rumah mereka.
Tindakan pengusiran itu seterusnya mencetuskan pertempuran ketika solat Terawih di dalam pekarangan Masid Al-Aqsa di mana 300 orang cedera.
Di sini beberapa “peristiwa” RAMADAN yang sering dicetuskan rejim zionis Israel pada tahun-tahun sebelum ini
2014
Serangan berterusan selama tujuh minggu terhadap tebing Gaza menyebabkan 2,251 orang terbunuh, dan 10,626 cedera parah
2018
Israel telah menyerang penunjuk perasaan di sempadan Gaza empat orang telah terbunuh manakala 600 orang cedera parah pada Jumaat terakhir di bulan Ramadan.
Manakala dua hari sebelum masuknya bulan Ramadan pihak Israel telah menembak dan membunuh 68 orang penunjuk perasaan yang tidak bersenjata di Tebing Gaza.
2019
Lebih 20 orang terbunuh berikutan serangan udara yang dilakukan Israel, mereka yang tekorban termasuk kanak-kanak dan ibu-ibu yang hamil.
2020
Tentera Israel telah menyerang rakyat Palestin yang sedang Solat Jumaat di luar pekarangan Masjid Al-Aqsa yang ditutup oleh mereka.
2021
Tentera Israel menyerang umat Islam di dalam pekarangan Masjid Al-Aqsa, ratusan tercedera. Sehingga hari ini serangan terus dilakukan oleh pihak Israel terhadap rakyat Palestin.
Adakah bulan Ramadan adalah “musim” Israel melakukan keganasan?
#savesheikhjarrah