Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN
NAMANYA amat tidak asing di mata dunia, lebih mendapat perhatian dan dikenali apabila beliau menjadi penerima Hadiah Nobel keamanan termuda.
Ditambah menarik lagi, beliau bakal menjadi wajah muka hadapan majalah wanita antarabangsa, Vogue bagi Julai 2021.
Terbitan Vouge pada kali ini bakal menyajikan kepada pembaca kisah kepentingan hijab bagi Yousafzai, kisah keluarganya dan dunia yang telah ditinggalkannya, serta perancangan barunya meneruskan mesej keamanan yang amat tidak asing dengan beliau.
Dalam temubualnya, Malala menggambarkan betapa pentingnya hijab yang dipakainya bukan sekadar tanda kepercayaannya terhadap agama Islam:
“Ini adalah simbol budaya bagi kita orang Pashtun, jadi ini menggambarkan dari mana saya berasal.
“Sama ada sebagai gadis Muslim atau gadis Pashtun atau gadis Pakistan, ketika kami memperagakan pakaian tradisional, ramai menganggap kami ditindas, tidak berani bersuara, atau hidup di bawah kongkongan.
“Saya ingin memberitahu semua bahawa anda boleh memiliki suara anda sendiri dalam budaya anda, dan anda dapat memiliki hak yang sama-rata walaupun dalam budaya anda.”
“Ini adalah simbol budaya bagi kita orang Pashtun, jadi ini menggambarkan dari mana saya berasal.
“Sama ada sebagai gadis Muslim atau gadis Pashtun atau gadis Pakistan, ketika kami memperagakan pakaian tradisional, ramai menganggap kami ditindas, tidak berani bersuara, atau hidup di bawah kongkongan.
“Saya ingin memberitahu semua bahawa anda boleh memiliki suara anda sendiri dalam budaya anda, dan anda dapat memiliki hak yang sama-rata walaupun dalam budaya anda.”
Dilahirkan di Mingora, Pakistan, Yousafzai berkempen untuk memperjuangkan hak pendidikan kanak-kanak perempuan, melawan fahaman Taliban yang melarang anak-anak gadis untuk bersekolah dan mendapatkan pendidikan.
Pada tahun 2012, ketika berusia 15 tahun, pihak militan Taliban melepaskan tembakan ke arah bas sekolah yang dinaikinya, dan turut memukul Malala di kepala.
Autobiografinya, ‘I Am Malala’, diterbitkan pada 2013, setahun setelah percubaan pembunuhan terhadapnya, menjadi buku paling laris terjual antarabangsa.
Pada usia 15 tahun, beliau melancarkan Dana Malala(Malala Fund), yang telah membawanya berkempen ke seluruh dunia demi memperjuangkan hak pendidikan bagi kanak-kanak perempuan.
Beliau turut berkempen untuk pembebasan pelajar sekolah yang diculik oleh kumpulan pengganas Boko Haram.
Selain itu Malala juga pernah bersidang bersama para pemimpin dunia ketika Perhimpunan Pemuda PBB pada hari ulang tahunnya yang ke-16, perkara ini menurutnya antara pemangkin semangatnya untuk terus melakukan perubahan di seluruh dunia.
Ketua Pengarang Vogue Britain, Edward Enninful berkata: “Pada usia 23 tahun, lulusan universiti Oxford ini telah mempunyai pelbagai pengalaman sebagai seorang aktivis, pengarang buku, berkempen untuk memperjuangkan pendidikan kanak-kanak perempuan tanpa mengenal lelah…seorang anak perempuan, adik perempuan, pelajar dan juga seorang mangsa. “
Yousafzai berharap penglibatannya dalam majalah Vogue kali ini akan memberi inspirasi kepada gadis-gadis lain di seluruh dunia.
“Saya tahu kekuatan yang ada dalam hati seorang gadis muda ketika dia mempunyai visi dan misi – dan saya harap setiap gadis yang melihat muka hadapan ini akan mengetahui bahawa mereka juga mampu mengubah dunia.
Sumber : Vogue UK
Gambar: Nick Knight / British Vogue