Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa, Gaya Hidup, Jendela Dunia,

Pengalaman Berharga Perantau: Sambut Ramadan Di Hong Kong

by Rozdan MazalanMay 3, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
6d73a0ef-7c8a-4605-acaa-99356d26eae5
Masjid Kowloon

Sama situasinya seperti umat Islam lain dari seluruh dunia, 300,000 umat Islam di Hong Kong biasanya menjalankan ibadah di bulan Ramadan dengan penuh meriah dan tradisi tersendiri. Sebagai bandar yang menghargai kepelbagaian agama, Hong Kong tetap menyediakan banyak pilihan tempat makan dan kedai halal untuk umat Islam dan penduduk tempatan. Bandar pulau ini juga mempunyai empat masjid besar iaitu Masjid Kowloon; Masjid Al Ammar; Masjid Jamie dan Masjid Chai Wan dan beberapa rumah ibadah kecil yang lain.

Amalan biasa bagi masyarakat Islam pada bulan Ramadan termasuk berkumpul untuk solat tarawih khusus di masjid, berbuka puasa bersama di mana jemaah akan membawa makanan dan barang keperluan untuk dikongsi di kalangan masyarakat.

Ketua Imam Muhammad Arshad di Masjid Kowloon

Ketua Imam, Masjid Kowloon, Muhammad Arshad, berkata suasana Ramadan di Hong Kong berubah sejak pandemik melanda tahun lalu. Masjid ditutup sejak pertengahan Ramadan tahun lalu.

“Tahun ini amat berbeza sekali daripada tahun sebelumnya. Walaupun kami masih mengerjakan solat tarawih, penjarakan sosial dan keselamatan turut dilaksanakan, kami tidak menganjurkan perhimpunan bersama untuk berbuka puasa, tidak seperti tahun sebelumnya di mana jemaah akan membawa makanan dan minuman untuk dikongsi sesama jemaah.

IKLAN

“Sebelum pendemik, jemaah yang hadir kira-kira 1,500 hingga 2,000 orang di Masjid Kowloon, tapi kini kami hanya dibenarkan solat dengan kakitangan masjid sahaja,” katanya.

Walaupun amalan tertentu telah berubah, Arshad turut berkongsi bahawa Ramadan adalah bulan yang menuntut umat Islam untuk bersatu melangkaui agama.

“Cabaran yang datang dengan pandemik ini telah menyatukan kita semua bersama untuk mempertahankan diri tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan negara. Ramadan mengajar kita disiplin, bertanggungjawap dan menjaga orang lain, jadi tidak ada masa yang lebih baik untuk mempraktikkannya daripada bulan suci ini.,” katanya.

Pandemik ini juga memberi kesan kepada peniaga kedai makanan halal, mereka mengubah strategi perniagaan restoran pada bulan Ramadan.

Mr Ma di hadapan Restoran Ma’s miliknya.

Pemilik kedai makanan halal, Restoran Ma’s, Mr. Ma, berkata sebelum ini pelanggan perlu membuat pesanan makanan terlebih dahulu apabila mereka pergi ke restorannya untuk Iftar, namun situasinya berbeza apabila memasuki bulan Ramadan baru-baru ini.

“Disebabkan oleh sekatan perjalanan dan masalah kesihatan sekarang, jumlah mereka yang makan di restoran berkurangan kerana ramai merasa lebih selamat untuk makan di rumah. Kami mula memberi lebih tumpuan kepada penghantaran melalui pihak ketiga atau yang memilih makanan dibungkus kerana pelanggan kami berasa lebih selesa menikmati makanan mereka di tempat persendirian,” katanya yang popular dengan menu mi daging lembu Shanghai, sup pedas, stew daging anak lembu dan pelbagai pilihan dimsum di daerah Sham Shui Po.

Pengunjung Restoran Ma, Anisha Parvin, berkata sejak berpindah ke Hong Kong 12 tahun lalu, dia yang berkahwin dengan warga tempatan telah beberapa kali menjalani ibadah Ramadan di Hong Kong kerana tidak dapat pulang ke Malaysia setiap tahun.

IKLAN

“Sebelum pandemik, masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui memberikan makanan percuma pada bulan Ramadan, mereka menyediakan bubur panas, samosa dan jus pada waktu berbuka. Ia akan menjadi sangat sesak dan orang ramai pergi lebih awal untuk mengambil makanan.

“Kadang-kadang, kami pergi ke Masjid al Amar di Wan Chai untuk berbuka puasa. sepanjang Ramadan mereka menawarkan makanan percuma kepada semua umat Islam untuk berbuka puasa,” katanya.

Dim sum yang disediakan di Masjid Kowloon

Anisha juga sering mengunjungi Pusat Kantin Islam di Masjid al Amar untuk memakan dimsum sebelum berlakunya pandemik. Kini, Anisha dan keluarganya hanya berbuka puasa di rumah.

IKLAN

“Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, ketersediaan makanan dan bahan halal telah meningkat dengan ketara. Sekarang kami boleh mendapatkan banyak barangan halal dari Malaysia dan Indonesia, jadi kami boleh memasak semuanya dengan mudah di rumah,” katanya yang sering mendapatkan makanan halal seperti ayam dan daging merah di Pasar Tsim Sha Tsui dan ikan serta sayur di Pasar Tseung Kwan O serta Pasar Sheung Tak.

Muzzil Khairat di hadapan Masjid Kowloon

Sementara rakyat Malaysia, Muzzil Qayyum Khairat, berkata dia sering mengunjungi kedai makanan dan minuman halal di seluruh Hong Kong apabila beliau berpindah ke Hong Kong untuk bekerja pada tahun 2019. Terdapat beberapa tempat makanan halal di seluruh Hong Kong tetapi makanan Cina halal yang terkenal adalah di Bandar Kowloon dan Pusat Kantin Islam di Wan Chai.

“Saya pernah membawa seorang rakan bukan Islam untuk makan di kantin di Wan Chai dan beliau berkata ia antara dim sum yang terbaik di bandar itu, apatah lagi dengan harga yang sangat berpatutan untuk dim sum. Saya mendapatkan daging halal dari kedai runcit halal di Cheung Sha Wan atau Sham Shui Po yang sering saya kunjungi sejak tahun 2019,” katanya.

Walaupun bahan makanan dan restoran halal senang dijumpai di seluruh Hong Kong, Anisha and Muzzil masih merindui Malaysia kerana Ramadan dan Raya adalah sambutan sekeluarga dan kedua-dua keluarga mereka masih berada di Malaysia.

Oleh kerana mereka berada jauh di perantauan, Anisha dan Muzzil tetap menghubungi keluarga di Malaysia menerusi panggilan video sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti. Anisha, bersama keluarganya di Hong Kong, biasanya pergi ke Masjid Kowloon untuk solat Raya mereka.

“Dahulu terdapat tiga sesi solat disebabkan oleh orang yang ramai. Semua umat Islam di Hong Kong akan berada di sini, jadi anda boleh bayangkan orang yang ramai dan semua orang memakai pakaian baharu serta meraikannya di bawah satu bumbung, saya sangat gembira menyaksikannya,” katanya.

IKLAN
Previous

[Video] Fathu Makkah : Trivia 20 Ramadan

May 1, 2021
Next

Edmonton dan Calgary Izin Laungkan Azan Sepanjang Ramadan

May 4, 2021

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.