Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

by Nurul Fatiha MuahFebruary 25, 2021
4
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Zakat
Gambar hiasan

TAHUN 2020 dan seterusnya melimpah ke tahun ini, begitu mencabar bagi seluruh dunia susulan pandemik Covid-19.

Usaha mengekang wabak bahaya itu daripada menular membawa kepada lockdown atau apa yang digelar perintah kawalan pergerakan di negara ini.

Tindakannya bertujuan mengurangkan kontak fizikal sesama manusia itu selari dengan protokol kesihatan, sedikit sebanyak menunjukkan kejayaan mengurangkan penularan.

Namun, akibat sampingannya begitu ketara kepada ekonomi seseorang individu dan perniagaan.

Individu yang bekerja sendiri terutamanya sukar keluar mencari pekerjaan, manakala perniagaan pula hampir lumpuh sebab tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

IKLAN

Tidak boleh dinafikan, dari segi ekonomi, memang ramai yang terjejas tidak kiralah berapa besarnya skala perniagaan yang diusahakan. Tidak banyak bisnes yang berjaya mengekalkan momentum perniagaan masing-masing kecuali dalam sektor-sektor tertentu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan banyak perniagaan yang mengalami kerugian akibat pandemik berkenaan.

Bagaimanapun, apa jua status perniagaan masing-masing, baik untung atau rugi, setiap pengusaha perlu mengambil berat perihal zakat perniagaan.

Hakikatnya, kerugian dialami oleh sesebuah perniagaan bukanlah penyebab atau ‘illah untuk meninggalkan kewajipan zakat perniagaan.

Demikian penjelasan yang dipetik menerusi artikel Al-Kafi #1633: Perniagaan Rugi! Adakah Masih Perlu Dizakatkan? dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

IKLAN

Artikel berkenaan menyebut, zakat yang dikeluarkan bukan bertujuan merugikan atau mengurangkan harta yang dimiliki.

Bahkan, ia akan menyuburkan harta yang dimiliki.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Zakat itu tidak mengurangkan harta.” (Riwayat Muslim)

IKLAN

Ada beberapa syarat diwajibkan mengeluarkan zakat atas harta perniagaan.

Ia mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pemilikan harta itu hendaklah dengan akad tukar ganti (jual beli, sewa-menyewa). Jika sekiranya pemilikan tersebut disebabkan oleh warisan, wasiat atau hibah, maka ia tidak dikira sebagai barang perniagaan.
  2. Pemilik hendaklah berniat meniagakan harta tersebut ketika memiliki harta tersebut dan niat tersebut hendaklah berterusan. Jika tidak berbuat demikian, harta tersebut tidak dikatakan barang perniagaan walaupun dia berniat selepas itu. Jika dia berniat untuk meniagakan barang tersebut semasa membelinya, kemudian berniat pula menyimpannya tanpa diniagakan, maka barang itu tidak dikira sebagai barang perniagaan dan tidak wajib zakat. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/27)

Mudah kata, menunaikan zakat perniagaan adalah wajib andai ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan mencukupi tempoh haul (tempoh setahun) dan nisab (nilai harta) yang mewajibkan zakat.

 

 

IKLAN
Previous

Ada sebab tertentu kenapa doa tadi masih belum dimakbulkan, ini penjelasan pendakwah Wadi Anuar

February 24, 2021
Next

Penemu vaksin Tetap tadharru’ walaupun sudah kaya

February 25, 2021

Related posts

'Dekat' dengan ALLAH
Isu,

Teladani cara Rasulullah SAW dan solafussoleh ‘dekat’ dengan ALLAH

by Nurul Fatiha MuahMay 27, 2022
Beramal sedikit kunci istiqamah
Isu,

Biar beramal sedikit, jangan terus tinggalkan begitu sahaja. Ini antara solusi ampuh untuk istiqamah

by Nurul Fatiha MuahMay 27, 2022
8 pilih nama anakl
Isu,

8 cara pilih nama anak menurut Islam yang anda perlu tahu

by Sarrah MohsinMay 26, 2022
Isu,

‘Qailulah’, amalan ‘power nap’ Nabi untuk kekal bertenaga

by Sarrah MohsinMay 25, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.