Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Isu,

Umat Pertama Jalani Ibadah Puasa Ramadan

by Nurul Fatiha MuahApril 22, 2021
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Niat puasa Ramadan
DIBOLEHKAN berniat puasa Ramadan ketika makan sahur.

IBADAH puasa merupakan Rukun Islam ketiga yang wajib dikerjakan ke atas setiap Muslim. Namun, ia bukan sahaja dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad SAW sahaja, tetapi juga kepada umat terdahulu.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Oleh sebab Nabi Adam AS adalah nabi ALLAH yang pertama, ramai yang menganggap bahawa umat baginda juga adalah umat pertama menjalani ibadah berkenaan.

Hakikatnya, dalam buku Sejarah Puasa yang ditulis oleh Ahmad Sarwat, umat yang pertama berpuasa Ramadan ialah umat Nabi Nuh AS.

Ujar beliau, mereka berpuasa Ramadan sebaik sahaja umat Nabi Nuh berjaya keluar daripada perjalanan panjang bahtera yang dinaiki.

“Bahtera Nabi Nuh berlayar selama 150 hari lamanya di lautan tanpa had sehinggakan air banjir reda bersama umat yang beriman di dalamnya.

“Selepas mereka keluar dari bahtera berkenaan, maka mereka pun mulai menjalani ibadah puasa,” katanya dalam buku berkenaan.

Banjir besar itu berlaku gara-gara sikap kaum Nabi Nuh AS yang menderhaka dan enggan beriman kepada ALLAH SWT.

Peristiwa itu ada diceritakan dalam al-Quran menerusi Surah Nuh, ayat 25 hingga 28.

IKLAN

Puasa Nabi Daud

Sebenarnya, sebelum Nabi Nuh lagi, sudah ada umat manusia yang berpuasa. Namun, ia hanya dibezakan oleh cara mereka menjalani ibadah berkenaan dengan apa yang kita kerjakan pada hari ini.

Baca juga Hidayah Ramadan Saudara Baharu

Umat pertama puasa Ramadan

Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi mengawal hawa nafsu juga daripada
perkara yang tidak baik.

Terdapat banyak hadis yang memerihalkan tentang puasa yang dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu sebelum Rasulullah SAW.

Antaranya daripada Abdullah bin Amru RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Solat (sunah) yang paling dicintai oleh ALLAH adalah solat (seperti) Nabi Daud AS. Dan puasa (sunah) yang paling dicintai ALLAH adalah puasa (seperti) Nabi Daud AS. Beliau tidur separuh malam, lalu solat sepertiganya dan tidur satu perenamnya lagi. Beliau puasa sehari dan berbuka sehari.” (Riwayat al-Bukhari)

Ketika zaman Nabi Daud AS dan umatnya, memetik laporan portal liputan6.com, mereka diwajibkan berpuasa setiap dua hari sekali seumur hidup. Pendek kata, mereka akan berpuasa selama sehari dan keesokannya tidak. Begitulah seterusnya.

Selain itu, ibu yang mengandung dan melahirkan Nabi Isa AS, Maryam juga pernah berpuasa. Begitupun, cara beliau berpuasa tidak sama seperti kita sekarang. Wanita suci itu tidak menahan lapar dan dahaga. Sebaliknya, beliau langsung tidak berbicara.

Ia dapat dilihat menerusi firman ALLAH SWT: “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (ALLAH) ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.” (Surah Maryam, ayat 26)

Puasa umat Nabi Muhammad

IKLAN

Jika ditelusuri kembali pensyariatan puasa kepada umat Nabi Muhammad SAW, ia bermula sekitar 10 Syaaban tahun kedua Hijrah. Pendek kata, ibadah puasa Ramadan difardukan setengah tahun selepas umat Islam berhijrah dari Makkah menuju ke Madinah.

Pensyariatan itu adalah bersamaan dengan tuntutan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan kewajipan zakat fitrah.

Hakinya, sebelum menerima perintah itu, Nabi Muhammad SAW sebenarnya pernah mengerjakan puasa Asyura. Malah, baginda SAW juga tanpa gagal berpuasa selama tiga hari pada setiap bulan.

Semua itu ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal.

Umat pertama puasa Ramadan

Banyakkan amal soleh seperti bertadarus al-Quran sepanjang Ramadan yang merupakan bulan diturunkan kitab suci umat Islam.

IKLAN

Puasa Asyura (10 Muharam) merupakan amalan yang lazim dilakukan oleh orang-orang Quraisy dalam kalangan masyarakat Arab. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari, Aisyah RA menyebut bahawa sejak zaman jahiliah, orang-orang Quraisy biasa berpuasa pada hari Asyura dan perkara sama turut dilakukan oleh baginda SAW.

Ketika berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW memerintahkan kepada kaum Muslimin berbuat demikian sehinggalah datangnya perintah berpuasa pada bulan Ramadan. Maka sejak itulah puasa Asyura menjadi suatu yang sunah bagi kaum Muslimin.

Setelah mendapat perintah puasa Ramadan tersebut, Rasulullah SAW berpuasa sebanyak sembilan kali dalam bulan Ramadan sebagaimana disebutkan dalam Kitab Kasyifah al-Saja karya Syekh Nawawi al-Bantani.

Sejak itu sehinggalah ke hari ini, umat Islam melaksanakan Rukun Islam ketiga itu dengan menahan lapar dan dahaga, selain melawan nafsu bermula dari Subuh hinggalah Maghrib selama sebulan.

Sesungguhnya, di sebalik pensyariatan ibadah puasa Ramadan terkandung rahmat dan keberkatan. Hanya insan yang tahu menilai sahaja akan berlumba-lumba menggapainya.

Biarpun cara puasa kita berbeza dengan kaum-kaum lain, namun semua itu dilakukan semata-mata kerana ALLAH SWT.

Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan kali ini diterima oleh-NYA.

Sumber: Republika.co.id, liputan6.com & Karyabestari.com

Foto: Freepik

IKLAN
sinarislamplusUmat pertama puasa Ramadan
Previous

Lubnan Semakin Tenat

April 21, 2021
Next

Hati-Hati Hantar Makanan Kepada Yang Tidak Berpuasa

April 22, 2021

Related posts

pexels-cottonbro-5081930
Isu,

Jaga diri elak berbuat jahat, berjuta saksi di Padang Mahsyar

by Fatin Fatihah HussinJune 28, 2022
sunnah basahkan badan
Isu,

Sunnah basahkan badan ketika hujan yang ramai tak tahu

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (27)
Isu,

Inilah TIGA sebab amalan menjadi sia-sia

by Nurizan Abu KassanJune 27, 2022
pexels-fauxels-3183197
Isu,

Hati-hati pilih pemimpin, jangan sampai ke neraka bersamanya

by Fatin Fatihah HussinJune 27, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.