Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Isu,

Lepak minum kopi tepi pantai cuma ‘release’ sikit saja. Masjid ialah lokasi ‘healing’ terbaik

by Fatin Fatihah HussinFebruary 22, 2023
3
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-22T163128.562
MASJID ialah lokasi ‘healing’ terbaik buat belia Muslim.

“APA ‘healing’ yang paling baik?”, tanya Luqman.

“’Healing’ terbaik adalah pergi pantai, melayan suasana pantai sambil minum kopi”, kata Zikri.

“Bukan. ‘Healing’ yang paling ‘best’ adalah pergi ke masjid sambil merenung dosa dan meluahkan masalah yang ada,” kata Luqman.

Zikri tersentak seketika.

Apa yang dikatakan oleh Luqman itu, bukanlah semata-mata untuk bergurau senda, namun ada maksud tersirat di sebaliknya terutama buat anak muda yang mudah terjebak dengan belitan hawa nafsu dunia.

IKLAN

Pasti kita juga pernah mendengar, masjid merupakan tempat paling tenang di muka bumi ini. Rumah ibadah yang dimuliakan sejak zaman Baginda Nabi SAW itulah satu-satunya bukti apa jua masalah yang dihadapi sahabat bahkan Nabi SAW sendiri, pasti masjid menjadi saksinya.

HEALING begitu sinonim dengan anak muda sekarang, sehinggakan setiap tempat dijadikan untuk healing terutamanya pantai. -Foto: Canva

Kelab Al-Azhar Members (ALAM) Kuis, berkongsi lima ganjaran buat anak muda yang cintakan masjid:

1. Tanda Orang Beriman

“Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid ALLAH hanyalah orang yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat” (Surah Al-Tawbah ayat 18).

2. Dihapuskan Dosa

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik.” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah).

IKLAN

BACA JUGA Beribadah sambil rawat sanubari di Surau Batu Sungai, Sintok

3. ALLAH menyambut mereka

Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan ALLAH gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang.” (Hadis Riwayat Ibn Majah).

MASJID bukan sahaja tempat untuk mencari ketenangan, namun terdapat banyak ganjaran yang ALLAH janjikan kepada kaki masjid. – Foto: Canva

IKLAN

4. Mendapat Naugan di Akhirat

Rasulullah SAW bersabda: “Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan ALLAH dengan naungan-NYA pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-NYA. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Dalam riwayat Malik: “Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula.”

BACA JUGA Nikmati fasa kritikal dan kemuncak ujian kehidupan pada usia 30 hingga 39 tahun

5. Mendapat cahaya di hari kiamat

Rasulullah SAW bersabda: “Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi).

Alangkah indahnya kita healing di masjid sambil berdialog hati dengan ALLAH SWT. Yakinlah dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.

IKLAN
Previous

Bonceng motor bersama tunang sebagai penghantar makanan, alasan cari duit kahwin… Ustaz tegur, jangan tolak tepi hukum Islam

February 22, 2023
Next

Kubur bertingkat, solusi atasi kawasan pusara padat

February 22, 2023

Related posts

Rumah terbuka
Isu,

Ziarah-menziarahi tidak terikat ketika Aidilfitri sahaja, tetapi juga pada hari-hari lain

by Nurulfatiha MuahMay 5, 2023
Raya berjemput
Isu,

Hendak raya rumah orang pun kena berjemput ke? Ketahui pandangan Islam dalam hal ini

by Nurulfatiha MuahMay 5, 2023
buka tudung
Isu,

Isu buka tudung dan perkara lagha, ini pesan Nabi SAW terhadap orang yang ‘berubah’ ke arah kurang elok

by Sarrah MohsinApril 26, 2023
Zikir
Isu,

Boleh amalkan zikir daripada ulama dan salafussoleh, tapi pastikan tiada elemen-elemen yang dilarang syarak

by Nurulfatiha MuahApril 7, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.